Thursday, May 9, 2013

RG2011... Fw: Hentikan menyalahkan komuniti lain

 



 

Hentikan menyalahkan komuniti lain atas prestasi buruk BN, kata Pak Lah

 
Hentikan menyalahkan komuniti lain atas prestasi buruk BN, kata Pak Lah

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.

"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.

Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.

"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.

"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."

Raihak  • 

  • Setuju dengan Pak Lah. Muhasabah diri dan betulkan kelemahan sendiri. Jangan asyik mencari dan meletakan kesalahan pada orang lain.....
  • A Yahoo! User  •  
    Compared to Mahathir, Pak Lah is more gentle and not racist. While he was Foreign Minister, his big contribution is persuading the bandit to free the Malaysian that earned our respect. He rejected the raise in government civil servant, as he is financial rational and determined to wipe out corruption, this may arouse the resentment in right wing UMNO especially Mahathir to play him out.
  • whaz up !  •  
    sebutan kaum/puak itu, tidak sepatutnya wujud dlm istilah 1 malaysia. sepatutnya istilah "rakyat malaysia" digunakan, najib mungkin dah tersasul.... oleh yg demikian kekalahan bn tuk meraih 2/3 adalah disebabkan oleh "tsunami rakyat"....... sila diperbetulkan.
  • melayu2  •  
    bila bn kalah mcm mcm tuduhan di lempar kan kata orang cina tak mengenang jasa...bila pengundi balik mengundi ke negeri kelahiran di kata pembunuh bn...sebenar nya kekalahan bn salah diri sendiri......pembangkang berkempen semua pemimpin dap...pkr dan pas turun berkempin....tapi bn hanya najib dan mayudin saja mana pergi pemimpin mca...mic dan .gerakan....mana pemimpin wanita umno...mana pemimpin pemuda umno dan mana pemimpin puteri umno......berhujah lantang kata pembangkang ada masaalah dalaman tak bersefahaman tak berkerja sama tapi bila keputusan mengundi di keluar kan.....siapa yang ada masaalah..siapa yang tak bersefahaman dan siapa tak berkerja sama....hingga kan calon mca kalah teruk...mic satu dua orang je yang menang tu pun kerana pengundi india ramai....gerakan langsung tak ada.......banyak kesilapan yang najib dah cipta dalam pru 13..ketepi kan orang yang setia kat umno jadi calon di letak orang yang dulu menjadi musuh umno.....cari kesilapan sendiri jangan menunding jari ke orang lain
  • Kevin  •  
    I always hear Malay calling Chinese "BANG" tolong "Bang" nak apa and "BANG" this and that..And we also call Malay friends as "BRO"..SO where is the RACIAL ISSUE??WHY STIR UP A RACIAL ISSUE WHEN IT WAS NEVER EXIST? UTUSAN..A BIG QUESTION MARK OVER ITS REMARK AS IT INSTIGATES RACIAL HARMONY..PM SHOULD GET UTUSAN TO APOLOGISE OVER THIS REMARKS AS PM WANTS 1MALAYSIA..NOT 2MALAYSIA..
  • cm  • 
    Paklah is a gentleman that is why UMNO kroni tak suka. We always respect u.
  • cm  • 
    SEntimen perkauman dibangkit oleh BN dan Bukan PR. JIKA BN mengambil tindakan pada Utusan M, kes akan lenyap. PR hanya membangkitkan CORRUPTION, TOLL, HARGA PETROL, AES, PTPTN, HARGA KERETA dan KRONI.
  • ISMAIL  • 
    Inilah pendapat pemimpin sebenar yang mendukung semangat 1 Malaysia...Thanks...Pak Lah.
  • Mohd. Mael  •  
    Keputusan PRU-10 (1999) menggemparkan kepimpinan Tun Mahathir dgn kemenangan minima 2/3 kerusi dewan rakyat --- akhirnya Tun Mahathir asyik bercuti & terus mengundur diri --- nasibnya baik dikekalkan sbg pemimpin bersama beberapa perbadanan / syarikat kerajaan sehingga ke hari ini. Setelah menurunkan diri, beliau sbg penasihat Umno-BN yg beliau sendiri ingini --- berulasan & berdegarlah cakapannya ke perantauan bagi melonjakkan puteranya ke kerusi MB & seterusnya ke PM.
    PRU-11 (2004) dizaman Tun Abdullah sbg PM, melonjakkan keputusan Umno-BN dgn penuh keselesaan sekali tetapi pada PRU-12 (2008) hasil keputusan pilihanraya dgn kemenangan tipis menyebabkan Tun Abdullah mengundurkan diri. Terumbanglah Tun Abdullah dgn personaliti tersendiri, tak disandangkan sebarangan jawatan pengerusi kpd syarikat kerajaan sehingga kini --
    kesedihan yg mendukalarakan diri atas kematian isterinya, Toh Edon & gegaran fitnah atas ragam menantunnya, Khairy.
    PRU-13 (5 Mei 2013) lain keputusan yg Umno-BN dapati (133 kerusi), kemenangan DS Najib (PM masakini) lebih menipis dari keputusan yg Tun Abdullah kendali --- dalam sejarah pilihanraya umum tek pernah ujud bhw Perikatan / BN (Umno) tak mengambil bahagian disebarangan kerusi (Pasir Mas diberi kpd Datuk Ibrahim, Bebas). Kini seeloknya DS Hisham menasihati sepupunya DS Najib supaya mempercepatkan penyelesaian tugasankerja supaya mengundurkan diri sebelum diteguri oleh penasihat Umno-BN, mantan PM. Mungkinkah DS Najib akan tersingkir seakan Pak Lah pada sedikit masa lagi?
  • Vianny  •  
    saya sokong PAK LAH
  • zai  • 
    Pak Lah telah memberi komen dengan hati yang riang dan puas hati. Tapi Pak Lah lupa bahawa Rakyat dah tak nak BN terutama sekali Melayu UMGOK dan telah ditunjukkan dalam election. Tapi seperi biasa rakyat Malaysia telah ditipu dan akan ditipu seterusnya dan dengan itu telah mengekalkan Perdana Menteri daripada Penipuan yang licik. Pak Lah adalah Perdana Menteri yang paling bertuah bersara dengan aman-aman saja dan sesekali terjaga daripada tidur apabila ada orang buat bising yang kuat.
  • Road Warrior  •  
    Badawi...please come back and replace Najib....
  • saint10  •  
    wat Pak la says is sooo true and shows how racist is all BN people
  • Khozabenzamin Abd Hamid  •  
    betul cakap pak lah...jangan salahkan orang lain...salahkan diri sendiri...
  • S.thiru  •  
    betul pak lah. pm tanya dirisendiri dulu ? 55% sokong pr.
  • Mo  •  
    Lama tak dengar pendapat Pak Lah. Terima kasih kepada Pak Lah kerana menurunkan road tax kereta lebih 50% dan mengecualikan cukai pendapatan keatas elaun kakitangan kerajaan dan memperkenalkan KOLA. Kakitangan kerajaan kelas menengah mendapat faedah besar daripada dasar ini. Saya tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan pemerintahan beliau lemah. Kita harus ingat BN menang besar dalam pilihanraya 2004. Kita harus kaji kenapa BN menempa sejarah dalam pilihanraya tersebut jika BN ingin menang besar dlm PR 14 nanti.
  • KAUAKUDIA  • 
    Pak Lah letak jawatan bila keputusan PRU12 merudum untuk BN. Utk PRU13 prestasi BN lebih buruk. Oleh itu Atok Ajib bila lagi nak letak jawatan? Tak malukah mantan PM yang suka titun pong bleh komen gitu?
  • Tupaiku  •  
    secara tidak langsung, mcm kenen kat seseorang aje. dulu aku teruk jugek tetapi sekarang ade yg lebih teruk, macamane? ade rasa2 nk berkemas bilik ke?
  • Chris Gan  •  
    Pak Lah we miss & respect u as one of our Respectful Prime Minister compare to the one before you as well as the one after you that not just racist but corrupted... :P
  • Chris Gan  •  
    Maybe you can advice him to step down as he win by cheating also the outcome is far worst than your last time... If not cheat maybe we be changing new Gov :D hahaha
 

Tsunami Cina: Beberapa Pemimpin Umno Sanggah Kenyataan Najib


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sebagai akibat dari berlakunya 'tsunami Cina' disanggah oleh para pemimpin Umno sendiri.

Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan PRU13 lalu sebagai isu perkauman.

Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh dan menyalahkan kaum tertentu terhadap keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku.

"Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa semua pihak berhenti dari menuding jari dan memainkan isu perkauman selepas PRU13, yang jelas merujuk kepada kenyataan Najib itu.

Khairy meminta semua pihak bertenang dan sesiapa pun tidak harus lekas membuat kesimpulan dan menyalahkan sesuatu kaum.

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa bukan bangsa Cina sahaja yang memihak kepada pembangkang, perubahan juga berlaku di kawasan-kawasan bandar.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di Parlimen Temerloh menggesa rakyat supaya menjauhi dari bersikap rasis berhubung keputusan PRU13 dan beliau yakin rakyat tidak mengundi berdasarkan sentimen perkauman.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, rakyat sebaliknya mengundi berdasarkan prospek pembangunan seperti isu-isu utama seperti insfrastruktur dan kebajikan.

Saifuddin berkata, walaupun beliau tewas di kawasan majoriti Cina tetapi para pengundi bukannya anti Melayu dan sama ada mereka mengundinya (Saifuddin) atau tidak, rakyat telah membuat pilihan yang bijak.

Apa lagi Cina mahu

Ketika diasak oleh para wartawan mengenai apa komen beliau tentang tajuk muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Apa lagi Cina mahu" Selasa lalu, Najib cuba mengelak dan menyatakan anda patut lihat apa kata akhbar-akhbar Cina pula, apa yang dilaporkan bukannya semua betul.

Kenyataan Najib yang berbaur perkauman ini adalah satu percubaan untuk menyalahkan orang-orang Cina yang ramai sudah beralih dan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 dan beliau enggan menyalahkan diri sendiri maupun partinya, Umno-BN.

Mungkin kerana sudah menyedari akan kesilapannya, semalam Najib melalui Twitternya berkata, tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya.

Tetapi beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa bukan sahaja masyarakat Cina menolak kepimpinannya tetapi orang-orang Melayu dan masyarakat India terutama di bandar secara keseluruhan sudah menolak Umno-BN.

Jika diambil kira jumlah undi untuk Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata BN telah tewas dalam PRU13. Untuk 222 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat memperolehi 5,623,984 undi manakala BN memperoleh 5,237,699 undi.

Untuk 505 kerusi DUN pula, Pakatan Rakyat memperoleh 4,879,699 undi manakala BN memperoleh 4,513,997 undi.

Prestasi BN di bawah Najib juga merudum teruk berbanding prestasi BN pada PRU12 di bawah Abdullah Badawi. Semasa Pak Lah BN memenangi 140 kerusi parlimen dan semasa Najib BN mendapat 133 kerusi iaitu kehilangan sebanyak tujuh kerusi Parlimen.

Ini berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi Parlimen pada 2008, telah meningkat kepada 89 kerusi pada 2013; penambahan sebanyak tujuh kerusi.

Untuk kerusi DUN pula, semasa Pak Lah, BN memenangi 344 kerusi DUN tetapi semasa Najib, jumlah kerusi DUN yang dimenangi BN merosot teruk; tinggal hanya 275 kerusi.

Berbanding dengan prestasi Pakatan Rakyat, kerusi DUN yang dimenangi pada tahun 2008 ialah sebanyak 161 kerusi dan meningkat kepada 230 kerusi pada PRU13, pertambahan sebanyak 71 kerusi.
-FMT
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment