Wednesday, May 8, 2013

RG2011... sinar: Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas

 


TERIMA KASIH BN!!!....bil elektrik bakal naik lagi....
selain dari caj tambahan yang sudah pun dikenakan secara senyap-senyap...

projek SEDA ni.....apakah ini caj elektrik pada bil TNB dibawah kategori "Kumpulan  Wang Tenaga Boleh Baharu" ke ?
  
Apa hal pula rakyat kena tanggung caj untuk R&D bila TNB untung bersih berbillion RM.....dan sekarang lagi dia nak naikkan caj....
Bila projek R&D berjaya....TNB untung lagi, secara percuma pulak tu.....dan mungkin naikkan lagi caj lepas tu...

ripple effect....bila kos perniagaan naik....harga barang naik.....bagus la tu!! 







------------------------------------------


Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas
CONNIE S MONICAL
4 Mei 2013
FOTO: GETTY IMAGES
FOTO: GETTY IMAGES

CAJ tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

"Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

"Seda juga telah membayar RM18.7 juta bagi menampung projek yang sedang berjalan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, kelmarin.

Menurutnya, secara keseluruhan, Seda akan membelanjakan RM4 bilion untuk membiayai kos projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara termasuk Sabah yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan.

"Tenaga boleh diperbaharui penting bagi menukar sumber tenaga negara daripada bahan api fosil yang telah dikenal pasti penyumbang besar kepada pemanasan global dunia kepada solar fotovoltik, biomass, biogas dan hidro kecil," katanya.

Badriyah berkata, penjelasan berhubung caj tambahan itu perlu dilakukan selepas isu itu hangat diperkatakan di laman sosial.

Menurutnya, pengguna yang terlibat dengan caj tambahan itu turut berpeluang menyertai Program Rumah Solar Atas Bumbung yang dilancarkan Seda sejak September tahun lalu.

"Sehingga kini kami telah meluluskan 1,000 permohonan daripada pengguna sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak untuk program itu," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment