Monday, February 4, 2013

Re: RG2011... PENAJA PSY GANGNAM STYLE DI BN PULAU PINANG DIDEDAHKAN!!

 

napa pendedahan ini dan untuk siapa persembahan ini dan anjuran siapa persembahan ini


From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 5 February 2013 9:32 AM
Subject: RG2011... PENAJA PSY GANGNAM STYLE DI BN PULAU PINANG DIDEDAHKAN!!

 

 PENAJA PSY GANGNAM STYLE DI BN PULAU PINANG DIDEDAHKAN!!


Sebelum ini DAP Insider telah mengeluarkan artikel mendakwa kewujudan kronisme melampau di dalam DAP. Blog tersebut mendakwa kos bangunan baru DAP Pulau Pinang adalah sebahagian 'perjanjian sulit'.

Di antaranya :
Over the next two weeks, the Board of Directors of IJM Land Berhad met and the "request" for donation of RM3 million to DAP Penang Building Fund was discussed and a decision was made that a donation of RM1.5 million was to be made instead of RM3 million. The said sum of RM1.5 million was then subsequently paid into the DAP Penang Building Fund account and Guan Eng was informed of it by IJM seterusnya
Untuk menutup sebarang persoalan tentang kos bangunan DAP itu, maka keluarlah kenyataan seperti 'kos bangunan dibantu oleh syarikta-syarikat swasta yang menyokong kerajaan DAP' dan sebagainya.

Maka apabila BN Pulau Pinang bakal menggemparkan rakyat Pulau Pinang dengan persembahan artis antarabangsa Asia Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style, kita sudah dengar pelbagai tohmahan dan pembohongan daripada media pro-pembangkang.

Yang paling kelakar sekali ialah dakwaan kononnya BN menggunakan wang awam! Satu tohmahan yang sudah dijangka dan dimainkan oleh pembangkang tetapi tidak akan berkesan langsung.

Maka, bodohlah BN Pulau Pinang jika sengaja mencari pasal menghulurkan leher atau jadi bola tanggung terutamanya berdekatan dengan PRU13 ini. TETAPI, BN Pulau Pinang telah menjangka dan memantau segala tohmahan itu dan tiada sebabnya BN Pulau Pinang sengaja mencari pasal!

MiM sendiri telah SMS Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang dan beliau mengesahkan berita ini. Tetapi ianya masih diperingkat perundingan dan belum selesai lagi.

Nampaknya, pembangkang mati akal apabila mendapat tahu artis fenomena Psy akan hadir di Pulau Pinang.

Dan semakin panas dan meletup cerita Psy dan Rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang ini, semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang akan hadir ke majlis yang akan diadakan pada 11 Februari 2013.


Jika lebih ramai pemimpin dan media pro-pembangkang menyentuh berita ini, ianya semakin sensasi dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Free promotion for BN Penang! Congrats !

Anda baca juga kenyataan Lim Guan Eng DAP yang sungguh kelakar!

Anda baca di bawah :
Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.

Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

"Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider.



Video di You Tube Sudah mencecahi : 1,254,762,844 

"Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

"DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

"Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat."

Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.


Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.

"Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau.

Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini," kata Oh.... - MI
Yang kelakarnya ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP tentang berita ini. Beliau pre-emp dengan mengatakan supaya rakyat datang dengan baju pelbagai warna.

Guan Eng berkata 'warna merah sebagai simbol kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya'!

Come on lah Guan Eng ...... cukup-cukuplah spin dan menumpang usaha orang lain! 

Lagi pun, sudah tentu kebanyakan mereka yang hadir akan pasti memakai baju berwarna merah. 

Bagi Kaum Cina, warna merah bermaksud happiness dan prosperity. 

Warna ini menjadi pilihan utama semasa menyambut Tahun Baru Cina dan ianya tiada kena mengena dengan 'simbol kerajaan negeri'.

So kepada Lim Guan Eng, janganlah pula nanti mendakwa ramai memakai baju merah kerana 'menyokong kerajaan DAP' padahal warna merah itu adalah warna utama kaum Cina semasa menyambut Tahun Baru! 

--


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment