Wednesday, May 15, 2013

RG2011... Versi Baru Proton Perdana Bakal Dinamakan Sebagai Proton Suprima?

Versi Baru Proton Perdana Bakal Dinamakan Sebagai Proton Suprima?

 

Sehingga ke hari ini, desas-desus mengenai versi baru Proton Perdana daripada Proton sering kedengaran tanpa ada maklumat lanjut mengenainya. Namun baru-baru ini, Proton dilihat telah pun mendaftarkan nama “Proton Suprima” di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Adakah Proton Suprima merupakan versi baru buat Proton Perdana?

 

Ura-ura turut menyatakan yang versi baru Proton Perdana bakal menggunakan kerangka Honda Accord. Theophilus Chin telah pun membayangkan Proton Suprima di dalam rekaan terbarunya yang berdasarkan Honda Accord.

Menarik juga kan? Sama-samalah kita nantikan sama ada Proton Suprima benar-benar akan dibangunkan untuk menggantikan Proton Perdana. Tak sabar juga rasanya untuk menanti. Apa pula pandangan anda?

 

No comments:

Post a Comment