Wednesday, May 15, 2013

Re: RG2011... Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini?

 

Tak pernah janji minyak tak naik kan hehehe rakyat naik minyak tak tau la kannnn

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 15 May 2013 13:17:55 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini?

 


by Staff Berita Semasa Harga Petrol RON95 Naik

Berita luar daripada akhbar Berita Harian seperti di atas bukan tanda yang kuat sebenarnya. Tetapi langkah awal kearah _______________ sudah ada. Erm…tak sanggup kami menulisnya. Bunga-bunga awal sudah mula kelihatan.

Tanda-tanda yang lebih kuat andaikata harga minyak akan naik tidak lama sahaja lagi, adalah apabila sudah kedengaran rakyat Malaysia diperdengarkan ayat-ayat di media arus perdana seperti :

  • kerajaan akan buat kenyataan berapa banyak subsidi minyak, berapa boleh jimat
  • harga minyak di Malaysia antara termurah di ASEAN
  • jikalau kes kenaikan harga gula pula, bekalan akan tiba-tiba merosot. Kempen bahayanya gula akan didendangkan di halwa telinga rakyat Malaysia sekerap mungkin, statistik bilangan pesakit diabetes di Malaysia dan tidak lupa juga kenyataan rakyat Malaysia guna gula banyak dari negara lain.

Jadi dalam akhbar Berita Harian baru-baru ini, kerajaan mahu ingatkan "secara halusnya" kepada rakyat Malaysia sebenarnya subsidi minyak ini membebankan kerajaan Malaysia termasuk negara Arab juga, jadi rakyat tidak boleh persoalkan kenapa jikalau harga minyak RON95 di Malaysia naik selepas ini

Eh, Berita semasa tidak naik harga minyak pun lagi, sudah cakap macam-macam cakap. Bukan begitu. Sebenarnya, bukannya susah untuk membaca perancangan kerajaan Malaysia dalam membuat satu-satu pelan dan dasar. Ini kerana acapkali rakyat Malaysia dijadikan "bahan eksperimen" sebelum pelarasan harga dilaksanakan. Sehingga adakalanya rakyat malaysia sendiri sudah mahir dengan setiap perancangan yang mahu dilaksanakan di Malaysia.

Jadi, diharapkan rakyat Malaysia tidak terkejut & lebih bersedia dengan kebarangkalian kenaikan harga minyak RON95 selepas ini terutamanya melibatkan perancangan kewangan masing-masing.

Semestinya perkataan kenaikan tidak akan digunakan tidak akan digunakan. Tetapi perkataan pelarasan harga dan rasionalisasi subsidi akan digunakan secara meluas. Tetapi maksudnya tetap sama.

"Subsidi kurang, harga minyak naik"

Dan, rakan kami baru-baru ini isi minyak motosikal di Shell dengan harga minyak RM1.99 seliter. Ha….RM1.99 seliter? Minyak apa itu? Ya…..RM1.99 seliter, yang mana lagi kalau bukan yang gagang kuning. Di sana kata beliau, minyak diangkut menggunakan perkhidmatan kapal. Dan kos pengakutan minyak sudah pun tidak disubsidikan seperti dahulu. Walhal, minyak itu dikeluarkan daripada perut bumi sarawak.

Dan berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolehi, harga minyak RON95 akan naik RM2.30 selepas ini. Tidak mustahil. Cuma kami kasihankan kepada golongan serdahana dan rendah di bawah. Andaikata, harga minyak RON95 naik juga, rakyat Malaysia nampaknya kena terima dengan "wallet" yang terbuka.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment