Tuesday, February 5, 2013

RG2011... Fw: Kemalangan, Terkejut Tengok Katak

 



Guru Wanita Mati Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta!


Rawang – Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta -hm

KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.

comments:

Amuraria said...

INI MESTI BARUA BRAHING ALI PUNYA GENG!ABU JANGAN LUPA!

gengster melayu alaf baru. said...

Katak itu harus d bw ke balai dan ke mahkamah untuk d adili mnybkan kematian mnusia...

Ammy Hassan said...

Sebelum baca artikel penuh, saya sudah sedeqahkan Al-Fatihah kepada mangsa... Masya Allah rupanya Cikgu Tionghua. My deepest condolence to the deceased family! Harap-harap ini bukan perbuatan anak murid atau sesiapa yang gemar melihat katak melompat dari satu parti ke satu parit (silap parti lak!) yang lain...

muzium padi gunung kheyang said...

spesis katak ni baik,bukan yang spesis braheng ali alkataki wal munafikun!

Anonymous said...

Katak dilanda masalah. Sedang cari peguambela bg mewakili dirinya di mahkamah.

fuh.my said...

listen! listen! listen! see..saya dah kata binatang pon ada masalah..tengok katak ni ada masalah dan buat masalah..haha

batu pelangi said...

Katak pun ada masalah so Listen! listen! listen! Kena rujuk dengan
betina tu.

Anonymous said...

IC jual tara salah ,cincin beli tara salah,air curi duit tara salah katak mesti salah

Anonymous said...

Maha Besar Allah takutlah kepadaNya dengan melakukan taat dan perintahNya tengok dijadikan se ekor katak kecil dalam kereta penyebab maut menjemput manusia.ingatlah 30 minit di akhirat seperti 2o tahun didunia.selalulah kita bertaubat akan segala dosa kita sementara sempat.insyaallah.

Anonymous said...

IC jual tara salah ,cincin beli tara salah,air curi duit tara salah katak mesti salah.kasi itu Ghani perkilo JATUH HUKUM

Pelatuk said...


Kenapa perlu kita mengaitkan orang lain, sedangkan ALLAH Maha Mengetahui dan Maha mendengar dan janganlah seolah-olah memperkecilkan dan mempersendakan sesuatu kejadian yang telah ditetapkan oleh ALLAH....Auzubillah.
Sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa ajal maut tetap pada ALLAH.

Anonymous said...

saya pernah alami lagi teruk tapi berpantang mati sebelum bertaubat
spiderman dalam kereta biso bonar
mengerabatku stop kereta,no panik
adakah pindaan law utk kodok

kodok2 o kodok napa engkau masuk
gaimana aku tak masuk
aku nak tumpang duduk
lari dari ular senduk
pokoknya jgn panik
istedy ba kita...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment