Sunday, May 5, 2013

Re: RG2011... Ali Rustam dan Ibrahim Ali Kalah

 

Salam,

Anak Tun Det, telah diistiharkan
menjadi MB Kedah.

2013/5/6 Hasno bin Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
 

Anak Tun Det camna?

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 6, 2013 8:59 AM
Subject: RG2011... Ali Rustam dan Ibrahim Ali Kalah
 
Ali Rustam tewas di tangan Shamsul Iskandar
6 Mei 2013
MELAKA - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda. "Saya tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada kira-kira 1 pagi. Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi. Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008. Beliau berkata, kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama
 
 
Anak Nik Aziz kalahkan Ibrahim Ali di Pasir Mas
Wartawan Sinar Harian 6 Mei 2013
PASIR MAS - Anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dengan memperoleh majoriti 8,047 undi.
Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, memperoleh 33,431 undi berbanding penyandang kerusi, Datuk Ibrahim Ali yang mengumpulkan 25,384 kerusi
 
 
Shah Alam kekal milik Pakatan
RAZIATUL HANUM A.RAJAK 6 Mei 2013
SHAH ALAM - Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kekal di Shah Alam selepas menewaskan calon BN, Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939. Khalid mendapat 49,009 undi sementara Zulkifli mendapat 38,070 undi. Sementara itu, Dun Kota Anggerik dan Batu Tiga turut kekal di tangan penyandang, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail. Yaakob menewaskan calon BN, Yusof Din dengan 26,261 undi sementara Yusof mendapat 21,758 undi dan calon Bebas, Eriq Faisal mendapat 136 undi. Dalam pada itu, Rodziah menewaskan calon BN, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin dengan 21,284 sementara Nawawi mendapat 17,479 undi dan calon Bebas, Uzi Che Hussin mendapat 124 undi.
 
 
MB Selangor menang di Bandar Tun Razak, majoriti besar
Wartawan Sinar Harian 5 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Tan Sri Khalid Ibrahim menang dengan pertambahan undi 10,300 di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, mengalahkan calon BN dan dua calon Bebas. Pada 2008, Khalid mengalahkan calon BN, Datuk Seri Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515. Difahamkan, Menteri Besar Selangor itu juga menang di kerusi Dun Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,000 undi
 
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment