Monday, May 6, 2013

RG2011... Susahnya Nak Jaga Hati

Kalau sekali baca, maksudnya seolah-olah susah nak jaga hati orang lain. Tapi bukan itu yang aku rasa susah kat sini nak jaga hati. Yang susahnya nak jaga hati aku sendiri. Susah sangat-sangat, kejap-kejap rosak, jahit balik koyak balik, tampal balik berlubang balik, tak cukup dengan tu berkudis, bernanah dan berdarah lagi. Korang jangan nak panik tertanya-tanya apakah aku ni ada penyakit hati yang kronik? Ye sememangnya aku mempunyai penyakit hati yang sangat kronik. Penyakit hati yang tak mampu kutampung sakitnya, walau aku pergi ke mana-mana hospital pakar sekalipun. Aku sangat takut, penyakitku ini kalau ku mati sekarang ini, entah-entah akan mengheret aku ke neraka. Dalam pendidikan sekular, dari kecik lagi benih-benih penyakit ini sudah yahudi berjaya pupuk dalam hatiku, ia subur dan subur malah membesar sekali dengan pembesaran ku. Semakin aku matang semakin ia matang juga. Aku dari kecil diajar yakin dengan diri sendiri. Cikgu sekolah rendah aku lagi dah ajar aku "kita kena rasa diri kita pandai! Bijak! Kita mampu buat!Barulah kita akan ada keyakinan diri, dan barulah kejayaan itu di tangan kita". Dan sekarang penyakit hati itu sudah menjadi sebahagian dari hidupku dan menguasai rohku. Allah tolonglah.. Sampailah setelah aku kenal seorang manusia yang sangat agung yang menyedarkan aku tentang penyakitku ini. Rupanya sudah kronik, teruk, parah dan matang. Sudah pasti ubatnya pun bukan calang-calang ubat dan doktor yang mampu merawatnya pun bukan calang-calang doktor. Rupanya mana boleh rasa diri bijak, pandai, bagus. Salah sume tu! Sifat-sifat tu hanya layak untuk Maha Pencipta! Bukan hamba macam kita! Kita ni layaknya dipijak-pijak macam rumput, karpet, kain buruk! Manusia Agung, guruku dunia akhirat yang ku jumpa inilah mengajarku semua rasa-rasa itu,(nak tahu sapa? leh tanya aku privately) sesuatu yang amat berbeza dan bertentangan sekali! Dulu motivator kat sekolah selalu ajar dan tanamkan rasa pandai, tapi guruku mengajarku supaya sentiasa merasa diri ini bodoh, dulu motivator kat sekolah selalu minta terjerit-jerit macam monyet cakap "YAKIN BOLEH" tapi guruku mengajarku "insyaAllah!!!
Kesian korang kan, pasti tertanya-tanya.. Sakit apa minah ni sebenarnya.. Apa kaitan sakit hati dengan motivatorlah.. gurulah. Rilex rilex, aku nak ceritalah ni.. Penyakit hati yang semakin parah yang aku maksudkan ini ialah mazmumah-mazmumah yang subur dalam hati ini, dengki, riak, sombong, takbur, rasa berbuat, rasa lebih pandai dari orang lain dan semua rasa-rasa yang tak berguna dan tak tau malu yang dah lama membina empayar dalam diri aku ini. Itulah penyakit yang aku sedang deritai sekarang ini, Aku harap sekarang pembaca dah paham apa yang aku nak sampaikan tentang 'susahnya nak jaga hati'. Serius memang susah gila. Kalau aku berjaya membuat sesuatu sekalipun tak dipuji orang mulalah rasa diri best gile dan pandai, lebih-lebih lagi kalau sesuatu yang dibuat tu dipuji orang pula, mulalah syok sendiri merasa.. Pandainya aku.. Best gila aku dapat wat keje ni.. Terus lupa padahal Allahlah yang mengizinkan/memberi ilham hingga kita berjaya membuat yang terbaik. Hati mulalah berbunga-bunga, syaitan pun galaklah cucuk-cucuk, siram-siram dan hias-hias untuk mencantikkan lagi bunga-bunga yang dah terkuntum di hati tu. Allah, aku sudah lupa padahal ada firman Allah yang aku lupa ayat sebenarnya macam mana, tapi bunyinya lebih kurang" kalau pun ada hanya sebesar biji sawi sifat sombong dlm hati seseorang hamba itu, ia sama sekali takkan terlepas dari api neraka Allah". Ya Allah ya maha pengampun, keciknya sangat biji sawi tu, itupun takkan terlepas Allah dah warning.. kalau nak dihitung sifat sombong yang telah membiak dalam diri aku sejak aku mumayiz.. Umm... Kecik sangat kalau dari mumayiz, sejak aku baligh la senang.. Agak-agaklah, lebih tinggi dari gunung yang paling tinggi dan lebih besar dari objek yang paling besar.. Agak-agak neraka mana lah aku akan dicampakkan nanti. Itu baru aspek hati, tak masuk aspek-aspek dosa lain, dosa dengan suami, dengan ibu-bapa, adik beradik, kawan-kawan dan manusia-manusia yang pernah aku sakitkan hati mereka lebih-lebih lagi dosa dengan Allah itu sendiri. Pastu bila kena marah/tegur pula mulalah rasa bengang, sakit hati, padahal teguran itu terang-teranglah memang betul. Penyakitlah tu, nafsu pun sakit sekali. Sekarang, satu sahaja ubat yang guruku bagi untuk ubat penyakit hati ku ini.. Tanamkan dan suburkan rasa hamba sehambanya, insyaAllah bila rasa hamba itu subur dan besar, segala benih-benih penyakit hati akan layu dan mati perlahan-lahan. Semoga aku berjaya menyemainya dengan benih rasa hamba dari gred yg terbaik!
Hausen, Germany..

http://asmanira.blogspot.co.uk/2013/05/susahnya-nak-jaga-hati.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device

------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment