Monday, May 6, 2013

Re: RG2011... 18 Menteri Kabinet menang, empat kalah

 

rasanya 'judge'ni dah hidup terlalu selesa..


From: Judge <hairulndt@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, May 6, 2013 11:47 AM
Subject: Re: RG2011... 18 Menteri Kabinet menang, empat kalah

 
agenda apa lagi.....we have to realise that we can not live
alone.....we will always depends on other races.....

tak logic argument cina nak kuasa malaysia etc.....

DAP bertanding pun tak sampai 1/3, macam mana nak menang majority and
yang dap menang pun kerusi mca....macam mana dap dan mca nak
bergabung...

cukuplah politik perkauman dan menakut-nakutkan orang
melayu.....politik matanglah sikit.....

On 06/05/2013, anis1222@yahoo.com <anis1222@yahoo.com> wrote:
> Dap ada calon melayu n india kan baru perasan mlm td
> Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
>
> -----Original Message-----
> From: kekupumalam@yahoo.com
> Sender: respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Mon, 6 May 2013 01:05:22
> To: <respeks_group@yahoogroups.com>
> Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: Re: RG2011... 18 Menteri Kabinet menang, empat kalah
>
> Mansohkan semua menteri cina. Diorg tu ada agenda len. Tgk saja DAP dpt byk
> kerusi..
>
> Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
>
> -----Original Message-----
> From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
> Sender: respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Sun, 5 May 2013 18:00:40
> To: mat rock<matrocke1@gmail.com>;
> idaman_group@yahoogroups.co.uk<idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang
> Groups<pakbelang@yahoogroups.com>;
> respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>;
> Mahligai<mahligai@yahoogroups.com>
> Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: RG2011... 18 Menteri Kabinet menang, empat kalah
>
>
> 6 Mei 2013
> SPR
> KUALA LUMPUR - Lapan belas menteri kabinet menang manakala empat lagi kalah
> pada pilihan raya umum ini.
>
> Barisan kabinet yang menang pula diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib
> Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613
> undi menewaskan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa dari PKR yang memperoleh 15,665
> undi.
>
> Di Parlimen Pagoh, Johor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
> menewaskan calon PAS Mohamad Rozali Jamil dengan majoriti 12,842 undi.
>
> Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri
> Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja
> Zainal Abidin, enteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee
> Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk
> Dompok.
>
> Kong, yang juga setiausaha kehormat MCA, gagal mempertahankan kerusi
> Parlimen Lumut, Perak yang dimenanginya pada 2008 kepada calon PKR Mohamad
> Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168 undi.
>
> Sementara dalam perebutan tiga penjuru yang melibatkan Raja Nong Chik, Nurul
> Izzah Anwar (PKR) dan Rusli Baba (Bebas) di Parlimen Lembah Pantai, Kuala
> Lumpur, Raja Nong Chik yang pertama kali bertanding di kawasan parlimen itu
> tewas kepada Nurul Izzah dengan majoriti 1,847 undi.
>
> Di kawasan Parlimen Alor Star, Kedah yang menyaksikan pertandingan empat
> penjuru, yang melibatkan Chor selaku penyandang kawasan berkenaan, tewas
> kepada calon PKR Gooi Hsiao-Leung dengan majoriti 1,873 undi.
>
> Naib presiden MCA itu menghadapi pertandingan empat penjuru iaitu berhadapan
> Gooi, Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).
>
>
> Sementara Benard, yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun
> Murut Bersatu (Upko) tewas kepada calon PKR, Iginatius Dorell Leiking dengan
> majoriti 10,216 undi.
>
> Paling menarik pada pilihan raya umum kali ini ialah kemenangan Presiden MIC
> Senator Datuk G. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri di
> kawasan Parlimen Cameron Highlands, Pahang.
>
> Palanivel, yang menang dengan majoriti hanya 462 undi, berhadapan saingan
> lima penjuru di Cameron Highlands -- Mohd Shokri Mahmood (Berjasa),
> Manogaran Marimuthu (DAP), Kisho Kumar Kathirveloo (Bebas) dan Alagu
> Thangarajoo (Bebas).
>
> SENARAI MENTERI KABINET YANG MENANG:-
> 1. Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan)
> 2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
> 3. Senator Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands)
> 4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)
> 5. Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai)
> 6. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)
> 7. Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
> 8. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli)
> 9. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Kemaman)
> 10. Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat)
> 11. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
> 12. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Tambun)
> 13. Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis)
> 14. Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Betong)
> 15. Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang)
> 16. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh)
> 17. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Tampin)
> 18. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong)
>
> - Bernama
>
>
> Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
>


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment