Wednesday, May 1, 2013

Re: RG2011... Mustafa Ali Diminta Bersumpah di Masjid

 

eh...apa hal pula presiden Muafakat ni....kalau ikut hukum Islam....dari surah An-Nur....untuk tuduhan zina....orang yang menuduh tu kena "bersumpah laknat" dulu, jika dia tidak boleh bawa 4 orang saksi (terutamanya yang rakam video tu)....dan bukannya orang yang kena tuduh....
.
siapa yang menuduh orang lain berzina tanpa 4 saksi tu......silakan lah "bersumpah laknat " dulu.....atau awak tu pula yang sudah layak dikenakan hukuman hudud....nanti tak berdosa kalau orang lain balun awak 80 kali...
wuallahualam.



2013/4/27 PASPISPUSSYCAT <rattlesnakessssss@gmail.com>
 

Mustafa Ali Diminta Bersumpah di Masjid

1

banner-1m

KUALA LUMPUR: 17 April – Keputusan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk tidak membuat laporan polis berkenaan isu penyebaran video seks yang mirip beliau boleh dilihat sebagai merosakkan kredibiliti perjuangan Islam Pas selama ini.

mustafa ali

Menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah lebih baik Mustafa mengangkat sumpah di mana-mana masjid dan menjadikan orang ramai sebagai saksi untuk memperbetulkan kembali fakta berkenaan isu itu jika beliau berada di pihak yang benar.

Tiada apa yang perlu ditakuti jika beliau tidak melakukan perkara tidak bermoral itu, jadikan kisah Saiyidina Uthman sebagai teladan.

Bagaimana khalifah ketiga itu mengangkat sumpah di Masjid Nabawi untuk menafikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Jika di kalangan ahli parti melakukan perkara tidak bermoral seperti ini pun sudah dianggap bertentangan, ini kan pula perwakilan tertinggi parti yang melakukannya. Sudah semestinya dianggap perkara luar biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas penafian Mustafa Ali berhubung dakwaan penyebaran video seks yang menyerupai dirinya di dalam laman sosial baru-baru ini.

Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, sebagai pemimpin tertinggi Pas, Mustafa perlu membersihkan imejnya dengan terlebih dahulu membuat laporan polis untuk membolehkan pihak terbabit melakukan penyiasatan terperinci bagi mendapatkan kesahihan adakah beliau (Mustafa) merupakan pelakon utama video itu ataupun tidak.

Sekarang ini, langkah terbaik, dia sendiri pergi buat laporan polis supaya perkara tersebut boleh disiasat dan dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jika dia berada di tempat yang benar.

Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam masyarakat melihat Pas sebagai tidak konsisten dan goyah dalam memegang prinsip Islamnya, jangan lupa maruah dalam agama perlu dipertahankan bagi menutup keaiban diri sendiri," katanya di sini.

Jelas Abdullah, ekoran video seks ini, kredibiliti jawatankuasa tatatertib Pas sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.

Soal perkaitan moral dan akhlak ahli parti pun tidak mampu diselesaikan ini telah menunjukkan jawatankuasa Pas lemah dalam mengambil tindakan disiplin," jelasnya lagi.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment