Saya harap kita semua ni janganla taksub sangat dengan sesuatu pendapat kalau ilmu agama baru sejengkal sebagaimana diri saya sendiri..biarlah kita menjadi pencari kepada kebenaran..Saya suka dengan jawapan UZAR & macam sesuai pula..
FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI
Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada 'foundation' yang kukuh.
Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.
"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, 'back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang 'orang awam'
" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.
" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.
" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya
" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"
" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?" Duga saya, manalah tahu jika sahabat ini benar-benar wali Allah yang dipenuhi karamah dan luar biasa.
" Mana ada duit emas, duit RM la, baju beli kat JUSCO"
" tadi saudara yakin dan tegas kata duit kertas itu Riba dan haram seratus peratus, jadi sekarang saudara sendiri guna duit kertas . Tidakkah sedar bahawa setiap hari saudara terlibat dengan urusanniaga riba ?
" habis tu , dah tak de duit emas , nak buat macama mana?"
"Tahu pula tidak ada duit emas di pasaran gunaan harian. Habis itu bagaimana Bank Islam ingin guna wang emas jika tiada di pasaran?. Saya nak tanya, saudara pernahkah belajar apa itu Hiyāl Syarʿiyyah, Makhraj syarʿie, Al-Hājah Tunazzal manzilah Al-Ḍarūrah, al-Tadarruj, ʿUmūm al-Balwa, Rukhṣoh, Mā ʾUbīhu Li al-Ḍarūrah yuqaddaru bi qadariha, Fiqh al-Waqiʿ, ʿillah al-thamāniyah dalam matawang, perbincangan Majmaʿ Fiqh Islami berkenaan hukum matawang kertas?" Tanya saya untuk mulakan perbincangan.
"Ḍarurat tu saya tahu, yang lain tu tak berapa pasti pulak, tetapi saya tahu ustaz nak bermadah helah kononnya darurat, ala.. asyik itu aja pointnya" katanya sambil mencebik bibir.
"Saya tak kata ḍarurat, saya hanya tanya konsep-konsep tu pernah didalami atau tidak, dan faham atau tidak kaitannya dengan wang fiat? Para ulama fiqh yang buat keputusan itu telah amat memahami fungsi dan cara cipta matawang kertas hari ini, cuma saya nak pastikan saudara sendiri pula faham tak konsep-konsep fiqh tadi, kerana ia ada kaitan dengan perbincangan fiat money. Kalau saudara tidak mahiri kesemuanya, sukar untuk kita berbincang dengan berkesan, saya susah untuk menerang, saudara juga susah untuk memahami asas-asas dan hujjah ulama fiqh tersebut." Jawab saya.
"Tak pelah ustaz, lain kali, tapi pendirian saya jelas semua bank Islam tu bohong sahaja."
"Terpulang, cuma jangan dilupa satu kesimpulan lagi, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar" saya cuba menerangkan sedikit impak terhadap pendiriannya tadi.
"Satu lagi nak bertanya saudara, kalau semua bank Islam tu bohong dan haram, so pada pandangan saudara berbillion umat Islam di seluruh dnunia hari ini, haram sama sekali untuk menggunakan bank islam jika demikian bolehkah mereka menggunakan bank konvensional?"
" Ya boleh, sebab kedua-duanya sama sahaja, malah bank konvensional lagi kurang beban" katanya mudah.
Inilah jenis biasa orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata.
Itulah fenomena yang berlaku hari ini, pendirian dibuat tanpa ilmu yang mencukupi, ilmu yang tidak 'up to date' memang membahayakan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Pendirian 'jahil' sebegitu akhirnya juga menutup peluang umat Islam untuk bermuʿāmalāt secara halal bersandarkan ijtihad ulama berkelayakan.
antara petikan yg sedikit kelakar dalam artikel ni ialah:
Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau 'consignment' ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.
Ini saya copy & paste dari Resolusi Syariah oleh BNM
123. Penggunaan Prinsip Nilai Masa dalam Kewangan (Time Value of
Money)
Konsep nilai masa dalam kewangan merujuk kepada perbezaan nilai wang yang
diterima secara tunai dengan nilai wang yang diterima secara tangguh pada masa
hadapan. Perbezaan antara harga tunai dan harga tangguh biasanya disebut
sebagai pendapatan atau perbelanjaan pembiayaan.
Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penerapan prinsip
nilai masa dalam kewangan dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan.
Keputusan
MPS pada mesyuarat ke-71 bertarikh 26-27 Oktober 2007 telah
memutuskan bahawa penerapan prinsip nilai masa dalam kewangan
dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan khusus untuk kontrak
pertukaran yang melibatkan pembayaran secara bertangguh. Namun
demikian, ia dilarang sama sekali dalam urus niaga pinjaman (qard).
Asas Pertimbangan
Keputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan terhadap perkara
berikut:
i. Terdapat perbincangan oleh para ulama yang membenarkan harga jualan
secara bertangguh yang lebih tinggi berbanding dengan harga jualan secara
tunai.200 Ini bermakna faktor masa boleh diambil kira dalam penentuan harga
dalam jual beli.
Selain itu, Al-Kasani ada menerangkan bahawa jika sesuatu barang dibeli
secara bayaran bertangguh (al-ajl), maka ia tidak boleh dijual secara
murabahah melainkan jika dimaklumkan kepada pembeli (kedua) bahawa
barang tersebut telah dibeli secara bertangguh.201
200 Al-Syawkani, Nail al-Awtar, Dar al-Ma`rifah, 2002, j. 2, h. 1072; Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i,
Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466.
201 Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i, Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466:
202 Al-Sarakhsi, Al-Mabsut, Dar al-Fikr li al-Tiba`ah wa al-Nashr, j. 13, h. 64:
196
R E SOLUS I SYAR IAH DALAM KEWANGAN I S LAM
ii. Di samping itu, Al-Sarakhsi juga menyatakan perkara yang sama seperti berikut:
"Sesungguhnya (sesuatu yang bertangguh) adalah lebih rendah daripada
(sesuatu) yang segera dari segi nilai hartanya." 202
Penjelasan Al-Sarakhsi di atas menunjukkan bahawa masa sekarang adalah lebih
berharga daripada masa hadapan. Justeru itu, harga dalam jual beli secara
bertangguh perlu dinaikkan bagi mewujudkan keadilan kepada pihak yang
berkontrak terutamanya pihak penjual yang mengorbankan penggunaan wang
pada kadar segera (present consumption) kerana pembayaran harga barang tidak
dibuat secara tunai.
Oleh itu, penyataan Al-Kasani menjelaskan bahawa tangguhan layak diberikan
imbalan (`iwad) dalam bentuk wang iaitu melalui kenaikan harga jika dijual secara
bertangguh. Namun begitu, keadaan ini hanya diiktiraf dalam urus niaga jual beli
sahaja manakala dalam urus niaga pinjaman wang (qard), tangguhan tidak boleh
sama sekali menerima imbalan dalam bentuk wang kerana ini merupakan riba
al-nasia'h yang membawa kepada wang menghasilkan wang (al-naqd yalid
al-naqd) atau "money begets money".
Ini tidak bermakna Islam tidak mengiktiraf nilai masa wang dalam kontrak qard
kerana tangguhan dalam kontrak ini diberikan imbalan dalam bentuk pahala yang
berganda bersesuaian dengan kontrak ini yang berasaskan prinsip ihsan.
Sebaliknya, kontrak jual beli yang berasaskan prinsip keadilan boleh menerima
tambahan harga disebabkan tangguhan seperti yang dijelaskan di atas.
Jika dibandingkan prinsip ihsan dengan prinsip keadilan, maka adalah jelas bahawa
ihsan adalah lebih tinggi martabatnya daripada keadilan bersesuaian dengan
balasan ihsan iaitu pahala yang lebih baik daripada balasan atau imbalan wang.203
203 Al-Ghazali menjelaskan hal ini seperti berikut:
On Sunday, January 26, 2014 1:22 PM, Newsforwarder®™ <3@pendekarblogger.com> wrote:
Tak payah konar baring banyak sangat..
Artikel tu kalo bace elok2 dah cukup jelas...nak dengar cakap banker/bizman dlm hal ni?
He he..tu pasal dah ade judi pon yg jadi "halal" dlm dunia skrg ..
Semua term yg wujud dlm islamic banking adalah bid'ah semata..(kalo mau terus bicara hal bid'ah ni silakan)..yg pasti riba dihalal dengan nama2 fancy islamik itu.Itu pokoknya.
Skrg ni...kalo ada yg nak juga teruskan riba..u are free...go on...tapi takpayah nak jadikan haram itu halal.
Nantinya kita berjawab dgn tuhan aja..bukan manusia,tak gitu?
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of zahariyana
Sent: Thursday, January 23, 2014 8:09 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Sent: Thursday, January 23, 2014 8:09 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Yer riba berlaku di dalam proses pinjaman dan jual beli..namun, membezakan antara cash price dengan credit terms adalah diharuskan disebabkan time value of money, investment loss dsb.banyak bezanya bayar cash n credit..businessman should know better.. |
From: Mohd Fazila <mfazila@gmail.com>;
To: <respeks_group@yahoogroups.com>;
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Sent: Mon, Jan 20, 2014 3:12:07 AM
To: <respeks_group@yahoogroups.com>;
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Sent: Mon, Jan 20, 2014 3:12:07 AM
pinjaman mana leh wat niaga.. 2014/1/15 zahariyana <yana_ixora83@yahoo.com>
From: yusri762002 <yusri762002@yahoo.com>; To: <respeks_group@yahoogroups.com>; Cc: <temanhidup@yahoogroups.com>; <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; Subject: RE: RG2011... Bahana Riba... Sent: Fri, Jan 10, 2014 12:34:46 AM
-- Regards, Mohd Fazila Ahmad |
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (13) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment