Thursday, February 7, 2013

Re: RG2011... PERINGATAN KEPADA SEMUA .. sekadar berkongsi cerita

 

alhamdulillah.. puan dilindungi Allah s.w.t...
terima kasih kerana memberi ingatan dengan berkongsi cerita.


 
2013/2/5 sharipah hamid <sszzsshh@yahoo.com.my>
 

Assalamualaikum....
AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH,
DARI BERATNYA MUSIBAH,
BERATNYA PENDERITAAN,
BURUKNYA QADHA (KETENTUAN)
DAN CELAAN MANUSIA....

sekadar berkongsi pengalaman...januari yang lalu, saya disamun ketika menunggu suami di tepi jalan..(jalan agak sibuk, tempat orang lalu lalang )..
saya memandu dan kemudian  menunggu suami di dalam kereta di tepi jalan , cermin kereta dibuka separuh, enjin tidak dimatikan...ketika menelefon suami utk bertanya lokasi dan tempoh suami akan sampai, saya melihat dari cermin pandang belakang, dua lelaki bermotosikal, berhenti di belakang kereta saya  dan pembonceng turun, menanggalkan topi keledar, menghampiri  tingkap kereta saya.. saya tertanya tanya, mengapa pula?

apabila saya berpaling ke kanan (arahnya) , lelaki itu memasukkan kepala dan tangannya kanannya  ke dalam tingkap yang terbuka separuh, dah meletakkan senjata tajam di leher saya (mungkin pisau). saya terkejut, tetapi tanpa sedar, saya menggigit tangannya, dan tangan kiri saya pantas menekan hon.  Terkejut dengan tindakan saya, dia mengeluarkan kepalanya, tetapi sempat merampas telefon bimbit saya. Saya luka sedikit di leher, terkena senjata, darah membasahi tudung saya.. tetapi syukur kpd Allah, hanya cedera ringan..dan kemudian membuat laporan polis serta ke hospital utk rawatan...motor suspek pula dapat dicam nombor platenya..

Ada beberapa perkara menyelamatkan saya,
1. sudah tentulah Allah melindungi saya,
2. kereta berkunci
3. cermin dibuka separuh
4. tindakan saya menggigit dan membunyikan hon.

Biarpun peristiwa itu sering menghantui saya, tetapi saya terpanggil hari ini utk berkongsi cerita....ambil lah pengajaran iaitu...
1. jika menunggu  di dalam kereta, pastikan kereta berkunci dan tingkap tertutup walaupun di jalan raya yang sibuk
2. jika disamun, gunalah apa jua kesempatan utk bertindak bagi menakutkan penyerang.
3. keberanian kita mengalahkan  mereka...lelaki dayus menyerang wanita

SEKIAN....


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment