Budak Kampung | |
- Cintai Nabi dengan ikuti sunnahnya
- Mencintai Rasulullah SAW
- Menzahirkan cinta kepada Nabi
- Maulid al-Rasul, fakta dan nilai yang hilang
- Muhasabah diri dengan istidraj
Cintai Nabi dengan ikuti sunnahnya Posted: 20 Jan 2014 01:42 AM PST
MENCINTAI Nabi SAW tidak cukup sekadar dengan pengakuan semata-mata, sebaliknya hendaklah ia direalisasikan seperti apa disabdakan oleh Baginda,
Untuk kita membela agama yang dibawa oleh Nabi, kita hendaklah mencintai Baginda lebih daripada diri sendiri dan kecintaan itu hendaklah diterjemahkan dengan tindakan. Cinta seperti inilah yang�� mengisi hati sahabat Baginda SAW. �� Cinta sejati Abu Bakar Al-Siddiq RA berkata,
Nabi tidak menjawab sehingga turun ayat,
Umar bin Al-Khatthab RA berkata, "Dahulu aku mempunyai seorang jiran Ansar daripada Bani Umayyah bin Zaid, sebuah kabilah yang bermukim di dataran tinggi kota Madinah. Kami berdua bergilir-gilir mengunjungi Rasulullah SAW. Jika hari ini dia turun maka esoknya aku yang turun. �� Selesai menemui Rasulullah SAW, aku khabarkan kepadanya apa yang disampaikan Rasulullah pada hari itu, baik berupa wahyu atau lainnya. Demikian juga halnya kalau dia yang turun, dia melakukan hal sama. �� Sebagai lelaki Quraisy, kami orang yang memiliki penguasaan terhadap isteri-isteri kami. Tetapi setiba kami di Madinah, kami dapati orang Ansar adalah orang yang kalah oleh isteri-isteri mereka. Akibatnya isteri-isteri kami mula terpengaruh dengan tabiat wanita Ansar. �� Pernah satu ketika aku membentak isteriku, tapi dia membantah. Aku jadi berang bila dia berani membantahku. Isteriku berkata, "Mengapa kamu marah atas sikapku, padahal isteri-isteri Nabi SAW juga membantah Baginda SAW? Bahkan ada antara mereka yang meninggalkan Baginda SAW seharian hingga malam." �� Aku menyinsing pakaianku dan menuju rumah Hafsah. Setiba aku di rumahnya, aku berkata: "Wahai Hafsah, benarkah ada di antara kalian yang membuat Rasulullah SAW kesal seharian hingga malam?" �� "Benar" jawabnya. �� "Alangkah ruginya kamu. Apa kamu berasa aman daripada murka ALLAH setelah kamu membuat kesal RasulNya, hingga boleh jadi kamu celaka kerananya? Jangan meminta kepada Nabi SAW dan jangan sekali-kali membantah atau meninggalkannya. Mintalah kepadaku apa yang kamu inginkan dan jangan kamu terpengaruh madumu kerana dia lebih cantik dan lebih dicintai Rasulullah SAW". �� Pada ketika itu warga Madinah sedang membicarakan Raja Ghassan sedang menyiapkan pasukan berkuda untuk menyerang Madinah. Ketika itu, tiba giliran jiranku orang Ansar itu untuk turun menemui Rasulullah SAW. Petangnya, dia mendatangiku dengan tergesa-gesa dan mengetuk pintu rumahku dengan kuat. Dia berkata, "Ada perkara besar yang baru terjadi!" �� Aku bertanya, "Adakah pasukan Ghassan telah tiba?" �� Jawabnya, "Jauh lebih besar dan lebih ngeri dari itu. Nabi SAW telah menceraikan isteri-isterinya!" �� Aku bergumam, "Alangkah rugi si Hafsah kalau begitu." �� (Riwayat Al-Bukhari) Terlalu banyak lagi jika hendak diceritakan, tapi lihatlah bagaimana sikap golongan sahabat yang lebih mementingkan Rasulullah atas diri dan keluarga, sehingga bagi mereka, serangan pasukan Raja Ghassan lebih kecil jika dibanding apa yang terjadi dengan rumah tangga Nabi. �� Abu Sufyan ra berkata,
Cinta yang sejati lagi ikhlas terhadap Nabi akan terzahir dalam akhlak, amalan, tingkah laku dalam kehidupan, bahkan akan mendorong seseorang itu menolong agama yang dibawa oleh kekasihnya. �� Bagaimana kita menolong agama yang dibawa oleh Nabi? Antaranya adalah dengan mengikuti, menyebarkan dan mempertahankan Sunnah Baginda. �� Sesungguhnya syarat agar ALLAH mencintai seseorang hamba adalah dengan dia mengikuti Sunnah Nabi dan menjauhi bidaah. Ini sebagaimana firman ALLAH:
�� Perayaan Maulid Nabi ALLAH menetapkan syarat mengikuti Nabi SAW untuk ALLAH cinta kepada kita. Soal kita mencintai Nabi, itu tidak ada maknanya jika amalan kita menyelisihi amalan Nabi. Apa yang lebih penting adalah kita mengikuti ajaran Baginda, barulah ALLAH membalas cinta kita. Firman ALLAH:
Alangkah mendalam erti cinta terhadap Nabi yang diperlihatkan oleh Imam Darul Hijrah yakni Imam Malik rahimahullah ketika beliau berkata,
Tidak ada ulama salaf yang merayakan Maulid Nabi. Perayaan Maulid Nabi baharu muncul pada abad ke-4 hijriyah di Mesir, dimulakan oleh kerajaan Syiah Fathimiyah Mesir secara besar-besaran. �� Selama 400 tahun sejak hijrahnya Nabi SAW, golongan Muslimin tidak mengenal perayaan Maulid Nabi. Jadi Maulid Nabi adalah suatu hal yang baharu dalam agama, kerana tidak ada satu pun generasi awal umat Islam mengerjakannya. �� Ada yang mengatakan tidak mengapa kita meniru hal itu kerana ia dilihat baik. Namun baik buruk dalam urusan agama ini tidaklah diukur dengan sangkaan dan rasa-rasa. Ini kerana sekiranya hal itu benar-benar adalah kebaikan, ketahuilah dengan pasti generasi awal Islam dalam kalangan sahabat Nabi SAW adalah orang pertama yang akan melakukannya. �� Malah ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran Nabi SAW. Namun apa yang sahih adalah Rabiulawal juga merupakan tarikh kewafatan Baginda SAW. Jadi umat Islam harus ingat ada kebarangkalian orang yang bergembira merayakan tarikh itu sebenarnya sedang bersenang-senang dengan kewafatan Nabi. �� Boleh jadi dia bergembira dengan lahirnya Nabi SAW, dan boleh jadi dia bergembira dengan wafatnya Nabi kerana Nabi SAW wafat pada tarikh itu. Hal ini tidak mustahil kerana perayaan ini sendiri dimulakan oleh golongan Syiah, di samping mereka turut merayakan hari kelahiran ahlul bait. �� Adapun beberapa ulama terkemudian yang berpendapat bolehnya sambutan maulid, mereka sekadar membolehkan dalam bentuk mengingati, dan tetap melarang segala acara bidaah dan maksiat yang dilakukan di dalamnya seperti acara nyanyian, majlis yang bercampur lelaki dan perempuan, puji-pujian berlebihan ke atas Nabi dan sebagainya. Ini adalah hal yang diingkari. �� Agama menyuruh kita mentaati al-Quran dan sunnah, dan Nabi memerintahkan kita menjauhi setiap perkara baharu dalam agama. Jadi jalan selamat adalah meninggalkan apa yang tidak dilakukan oleh generasi awal umat Islam dalam kalangan sahabat dan tabiin. �� Rasulullah SAW bersabda:
Ketahuilah bahawa orang yang jujur mencintai Nabi adalah orang yang berbangga dengan akidah dan syariat yang dibawa oleh Nabinya. Sama sekali tidak ada keinginan dalam hatinya untuk meniru-niru selain amalan yang telah diajar oleh kekasihnya. Mereka menolong agama yang dibawa Nabi, berusaha mengetahui Sunnah Nabi dan mengajarkannya kepada keluarga dan orang lain. �� Orang yang mencintai Nabi mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang daripada sekecil-kecilnya hingga kepada sebesar-besarnya. Mereka tidak memandang remeh pada satu sunnah pun. Mereka meneladani akhlak terpuji Baginda. �� Mereka tidak bersikap ghuluw (berlebihan) terhadap Baginda, tidak mengangkatnya lebih tinggi dari kedudukan yang sepatutnya, iaitu sebagai�� hamba dan utusan ALLAH. �� �� �� * Oleh Wartawan Sinar Harian, 17 Januari 2014 |
Posted: 20 Jan 2014 01:07 AM PST
UMAT Islam di Malaysia secara khususnya boleh dikatakan sangat beruntung. Walaupun sedang diuji dengan banyaknya ancaman dari segi akidah, kekurangan sistem syariah dan kebejatan akhlak, namun masih disinari dengan nur Nabi Muhammad SAW. �� Itulah nur kelahiran Baginda SAW yang sentiasa ditunggu dan disambut saban tahun setiap 17 Rabiulawal. Tidak dinafikan, masih ada lagi yang menyambutnya dengan sekadar sambutan. �� Sekurang-kurangnya, masih lagi menjadi penyelamat bagi umat Islam di akhir zaman ini. Dengan harapan semakin tahun semakin ramai berpeluang mengingati dirinya adalah hamba ALLAH SWT yang beragama Islam maka sudah semestinya perlu mencintai Rasulullah SAW. �� Hayatilah firman ALLAH yang bermaksud,
�� Mengapa Nabi SAW diutuskan? Pendakwah bebas dan juga penulis buku berbentuk islamik, Ustaz Amly Asenar menjelaskan, untuk meningkatkan penghayatan dan kefahaman dalam sambutan Maulidur Rasul maka perlu mengetahui mengapakah Rasulullah SAW diutuskan kepada kita? �� Memang benar, kita mencintai dan memperlihatkan kecintaan tersebut namun nilai cinta itu akan hambar dan hanya omongan kosong tanpa mengetahui sebab Baginda SAW diutuskan. �� "Rasulullah SAW diutuskan sebagai membawa perutusan daripada ALLAH. Apakah perutusan itu? ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Baginda SAW membawa utusan untuk menyampaikan ayat-ayat ALLAH kepada manusia. Apakah ayat-ayat itu? Syeikh Abdul Halim Mahmud seorang ulama besar Al-Azhar mengatakan, "Ayat-ayat ALLAH ialah segala ajaran-Nya, hukum-Nya dan taklif-Nya kepada semua manusia. �� Sesungguhnya ALLAH tidak mahu meninggalkan manusia tanpa pertunjuk dalam urusan menguruskan kehidupan dengan tujuan membina satu masyarakat yang bertunjangkan akidah, akhlak dan syariat. Oleh sebab itu, ALLAH mengutuskan kepada penduduk bumi satu perlembagaan yang perlu diikuti". �� "Lihatlah betapa besar tanggungjawab Baginda SAW! Maka tidak hairan apabila kita membaca riwayat hidupnya, pasti penuh dengan pengorbanan tanpa sedikit pun agenda mengaut keuntungan dunia dan menikmati kemewahan hidup," katanya kepada Halaqah. �� Menurutnya, sewajarnya sambutan ini dimaknakan dengan tranformasi diri seperti yang dikehendaki oleh ALLAH dan Rasul-Nya. Cari dan galilah setiap sudut kehidupan Baginda SAW yang ada persamaan dengan diri kita nescaya akan ada panduan dan pertunjuk daripada Baginda SAW yang boleh dijadikan manfaat. Positifnya Baginda SAW Sebagai contoh, kehidupan Rasulullah SAW yang membesar tanpa kasih sayang daripada ayah dan ibunya. Begitu ramai anak-anak yatim di luar sana yang senasib dengan Baginda SAW. Malangnya, anak-anak yatim ini lebih senang menyalahkan takdir dan orang-orang yang berada di samping mereka. Mereka memberontak, menyalahkan, merosakkan diri. �� Jika anak-anak ini membaca catatan hidup Baginda SAW maka sudah pasti hati mereka akan menjadi tenang. Betapa berharganya nilai diri seorang anak yatim walaupun tidak mendapatkan kasih sayang ibu bapa namun mereka mendapat kasih ALLAH dan Rasul sebagai ganti. Andainya mereka tahu! �� "Rasulullah SAW membesar menjadi insan yang begitu pengasih kerana Baginda SAW tahu harga dan nilai kasih sayang itu. Sering mengusap kepala anak-anak yatim malah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang mengikut cara Baginda SAW. Peringatan yang berat diberikan kepada mereka yang suka makan harta anak yatim. Semua ini menggambarkan betapa lembutnya hati mereka yang mendapat kasih sayang ALLAH. �� "Ketika kecil pula, Baginda SAW tidak menunjukkan sikap yang pasif atau kekurangan kerana tiada ayah dan ibu. Malah Baginda SAW lebih berdikari dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga Baginda SAW seperti pakciknya Abu Talib yang sudi menjaga dan membesarkannya," katanya. �� Ustaz Amly berkata lagi, bagi membahaskan kisah hidup Baginda SAW dalam konteks anak yatim sahaja mampu memberikan pelbagai pengajaran dan petunjuk. Oleh itu, bagi memaknakan sambutan dan selawat maka kenalilah diri dan carilah pertunjuk daripada kehidupan Baginda SAW. �� Adakah anda seorang pemimpin? Pendidik? Pekerja? Suami? Isteri? Ibu? Ayah? Apa jua posisi anda maka anda berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan. �� Kenali Baginda SAW Generasi hari ini perlu didekatkan dengan Rasulullah SAW dengan cara yang lebih menarik lagi. Bentuk penceritaan dan pembacaan mesti dibantu dengan kecanggihan teknologi yang ada. Dunia filem, kartun dan rancangan televisyen perlu bergerak sepenuhnya ke arah ini. �� Dengan inilah anak-anak cucu mampu mengenali sedalamnya siapakah dia Nabi akhir zaman. Alangkah indahnya jika watak upin dan ipin yang begitu diminati kanak-kanak diselitkan sepenuhnya ajaran dan akhlak Rasulullah SAW daripada dimasukkan elemen Melayu sahaja. �� Selain itu, membuka ruang yang luas kepada kanak-kanak dan remaja untuk menterjemahkan keperibadian Baginda SAW dalam apa jua bentuk daripada penumpuan diberikan kepada acara tarian dan nyanyian semata-mata. Apa yang disebutkan hanyalah pengamatan peribadi dan saya berkeyakinan apabila peluang diberikan maka ramai akan tampil memberikan idea dan tenaga. �� Kemanisan sambutan dan selawat akan lebih dirasai dan bermakna apabila keperibadian Rasulullah SAW berada dalam diri setiap orang Islam. Bermula dengan pemimpin yang takutkan ALLAH dan seterusnya rakyat yang bekerja dengan jati diri seorang Muslim. Buktikan sambutan bukan sekadar berselawat! �� �� * Oleh Wartawan Sinar Harian, 17 Januari 2014 |
Posted: 19 Jan 2014 10:12 PM PST
CINTA, sebuah kata yang mengasyikkan dan menggiurkan. Tidak dapat diungkap dengan sebuah kata, hanya yang pernah menikmati cinta tahu bagaimana indah dan pesona cinta itu. �� Sungguh cinta�� banyak mengubah watak manusia. Hinggakan pedang dihayun oleh Ibnu Muljam ��� seorang tokoh al-Quran - bagi membunuh Khalifah Ali sebagai syarat menikahi wanita yang dicintainya. Begitu juga Imran bin Khattan, seorang perekod hadis - mengikuti pemahaman isterinya yang merupakan seorang Khawarij. �� Mereka antara tokoh yang tergelincir dalam jurang kesesatan ketika mencari lembah yang subur dengan benih-benih cinta kepada Nabi. Pada sangkaan mereka, kehidupan beragama yang mereka tempuh merupakan jalan meraih cinta Rasulullah SAW. Namun sayangnya, mereka telah menyelisihi ajaran Nabi. �� Cinta yang didamba namun murka yang kunjung tiba. Pada hemat mereka, bentuk amalan yang akan merangkul cinta daripada Nabi boleh diilhamkan melalui akal fikiran, sangka-sangkaan, mimpi dan igauan: jika sebuah amal itu dirasakan indah dan molek, nampak padanya kebaikan dan ada unsur Islam, maka wajarlah amalan tersebut dilaksanakan. �� Lalu lahirlah pelbagai ragam amalan yang dituju khusus buat Nabi SAW. Tetapi cinta itu bukanlah sebuah perasaan sehala. Cinta harus dibalas oleh yang dicintai agar sang pencinta berasa 'asyik'. �� Persembahan tersebut perlu memenuhi kehendak orang yang dicintai, kerana sering berlaku dalam kehidupan manusia tentang pinangan ditolak, pemberian dipulangkan, serta kasih tidak diterima. Cinta tidak berbalas, ibarat bertepuk sebelah tangan. �� Pepatah Arab menyebutkan: "Tidak menghairankan perkataan mereka mencintai-Nya, namun yang dihairankan perkataan Dia mencintai mereka". Begitulah betapa banyak manusia yang telah mengatakan cintanya kepada Rasulullah SAW, namun Rasulullah tidak menerima cinta yang mereka hulurkan kerana cinta yang mereka persembahkan tidak menepati kehendak Nabi. Cinta yang berbalas Sebenarnya jalan untuk melahirkan rasa cinta dan meraih cinta daripada Rasulullah SAW telah dibentangkan oleh Baginda; hingga tidak ada jejak ke syurga melainkan telah dinyatakan dan tidak ada denai ke neraka melainkan telah diperingatkan. �� Jelas Rasulullah SAW; tanda cinta seorang manusia kepada dirinya adalah dengan menegakkan sunnahnya, bukan dengan berdansa, bukan juga dengan berarak, bukan juga dengan nyanyian dan bukan dengan temasya keramaian. Semua ini tidak pernah dilakukan oleh sahabat Baginda SAW. �� Kata Nabi kepada Anas bin Malik:
Lihatlah apa yang dibicarakan Anas, seorang kanak-kanak yang tumbuh membesar di rumah Nabi, di mana cintanya kepada Baginda tidak dapat dimungkiri lagi. Anas berkata:
Inilah pemahaman yang diajarkan oleh Rasul kepada muridnya sehinggakan Anas mengerti tanda cinta kepada Rasul adalah dengan melaksanakan ibadah dengan meniru cara amalan Baginda. �� Perkara ini diperjelaskan lagi oleh Qadi 'Iyadh: "Di antara bentuk kecintaan kepada Baginda adalah dengan menolong sunnahnya, membela syariatnya, berangan-angan untuk berjumpa Baginda semasa hidupnya, dan kemudian dia mengorbankan harta dan jiwanya demi membela Baginda " (Syarh Shahih Muslim) �� Sahabat menzahirkan cinta Apa yang dikatakan oleh Qadi 'Iyadh itu dijelmakan oleh para sahabat. Mereka mengikut setiap perintah yang diberikan dan menjauhi setiap larangan diingatkan. Mereka beribadah dengan apa Nabi contohkan, kerana pada hati mereka sesungguhnya pada diri Nabi itu telah ada suri tauladan. �� Juga mereka beraqidah dengan segala yang diimani oleh Rasulullah SAW, kerana mereka tahu Nabi menerima wahyu dari langit yang ke tujuh. Bukan setakat itu, mereka buktikan kecintaan tersebut dengan air mata dan darah. �� Dalam sebuah peperangan yang meragut nyawa Abu Jahal, seorang anak belia yang berumur 14 tahun bernama Muaz bin Amr al-Jamuh telah ditebas tangan kirinya sehingga hampir putus. Dia berlari menuju ke arah Rasulullah dengan dua tujuan; pertama adalah untuk mengkhabarkan di mana tempat Abu Jahal berada dan kedua adalah untuk memeluk Rasulullah buat kali terakhir. �� Ada kisah yang menyayat hati tetapi menggambarkan teguhnya iman dan kecintaannya kepada Nabi. Sedang dia berlari, sejenak dia berhenti lalu dia bermonolog: "Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah". Pedang ditangan kanannya, dia ambil lalu memotong tangan kirinya yang terbuai-buai hingga gugur ke bumi. �� Begitu pula dengan Ibnu Umar, dia pasti akan mengejar ular jika terserempak kerana ingin melaksanakan hadis Nabi mengenai anjuran membunuh haiwan tersebut. Sementara Uthman Al Affan ditertawakan kaum Musyrikin kerana berjubah senteng lalu beliau membalas dengan berkata: "Beginilah sahabat kami berpakaian". �� Agungnya cinta seorang sahabat mengatasi seluruh cinta manusia hari ini. Mereka cinta untuk lakukan apa yang Nabi laksanakan. Dalam hati mereka telah berasa cukup sempurna segala bentuk amalan yang Nabi tunjukkan. �� Juga mereka beriman bahawa melaksanakan apa yang dipraktikkan oleh Nabi dalam bentuk yang asli, merupakan makna kepada 'menegakkan sunnah Nabi' atau 'berpegang teguh kepada sunnah'. �� Makna pejuang sunnah Tidak layak untuk menamakan seseorang sebagai 'Pejuang Sunnah Nabi' jika amalannya bukan mengikut bentuk asli daripada Rasulullah SAW. Hanya orang yang menjalankan seluruh amalnya mengikut bentuk Nabi ajarkan baru layak dinobat sebagai 'berpegang teguh kepada Sunnah'. �� Tetapi pada zaman ini manusia menyangka seruan untuk beribadah persis sama dengan bentuk ibadah Nabi sebagai anasir jahat, ejen Yahudi, kelompok sesat dan pemecah belah umat. �� Fenomena ini tidak menghairankan kerana Rasulullah SAW telah mengkhabarkan awal-awal lagi kepada para pejuang Sunnah:
Lihatlah Rasulullah SAW telah nyatakan, pada akhir zaman nanti akan terjadi keadaan di mana amal sunnah menjadi pelik di mata masyarakat kerana tidak diamalkan sehingga usaha mempraktikkan sunnah terasa sangat berat dan menyiksakan, sekali gus orang yang melaksanakan sunnah akan ditentang. �� Namun sebagai galang gantinya ALLAH akan memberi pahala 50 orang sahabat kepadanya. Sungguh inilah zamannya. Segugus soal: mengapa kita menganggap seruan untuk menegakkan sunnah Nabi sebagai ajaran yang menyeleweng? �� Walhal hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan menggenggam sunnah pada zaman ini. Kemudian mengapa kita enggan untuk beramal dengan bentuk ibadah yang Nabi laksanakan? Apakah kita menganggap ibadah yang Nabi ajarkan tidak sesuai atau kurang sempurna? Sehingga meruntun kita ubahsuai amalan tersebut, sambil kita berteriak "inilah�� ahlul sunnah". Terakhir, bagaimana disebut sunni walhal kita tidak pernah beramal dengan sunnah? �� Istilah ahl al-sunnah digunakan oleh Ibnu Abbas ketika mentafsir ayat 106 surah Ali 'Imran. Terdiri dari dua kata iaitu ahli dan al-sunnah. Kata ahli merujuk kepada orang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu kelompok atau bidang, atau seseorang yang memiliki ilmu atau mahir dalam sesebuah disiplin. �� Justeru ahlul sunnah adalah seseorang yang mengetahui tentang jalan Nabi dan sahabat, lalu mengamalkannya serta berpegang teguh dengan jalan tersebut sehingga dia dianggap bergabung dengan sunnah. �� Jelas upaya untuk mencintai Nabi adalah dengan mengikuti sunnah Baginda dan meniti pada mazhab ahlul sunnah, iaitu satu-satunya jalan yang selamat. Ibnu Umar berkata:
Ingatlah golongan sahabat lebih mencintai Nabi daripada kita dan telah mengikut jejak Nabi secara sempurna. Ikutilah cara para sahabat menzahirkan rasa cinta kepada Baginda. Mereka tertawa, menangis, bersentuhan dan bernafas secara bersama hingga mereka tahu erti cinta. �� �� * Oleh Wartawan Sinar Harian, 17 Januari 2014 |
Maulid al-Rasul, fakta dan nilai yang hilang Posted: 19 Jan 2014 08:55 PM PST Peristiwa hijrah mengajar kita erti pengorbanan dengan meninggalkan sesuatu yang buruk kepada baik. �� TANGGAL 12 Rabiulawal menjadi tumpuan umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan pelbagai program bercorak keagamaan di merata tempat. Menjadi perbincangan hangat dalam kalangan sarjana dan pelajar ilmu dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Baginda SAW. �� Walaupun ia adalah tarikh yang diterima dan dimaklumi umum, namun mungkin ramai masih tidak mengetahui tarikh 12 Rabiulawal berkemungkinan bukanlah pandangan yang terkuat dalam masalah ini. �� Tarikh diperdebatkan Dalam Kutub al-Sittah (6 kitab utama hadis) tiada satu pun riwayat dengan jelas menyebutkan tarikh kelahiran Baginda SAW melainkan pada Isnin. Daripada Abu Qatadah meriwayatkan pertanyaan seorang Badwi berkenaan puasa pada Isnin. Nabi Muhammad SAW menjawab:
Ibn Kathir (w.774), tokoh sejarawan Islam menyenaraikan pandangan berbeza ini. Beliau menulis majoriti sarjana Islam percaya Baginda dilahirkan pada Rabiulawal namun berbeza pada tarikh sebenar. �� Bagi penulis sirah kontemporari seperti Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam al-Rahiq al-Makhtum, memilih 9 Rabiulawal sebagai tarikh tersebut berdasarkan kiraan Muhammad Sulaiman al-Mansur dan Mahmud Basha. (ms 54, Qatar: Idarah al-Awqaf wa al-Shu'un al-Islamiah). �� 12 Rabiulawal amat masyhur kalangan umat Islam mungkin disebabkan kemasyhuran nama Ibn Ishaq sebagai tokoh yang terawal menulis berkaitan sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW dan menjadi rujukan terpenting bab tersebut. �� Kedua, tarikh ini dipilih oleh Kerajaan Fatimiyah Mesir padan 341-365 Hijrah sebagai tarikh sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ia adalah sambutan rasmi kerajaan pertama yang diadakan dalam sejarah Islam. Oleh demikian, ia menjadi ikutan zaman selepasnya, yang�� membuatkan tarikh tersebut dikenali ramai. �� Namun, Muhammad al-Ghazali (w.1416) dalam menilai perbezaan tarikh ini menganggap ia satu perkara yang agak sukar bagi menentukan tarikh yang sebenar. Beliau turut memberikan satu kesimpulan yang menarik dan perlu diambil perhatian: "(Usaha) penetapan hari kelahiran (Nabi SAW) tiada sebarang kaitan dari sudut pandang Islam. Maka, upacara sambutan yang diadakan adalah satu sambutan tuntutan keduniaan bukan galakan Syari'ah". (Fiqh al-Sirah. ms 60, Dar al-Kutub al-Hadithah). �� Nilai semakin pupus Kita selalu baca di surat khabar, melaporkan pelbagai institusi menunjukkan rasa kasih dan sayang ke atas Nabi Muhammad SAW dengan perarakan, sepanduk, perhimpunan yang besar malah penganugerahan bagi menggambarkan nilai kecintaan itu. �� Ini merupakan amalan biasa dianjurkan saban tahun. Mengapa perlu dipersoalkan? Apakah ia benar-benar memenuhi tujuan rahmat yang dibawa Baginda SAW itu sendiri? Tatkala masyarakat kelas pertengahan dan bawahan bergelut dengan kenaikan bebanan hidup, ada si kecil yang mengumpul wang syiling bagi membayar yuran persekolahan, rakyat berbicara bebanan yang semakin meningkat dan senarai masalah yang bertimpa-timpa, perbelanjaan yang tidak kecil dikeluarkan bagi tujuan tersebut. �� Anugerah Tokoh Maulid al-Rasul peringkat kebangsaan sahaja, secara keseluruhan menyediakan hadiah wang berjumlah melebihi dua ratus ribu ringgit Malaysia. Itu tidak termasuk perbelanjaan sampingan seperti persediaan majlis dan makan minum. �� Sekiranya kita punyai hati nurani yang tulus, adakah wajar dengan seluruh isu bebanan orang fakir miskin itu, mengapa jumlah sebesar itu tidak 'disalurkan' pada mereka? �� Golongan Sahabat RA apabila menyifatkan keperibadian Rasul SAW menggambarkan keseluruhan sifat yang baik seperti pemurah dan mengambil berat hal ehwal masyarakat sekeliling. Ibn 'Abbas RA menyatakan: "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah orang paling pemurah dan puncak kemurahan baginda adalah sewaktu Ramadan. Baginda itu lebih pemurah daripada angin yang bertiup kencang". (Muttafaqun 'alaih) �� Ini juga ditegaskan Khadijah RA dalam ucapannya: "Engkau (Nabi SAW) adalah orang yang menjaga silaturahim, suka membantu orang susah dan melarat, menjaga tetamu dengan baik..." (Riwayat Al-Bukhari). �� Mungkin inilah yang ditakuti sebagai nilai yang makin pupus. Amatlah malang apabila kegembiraan dan keseronokan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, tanpa disedari nilai kemanusiaan yang diajarkan Baginda melalui kata-kata dan tindakan hanya tersimpan di balik helaian kitab hadis. �� Cerita karut Selain sambutan Maulidur Rasul yang tiada kaitan dengan agama, Muhammad al-Ghazali juga menafikan wujudnya cerita ajaib yang sama sekali tiada sumber dipercayai dalam periwayatan kisah tersebut. �� Sehingga ada yang meriwayatkan cerita, terdapat seorang alim yang menziarahi kubur Baginda SAW dan memberikan salam lantas dijawab oleh Baginda. Lebih dahsyat daripada itu, Nabi Muhammad SAW menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. �� Cerita karut sebegini bukan sahaja mampu merubah fokus asal memahami pengutusan Baginda SAW oleh ALLAH SWT kepada manusia, malah memburukkan wajah Islam di mata dunia. Sepatutnya, apabila menyebutkan kisah bersangkutan dengan Nabi Muhammad SAW, keabsahan rujukan adalah perkara yang amat dititikberatkan ulama Islam. �� Apa yang ada dalam al-Quran dan Sunnah mencukupi untuk menggambarkan ketinggian Baginda di sisi ALLAH dan manusia. Islam hadir memerangi kebodohan dan kejahilan, tetapi ada kelompok yang tegar menggunakan kisah sebegini semata-mata untuk menarik perhatian pendengarnya. �� Masyarakat Islam di Malaysia hari ini tidak lagi berasa gusar dengan bilangan ustaz dan orang agama bagi menerangkan agama dan bercerita susuk keperibadian Nabi Muhammad SAW. Tetapi, mereka kekurangan contoh realistik orang dan pengurusan agama Islam dalam mengikuti jejak langkah Rasul SAW. �� Wakil Islam dalam mana-mana institusi masih lemah dan tidak aktif dalam membawa nilai yang ada pada Nabi Muhammad SAW. Dalam mendepani isu kontroversi misalnya, kita lebih berminat menggunakan kuasa berbanding tampil menawarkan ruang dialog/debat bagi menyelesaikan isu keagamaan. �� Bukan sedikit Nabi Muhammad SAW tampil menjawab dan berdebat dengan Yahudi Madinah dan Baginda berjaya mematahkan hujah mereka apabila cuba ingin merubah fakta. �� Nilai yang sama sekali berbeza dengan realiti akhlak dan amalan Nabi Muhammad SAW dan kehidupan masyarakat Muslim kita pada hakikatnya melemahkan kita sendiri. �� Sesungguhnya, ancaman di luar agama tidaklah sehebat seperti yang disangka, tetapi kegagalan kita mengkoreksi diri dan menjadikan nilai sebenar Rasul sebagai utusan ALLAH memandu urusan dunia dan akhirat telah membuatkan kita tidak bermaya. �� �� �� * Oleh Wartawan Sinar Harian, 17 Januari 2014 |
Muhasabah diri dengan istidraj Posted: 19 Jan 2014 07:58 PM PST ALLAH SWT Maha Pemurah dalam memberi segala kenikmatan untuk setiap makhluk ciptaanNya, Islam atau kafir Dia sentiasa memberikan limpahan kemewahan yang merangkumi rezeki, kesihatan, kekayaan dan sebagainya. �� Namun, pemberianNya kadangkala disalah ertikan ciptaanNya, sehinggakan ada yang sombong, takbur dan tidak menjalani hidup seperti yang disuruhNya. Manusia semakin alpa dan tenggelam dengan nikmat kurniaan Ilahi. �� Kesilapan besar Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Shahrizal Nasir berkata, Setiap manusia di dunia ini merasai nikmat dalam kehidupan masing-masing. �� Dengan sifat ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, setiap manusia merasai nikmat daripadaNya sama ada mereka beriman atau sebaliknya. Malah dari satu sudut, kadang kala kita melihat golongan hambaNya yang taat, masih lagi berada dalam keadaan kesusahan dan kesempitan hidup. Manakala golongan satu lagi yang bergelumang dengan dosa dan noda, terus memperoleh nikmat kesenangan hidup yang banyak. �� "Inilah yang dinamakan istidraj iaitu pemberian nikmat ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya. �� Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh bermacam kenikmatan dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan, namun kesemua itu tidak menjadikan mereka hambaNya yang bersyukur, sebaliknya terus jauh daripada ALLAH. Mereka sangka ALLAH telah memberi mereka segalanya meski pun mereka ingkar kepadaNya. �� Sebenarnya, mereka telah melakukan satu kesilapan yang amat besar.
Kerana itu, sebagai hambaNya yang taat dan beriman, setiap ketentuan ALLAH pastinya diterima dengan penuh reda. Kewajipan sebagai seorang Muslim mesti diteruskan meskipun masih terdapat harapan dan impian yang masih belum dimakbulkan ALLAH," katanya kepada Halaqah. �� Menurutnya, istidraj boleh berlaku melibatkan apa juga nikmat dunia yang diterima meliputi nikmat harta, kekayaan, pangkat, darjat, sanjungan, kejayaan dan sebagainya. Jika semua ini diterima sedangkan diri semakin jauh daripada ALLAH, maka mungkin ia adalah istidraj. �� Perlu kita fahami terdapat dalam kalangan hamba ALLAH yang sedang diuji dengan pemberian nikmat olehNya. Nikmat yang melimpah ruah diperoleh sedangkan diri terus bergelumang dengan maksiat serta melanggar perintah ALLAH. Hakikatnya golongan ini sedang menempah azab ALLAH yang pasti akan tiba sekiranya mereka tidak bertaubat. �� Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
�� Sentiasa bersabar Sebagai seorang manusia, pasti terdetik di hati ini perasaan tidak puas hati apabila melihat kekayaan, kesenangan dan kemewahan individu lain padahal dia bukanlah Muslim atau sungguhpun dia Muslim tetapi tidak menjalani kehidupan yang dituntut Islam. �� "Ramai yang mengajukan persoalan itu kepada saya, jawapannya mudah. Memang benar ALLAH memberikan mereka kesenangan tetapi dalam keadaan bagaimanakah Dia memberikannya? Fahami maksud istidraj. �� Kita umat Islam harus berusaha dan bersabar kerana itulah yang akan mengukur tahap keimanan kepadaNya. Keyakinan bahawa ALLAH sentiasa mendengar permohonan hambaNya perlu disemat dalam hati agar diri tidak pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH. �� "Terdapat contoh-contoh yang jelas dalam al-Quran bagaimana ALLAH menguji hambaNya dengan nikmat dunia yang menjadikannya jauh daripada rahmat dan kasih sayangNya. Peristiwa benar tersebut perlu dijadikan iktibar. �� Istidraj bukan sahaja boleh berlaku kepada hambaNya yang tidak beriman dengan ALLAH, malah ia boleh terjadi kepada golongan yang jauh daripada ALLAH dan tidak berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya," kata Ustaz Mohd Shahrizal. �� ALLAH menyatakan kepada Rasulullah SAW menerusi firmanNya yang bermaksud:
Menurutnya, menjadi kewajipan kepada kita untuk mensyukuri segala nikmat yang kita peroleh selama ini. Jangan sia-siakan setiap nikmat diterima dengan perlakuan yang mengundang kemurkaan ALLAH. Dekati ALLAH melalui nikmatNya �� ALLAH datangkan nikmat dalam bentuk yang pelbagai sama ada harta, kesihatan, rezeki dan juga anak. Anak adalah anugerah kepada ibu bapa merangkap nikmat daripadaNya, justeru ibu bapa perlu menjaga sebaiknya nikmat itu bagi mencapai reda ALLAH. �� Ustaz Mohd Shahrizal menjelaskan, Islam meletakkan tatacara dalam membesarkan anak. Ia tidak bermula selepas anak itu dilahirkan sebaliknya sejak si lelaki memilih wanita yang ingin dikahwininya, semasa saat kehamilannya, proses kelahirannya, memilihkan nama terbaik sehinggalah kepada mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna. �� "Sekiranya ibu bapa tidak menjaga sebaik mungkin nikmat ALLAH ini, jangan berkeluh resah jika suatu hari nanti anaknya membesar menjadi seorang manusia yang buruk akhlaknya. Apa yang lebih parah, apabila ibu bapa dipertanggungjawabkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak yang tidak dididik dengan betul. �� Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Anak soleh dan solehah adalah saham akhirat untuk ibu bapa, doa merekalah yang akan membantu mengurangkan azab di sana nanti." �� "Setiap nikmat perlu disyukuri dengan memperbanyakkan zikrullah, mengurus nikmat atau harta dengan baik dan menginfakkan nikmat tersebut kepada golongan yang memerlukan. Pendek kata, untuk menjaga diri daripada istidraj, setiap nikmat mesti dijadikan antara sebab untuk diri lebih dekat dengan ALLAH," katanya. �� Selain menjadikan istidraj untuk memuhasabah diri, ia juga adalah penjelasan ALLAH kepada Muslim agar sentiasa bersangka baik denganNya. Jangan ada yang beranggapan bahawa Islam menzalimi umatnya, meskipun orang kafir tidak beriman namun masih menerima nikmat yang banyak daripadaNya. �� Hakikatnya semua nikmat itu adalah istidraj daripada ALLAH. Selagi mereka kufur, mereka akan termasuk dalam kalangan hambaNya yang rugi. Hal ini kerana, nikmat yang diperolehi di dunia hanyalah sementara, nikmat syurga di akhirat sana yang kekal selamanya. �� �� * Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Sinar Harian, 10 Januari 2014 |
You are subscribed to email updates from Kampung Cekok To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (5) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment