Thursday, January 30, 2014

Re: RG2011... Kerajaan Myanmar "Bakal Hapuskan" Etnik Rohingya

 

Malaysia sepatutnya bersuara dalam isu ini. Kalau Zaman TUN  MAHATHIR dia dah buat sesuatu.


On Monday, 27 January 2014, 21:08, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> wrote:
 

Kerajaan Myanmar "Bakal Hapuskan" Etnik Rohingya !


YANGON - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan. Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut. Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.

Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995. Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut. Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.

Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa. Keganasan etnik ke atas para penduduk Rohingya biasanya dilakukan penganut Buddha. #selanjutnya


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment