Wednesday, January 29, 2014

RG2011... Fw: Mayat Diseret Tanpa Disedari

 



 

Mayat Diseret Tanpa Disedari

Berita TV9

 
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Ipoh, Perak awal pagi tadi. Lebih tragis sebahagian anggota mangsa dipercayai diseret oleh kenderaan yang merempuhnya sejauh 43 kilometer.
 
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2:30 pagi tadi di Kilometer 274.2 lebuh raya utara selatan dekat susur keluar Ipoh. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke selatan dirempuh sebuah kenderaan dari arah sama.
 
Mayat mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan yang merempuhnya. Bagaimanapun, polis belum dapat memastikan jenis kenderaan yang melanggar motosikal berkenaan. Polis tidak menolak kemungkinan pemandu tidak menyedari mangsa tersangkut di bawah kenderaan dan terus bergerak selepas kemalangan itu.
 
Kami difahamkan pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment