Thursday, May 9, 2013

RG2011... Kembali Dari Umrah, Johan As'ari Tolak Babak Sentuh

 

Kembali Dari Umrah, Johan As�ari Tolak Babak Sentuh Wanita

Ini satu perubahan yang sangat bagus buat Johan As�ari dan juga industri hiburan tanah air Malaysia. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun Abang Nara memuji tindakan yang diambil oleh Johan As�ari selepas dia pulang daripada menunaikan umrah.
Berkata kepadaBerita Harianhari ini, Johan As�ari mengakui yang dirinya juga manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Kata Johan:-

Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi.

Bagi Abang Nara, yang penting niat untuk berubah itu sudah ada di dalam diri Johan. Perlahan-lahan cuba merealisasikan apa yang mahu dibuat. Semoga akan lebih ramai artis lelaki terutamanya yang mengambil tindakan serupa seperti Johan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment