Thursday, May 9, 2013

RG2011... Solat Jumaat sarat pahala

 

Solat Jumaat sarat pahala


DI antara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaat adalah paling mulia, banyak fadilat dan kebaikannya. Pada hari Jumaat pula terdapat solat Jumaat. Oleh itu, sebagai umat Islam iaitu lelaki yang sudah baligh wajib menunaikan solat Jumaat ini. Bagi mereka yang meninggalkannya sangat rugi dan berdosa di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru azan untuk solat pada hari Jumaat, segeralah kamu pergi mengingati Allah (bersolat) dan meninggalkan urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. (al-Jumu'ah: 9)

Mengenai pahala mengerjakan solat Jumaat ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat pertama (pukul 7 pagi) ia seumpama berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat kedua (pukul 8 pagi) ia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat ketiga (pukul 9 pagi) ia seperti berkorban seekor kambing (kibas). Barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat keempat (pukul 10 pagi) ia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan barang siapa yang pergi menghadiri solat Jumaat pada saat ketiga (pukul 11 pagi) ia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Adalah diingatkan bahawa apabila imam telah naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut serta mendengarkan khutbah. Maka barang siapa yang datang ke masjid selepas itu seolah-olah ia hanya datang untuk solat semata-semata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat."

Daripada Ibnu Umar RA mendengar Nabi SAW bersabda : Siapa datang untuk bersolat Jumaat, maka hendaklah dia mandi." Hadis daripada Aus bin Aus RA menyatakan siapa yang mandi pada hari Jumaat, mencuci kotoran pada badan, bersegera ke masjid dan mendengar khutbah, baginya dengan setiap langkah yang dilangkahnya pergi ke Jumaat itu pahala setahun.

Kita disarankan membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada siang dan malam Jumaat itu. Menghidupkan malam Jumaat dengan berbagai-bagai zikir.

Oleh itu, kita disarankan supaya datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi mengelakkan perkara ini. Banyak kelebihannya jika datang awal iaitu mendapat saf yang paling depan, tidak tergesa-gesa untuk mencari tempat serta tenang dan lapang menghadapi Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mendatangi solat Jumaat dengan mendengarkan khutbah dan diam, maka dia akan mendapat ampunan hingga hari Jumaat yang berikutnya ditambah tiga hari lagi. (riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda: Ada empat orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat iaitu wanita, budak, orang yang sakit dan musafir (pengembara)." (riwayat Abu Hanifah)

Mereka ini adalah tidak diwajibkan daripada menunaikan solat Jumaat. Oleh itu, larangan ini mengandungi tujuan tersirat yang dapat mengelakkan daripada fitnah bagi wanita, kebisingan bagi kanak-kanak kecil yang tidak boleh dikawal dan kesusahan bagi mereka yang sakit serta musafir.

Artikel : Dr Aminudin Mansor

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment