Wednesday, May 8, 2013

RG2011... Jemputan Ke Majlis Halaqah Wanita Berselawat 2013 (HALWA)

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat ukhti-ukhtiku yang dirahmati Allah. Dengan sukacita dan rendah hati, kami ingin menjemput datang bersama-sama dalam Halaqah Wanita Berselawat (HALWA) yang julung-julung kali diadakan di Daerah Gombak pd 18 Mei 2013 - Sabtu jam 9.30pg - 12 tghari bertempat di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda Kuala Lumpur. 

Antara objektif utama Majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap Baginda RasuluLlah S.A.W. Juga sebagai usaha menghubungkan dan menyuburkan jiwa dengan limpahan dan ikatan kasih sayang, serta mencontohi dan meneladani akhlak terpuji RasuluLlah S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Untuk pengesahan kehadiran dan sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Nida' (0126783435) dan Pn.Farah (0126617606).

 

Kebersamaan untuk sama-sama hadir dan mendokong Majlis yang akan diadakan ini amat dihargaiSegala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan Jaza'.


YA RASULULLAH SALAM KERINDUAN UNTUKMU..



Halaqah Wanita Berselawat 2013 (HALWA)

No. 17A, Jalan Bukit Ceding 28/4, Taman Alam Megah, Seksyen 28, 40400 Shah Alam, Selangor.

Email : halaqahwanita.berselawat@gmail.com

No comments:

Post a Comment