Tuesday, January 28, 2014

RG2011... Fw: Dulu mat despatch, kini pegawai

 



Dulu mat despatch, kini pegawai

telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot.
 
CUKUP bertuah anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini. Dek kesetiaannya bekerja di sebuah syarikat hampir 10 tahun lamanya, dia kini sudah berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Kualiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Inilah yang dikatakan rezeki. Selagi mana kita berusaha dengan gigih, ALLAH SWT akan janjikan ganjaran.

Ketika ditemui Citra di lokasi kerjanya di KLIA, Zulfahimi Roslan, 28 berkata, dia sebenarnya tidak menyangka dengan apa yang berlaku dalam kerjayanya kini, namun dia begitu gembira sekarang.

"Saya dulu hanyalah seorang mat despatch di Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd (Malaysia Airports). Usia pun muda lagi iaitu sekitar 18 tahun.

"Sambil menghantar surat di sekitar KLIA, saya luangkan masa sekejap untuk menelaah. Maklumlah, ketika itu saya bekerja sambil belajar. Jadi, tidak boleh terlalu buang masa kerana masa itu emas," ceritanya kepada Citra.

Setahun menjadi despatch, Zulfahimi mula dinaikkan pangkat sebagai pemandu di Bahagian Sumber Manusia. Tugasnya adalah menghantar ke mana sahaja destinasi kakitangan Malaysia Airports ingin pergi, misalnya menghantar kakitangan menghadiri mesyuarat dan bertemu pelanggan.

Setahun kemudian, tuah menyebelahi anak kelima daripada tujuh beradik ini. Mungkin kejujuran yang ditunjukkan pada syarikat tersebut, dia dinaikkan pangkat lagi sebagai pembantu tadbir/operasi di Bahagian Sumber Manusia juga.

Penjaga tandas terbaik

"Saya kini bertugas di Bahagian Latihan Kakitangan. Semua kursus yang berkaitan staf di bawah seliaan saya. Contohnya, kursus asas operasi, induksi, kursus asas bomba, keselamatan kebakaran dan banyak lagi dikendalikan saya.

"Tidak pernah kenal erti penat walau ketika itu saya bekerja sambil belajar demi mencari masa depan yang cemerlang. Saya yakin, segala usaha akan berbaloi," ujar graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini hasil  penat lelah bekerja sambil belajar.

Setelah bersusah payah mengharungi pelbagai tugas di Malaysia Airports, Zulfahimi dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai Pegawai Kualiti di KLIA. Dia dipindahkan ke Bahagian Operasi Terminal. Tugas utamanya adalah memastikan kebersihan terminal, troli tidak bersepah di KLIA dan sentiasa mencukupi serta persekitaran landskap di KLIA berada dalam keadaan terbaik.

"Saya juga akan melakukan rondaan di semua tandas yang berada di bangunan utama KLIA agar dalam keadaan bersih dan tiada masalah.

"Sepanjang bekerja di sini, memang banyak cabaran. Perlu bersikap positif bila terima aduan daripada kakitangan atau orang luar, terutama bab tandas.

"Tandas di terminal perlu sentiasa bersih dan wangi. Bau tiada dan tisu mencukupi. Sebab itulah saya bertanggungjawab untuk pastikan tandas sentiasa bersih 24 jam," katanya yang digelar penjaga tandas terbaik dalam kalangan rakan setugas dek keprihatinan dia menjaga semua tandas di KLIA.

Gemar mendaki gunung

Walau sibuk dengan kerja di KLIA, namun Zulfahimi akan pastikan beberapa hobi yang diminati akan dibuat.

Dia yang gemar melibatkan diri dalam sukan rekreasi dan mendaki gunung itu tetap akan luangkan masa juga walaupun sehari untuk berekreasi.

"Sudah banyak sukan saya terlibat. Daripada yang biasa hinggalah kepada yang lasak. Semua itu dilakukan secara persendirian dan juga berkumpulan.

"Untuk pendakian pula, beberapa gunung dalam dan luar negara telah pun di daki. Antaranya, Gunung Gayong, Gunung Datuk, Gunung Bujang Melaka dan Gunung Korbu.

"Manakala di luar negara, antara yang didaki, Gunung Kalapathar dan Everest Base Camp (Nepal), Gunung Merapi, Rinjani, Krinci dan Merbabu (Indonesia) dan Gunung Annapurna Base Camp (Nepal)," katanya.

Beritahu Zulfahimi, setiap pendakian gunung itu memang mencabar dan cabaran itulah yang menjadi penguat semangat untuk dia terus bekerja di Malaysia Airports.

Info

Zulfahimi ialah pekerja aktif di Malaysia Airports seperti menjadi sukarelawan pada setiap program kendalian syarikat, dilantik sebagai tenaga pengajar di situ dan aktif dengan sukan anjuran Malaysia Airports.

Menjadi Pengerusi Kelab Rakan Muda Putrajaya (2007 - 2011), Exco Majlis Belia kawasan Putrajaya, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Putrajaya (GPMS), Naib Ketua Pemuda Umno cawangan Dahlia dan ahli jawatankuasa rukun
tetangga Blok D, fasa 4B, Presint 8, Putrajaya.

Pencapaian: Anugerah Belia Negara peringkat Kuala Lumpur (2008 & 2009 - saguhati), Anugerah Belia Negara peringkat Kuala Lumpur (2010 - Johan) dan mendapat sijil Malaysia Book of Record kerana berjaya mengibarkan bendera Malaysia di puncak Gunung Kinabalu.//(sinarharian)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment