Motorola Moto G membawakan skrin bersaiz 4.5-inci TFT LCD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, bateri berkapasiti 2070mAh, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel.
Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, dan kemaskini KitKat akan hadir tidak lama lagi. Beberapa negara di Eropah sudah mula menerimanya, dan mungkin ia turut akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Pihak Motorola turut menyertakan ruangan percuma sebanyak 50GB melalui Google Drive selama dua tahun untuk pembelian peranti ini.
Motorola Moto G akan dijual pada harga RM698 untuk 8GB dan juga RM798 untuk 16GB. Bagi yang sedia membuat pra-tempahan melalui Lazada akan menerima FlipCase percuma bernilai RM128 dan juga pelindung skrin bernilai RM18.
Moto G akan ditawarkan bermula 21 Januari melalui pengedar tempatan. Setiap pembelian biasa (bukan pra-tempahan Lazada) akan menerima Motorola Shell (bernilai RM78) dan pelindung skrin bernilai RM18.-http://amanz.my
Posted by ahmadi
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment