Sunday, February 24, 2013

RG2011... Mari belajar Bahasa Arab Mudah!

 

1.3 Bagaimanakah Caranya Hendak Menggunakan Buku Ini?

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda kerana memilih buku ini untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. Adakah anda telah bersedia untuk mempelajari komunikasi bahasa Arab? Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu sepenuh hati saya dengan anda.

 

Buku Bahasa Arab Mudah Mengembara di Timur Tengah ini mengandungi enam bab utama, iaitu Pengenalan, Sebutan Yang Betul Untuk Huruf Arab, Tatabahasa Mudah Untuk Perbualan, Ayat Lazim Dan Ayat Mudah Dalam Bahasa Arab, ContohPerbualan dan Penutup. Pada bahagian Pengenalan, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan saya untuk menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan mengenali bahasa Arab yang indah ini.

 

Bab yang kedua ialah Sebutan Yang Betul Untuk Huruf Arab (Hijaiyah) ataupun dikenali sebagai Makhraj bagi istilah Arab. Sepertimana yang kita sedia maklum, huruf-huruf hijaiyah kesemuanya ada 29 dan setiap satu mempunyai cara sebutan yang tersendiri. Ada antaranya yang mempunyai sebutan yang sama dengan bahasa Melayu seperti sin dalam huruf hijaiyah adalah sama seperti s dalam huruf rumi. Namun, ada beberapa huruf hijaiyah yang perlukan latihan untuk membetulkan sebutannya kerana cara sebutan tidak menyamai mana-mana huruf rumi. Contohnya seperti dalam huruf hijaiyah, cara sebutannya ialah tsa’ dalam huruf rumi. Dalam bab ini juga, saya akan sertakan gambar rajah agar anda dapat meneliti kedudukan lidah ketika menyebut sesuatu huruf.

 

Bab yang seterusnya ialah Tatabahasa Mudah Untuk Perbualan. Dalam bab ini, saya masukkan beberapa tatabahasa Arab yang paling penting dan akan digunakan sewaktu perbualan, contohnya Kata Nama, Kata Kerja, Kata Sendi dan sebagainya. Yang harus anda lakukan adalah dengan membaca bab ketiga ini dan memahami secara umum tentang tatabahasa Arab supaya anda tidak tertanya-tanya ketika membaca bab seterusnya. Bagi pembaca yang mempunyai asas bahasa Arab, anda mungkin hairan kerana bab ini tidak sesempurna silibus bahasa Arab yang anda pelajari dahulu kerana saya telah memansuhkan bahagian yang jarang-jarang digunakan oleh masyarakat Arab sendiri ketika bertutur.

 

Bab yang keempat ialah Ayat Lazim Dan Ayat Mudah Dalam Bahasa Arab. Dalam bab ini, saya telah menulis beberapa contoh ayat lazim yang sering digunakan oleh masyarakat Arab ketika berkomunikasi. Antaranya ucapan selamat, meminta izin, meminta maaf dan banyak lagi. Saya juga memasukkan beberapa ayat mudah untuk membantu anda berkomunikasi dalam bahasa Arab. Mungkin anda tidak gemar menghafal dalam bentuk teks, jadi saya telah masukkan ayat-ayat mudah untuk anda hafal dan insya-Allah boleh digunakan ketika anda berada di bumi Arab atau Timur Tengah.

 

Bab yang kelima pula ialah Contoh Perbualan. Dalam bab ini, saya telah menulis beberapa contoh perbualan yang biasa digunakan dalam perbualan seharian, misalnya perbualan di hotel, di kedai makan, di kedai dan banyak lagi. Dalam bab ini, anda tidak semestinya perlu membaca satu per satu perbualan mengikut turutan. Anda boleh merujuk perbualan yang bersesuaian dengan keadaan anda. Sekiranya anda berada di kedai, anda boleh terus merujuk perbualan di kedai. Sekiranya anda mempunyai masa lapang, tidak salah sekiranya anda luangkan masa membaca keseluruhan bab ini. Anda mungkin berasa seronok dapat mengingat ayat-ayat yang sangat lazim penggunaannya ketika membaca setiap tajuk perbualan dalam bab ini.Misalnya, bagi perbualan pertanyaan tentang arah dan tempat, anda tidak semestinya menggunakannya semasa menunjuk arah, anda mungkin boleh menggunakan beberapa kalimah untuk digunakan ketika berbual tentang perkara lain.

 

Akhir sekali ialah bahagian Penutup. Bahagian ini saya manfaatkan dengan menulis harapan saya dan kaedah memanfaatkan buku ini secara keseluruhan dan tindakan yang wajar anda lakukan selepas habis membaca buku ini.

 

Maklumat lanjut berkenaan buku BAHASA ARAB MUDAH MENGEMBARA DI TIMUR TENGAH ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment