Sunday, May 5, 2013

Re: RG2011... Dakwat tak kekal, tak apa: Pengundi hantu, mana ada?

 

Betul tu Lin,

Allah swt menghendaki seluruh hamba-Nya berusaha bersungguh-sungguh 
dalam melakukan sesuatu dan diiringi dengan doa kepada Allah..Allah Maha Besar, 
Maha Penyayang, maka pinta dan mohonlah pada-Nya..insyaAllah jika berusaha, 
berdoa dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah pasti berjaya..

2013/5/6 Nor Azlin <azlin8@yahoo.com>
 

Salam.. dalam pada kita mahu mempertikaikan itu ini, haruslah diingat apa yang berlaku adalah ketentuan Allah swt. He knows best siapa yang patut menang di mana dan kalah di mana dan semuanya ada sebab musababnya. Trust that Allah is the best planner, semuanya untuk kebaikan kita.

Sent from my iPhone

On May 6, 2013, at 8:59 AM, ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com> wrote:

 

Salam,

Semuanya telah berlaku, dakwat kekal dah tak kekal,
sebelum ini mempertahankannya, mereka cakap 
mudah setelah selesai, tapi bagaimana kepercayaan
terhadap mereka. Ini satu pembohongan terhadap
rakyat Malaysia yang begitu jelas dan nyata...


2013/5/6 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 

 
Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Meskipun hari pengundian dicemari dengan pelbagai insiden dakwat tak kekal dan warga asing mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan respon seolah-olah segalanya ok.

(Antara kad pengenalan warga asing yang ditahan di pusat pengundian)
Dalam isu dakwat tidak kekal, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwat tak lekat itu bukan satu masalah lagi.

Ini kerana, katanya, besok pengundi tidak boleh mengundi lagi.

"Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi. Bagaimana dia boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali," kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

Meskipun diberi setahun untuk mencari dakwat kekal yang terbaik untuk mencegah penipuan, Wan Ahmad berkata SPR tidak tahu kualiti dakwat kekal yang digunakan.

Bos Wan Ahmad pula Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula secara tiba-tiba hari ini menyalahkan kualiti dakwat kekal kerana ingin mengikut garis panduan status halal.

Dua hari lepas, selepas ditekan oleh rakyat ekoran laporan dakwat kekal pada pengundi awal tidak kekal, Abdul Aziz telah menyangkal segala dakwaan dan berkata insiden itu berlaku kerana ada pegawai SPR yang terlupa mengoncang botol.

Malah, SPR sendiri membuat demonstrasi kepada umum bahawa dakwat itu kekal. Pada masa itu, Abdul Aziz langsung tidak menyentuh mengetahui penurunan kualiti dakwat kekal kerana panduan halal.

"Pada masa sama, terdapat surat dari Kementerian Kesihatan menyatakan kandungan silver nitrate mesti tidak melebihi satu peratus," katanya, sambil menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan dakwat tersebut tidak boleh menghalang air untuk melaluinya.

Selain itu, Abdul Aziz juga terus mempertahankan bahawa daftar pengundi adalah bersih walaupun di alam maya laporan daripada petugas-petugas parti berlambak mengenai tangkapan warga asing yang diberikan kuasa mengundi walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak tahu menyanyi lagu Negaraku.

Tiga hari sebelum mengundi, warga asing daripada Bangladesh, Pakistan dan Nepal dilihat membanjiri lapangan terbang di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.

Abdul Aziz bertegas bahawa tiada pengundi yang meragukan dalam senarai itu kerana daftar pemilih itu diselaraskan dengan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini bagi memastikan semua nama dalam pasti pemilih merupakan rakyat Malaysia," katanya.

Walaubagaimanapun, Abdul Aziz Yusof mempertahankan bahawa nama-nama dalam daftar pemilih memang warganegara Malaysia, sekali gus pengundi yang sah.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment