Monday, May 6, 2013

RG2011... Najib perlu ikut nasihat dia pada Pak Lah dulu

 


PRU13 sudah berakhir...mungkin pilihanraya paling mahal dan kotor dalam sejarah...
Namun begitu....Barisan Nasional gagal memperbaiki kedudkan mereka....sebaliknya 
kehilangan kerusi Parlien BN makin bertambah....selain beberapa kubu BN juga telah 
dibolosi dan beberapa orang calon BN bertaraf menteri telah kecundang....

Jika dulu Pak Lah dapat menangkan BN hanya 140 kerusi Parlimen dala PRU12 telah 
didesak oleh Najib agar berundur dan memberi laluan kepadanya.....apakah alasan Najib
yang dia tidak perlu melakukan perkara dan berundur memberi laluan kepada orang lain 
atas kegagalannya bila kerusi BN di Parlien telah jatuh kepada 133 selepas PRU13?

-----------------------------------


HOT!! PRU 13: PM Najib Digesa Berundur dan Diganti Dengan TS Muhyiddin Yassin Kerana Gagal Berbanding Tun Abdullah.. Jom Terjah!!!

1:54 PM    No comments

Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.

Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.

Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?

GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.

Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka "tsunami Cina" yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.

Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.

Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!

sumber: kelab greenboc

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment