Nasib Husam seperti nasib Hang Tuah yang diperintan bunuh
telokbakong.blogspot
msomelayu.blogspot
Hari ini Exco Kerajaan Kelantan yang bertanggungjawab dengan amanah untuk membina lebuh raya rakyat Kelantan, Hanifa Ahmad telah memberi penjelasan berhubung tindakan saman dikemukakan syarikat (kontrektor) Dae Hanguru Indfra Sdn Bhd ke atas kerajaan Kelantan dengan nilai tuntutan sebanyak RM230 juta.
Husam: Khidmatnya diperlukan. |
Bagaimana pun bagi mereka yang memahami perundangan, serta seluk beluk mahkamah tentu tidak mudah merasa lega dengan penjelasan Hanifa itu. Secara logiknya saja sudah dapat merasakan bahawa konrektor itu tentu mempunyai hujah dan fakta kemas untuk membolehkan mereka mengemukakan saman. Kalau tidak ada persiapan rapi mereka tidak sama sekali mencabut keris dari sarungnya.
Sebagai syarikat antarabangsa mereka tidak sebodoh atau se'cakduh' itu untuk mengambil tindakan mahkamah. Tentu mereka sudah membuat kajian seteliti mungkin. Pastinya mereka tidak sama dengan sebuah syarikat yang melakukan usahasama ternakan kambing Japnapari bertujuan membugarkan politik Pas beberapa tahun lalu.
Saya mengakui bukan seorang pengamal undang-undang, tetapi mengikut logik, saman oleh syarikat itu valid dan ada asasnya. Seperti mana diakui oleh syarikat itu yang mereka sudah membelanjakan RM5,488,477 untuk urus kerja-kerja awal pembinaan lebuh rakyat berkenaan. Bagaimana dan untuk apa syarikat itu sanggup menghabiskan wang sebanyak itu kalau mereka tidak mempunyai apa-apa pegangan dan jaminan dari kerajaan?
Upacara pecah tanah projek pembinaan lebuh raya itu benar-benar berlaku. Ia dilakukan pada 20 Mei 2012 di Machang. Jarak lebuh raya itu sejauh 68 km dengan nilai RM1.8 billion.
Ia dihadiri dan upcara pecah tanahnya dilakukan sendiri oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beberapa orang Exco dan wakil rakyat (termasuk yang senget dan sakit ketika itu) juga hadir sama.
Apakah majlis itu bukan boleh dijadikan bukti bahawa kerajaan negeri Kelantan bertanggungjawab dan komited dengan majlis berkenaan? Apakah syarikat Korea berkenaan mengigau dan hanya mengikut telunjuk Husam Musa saja yang menjadi taukeh kepada projek berkenaan, mengadakan majlis gimik pecah tanah itu?
Hanifa mengakui ada surat tawaran (LOI). Apakah pengertian dan maksud surat tawaran itu. Siapakah yang menanda tangani surat tawaran berkenaan? Apakah ianya dibuat oleh Husam Musa atas nama peribadinya sebagai Adun Salor atau sebagai Naib Presiden Pas atau Exco pada masa itu? Atau pun ianya ditanda tangani oleh syarikat Baldah Toyibbah Infra ataupun oleh pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)?
Kalau surat itu ditanda tangan oleh PMBK atau Baldah Toyibbah, maka jelas ianya berurusan dengan kerajaan kerana kedua-dua agensi atau institusi itu kepunyaan Kerajaan. Sudah pasti didalam surat harat itu ada syarat-syarat tertentu, termasuk mungkin juga permulaan untuk memulakan projek itu seperti majlis pecah batu berkenaan?
Yang jelasnya syarikat itu sudah mengalami kerugian. Ia sudah menanggung kos-kos awal memulakan projek termasuk membawa kenderaan pembinaan masuk ke tapak projek. Semua itu dilakukan setelah wujudnya surat tawaran itu. Jika tidak ada surat tawaran itu tidak mungkin syarikat itu sedia menanggung risiko buta. Di sini, soal ianya sudah ada kontrek atau belum, tidak timbul yang pasti ia sudah mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan itu.
Kerajaan Kelantan adalah kerajaan (yang mengaku) berlandaskan prinsip Islam. Ia perlu bertanggungjawab. Kontrek dan juga surat tawaran itu hanya formaliti sahaja menurut undang-undang. Tetapi hakikatnya syarikat itu dah memulakan kerja. Apabila ia sudah memulakan kerja maka ia harus dibayar secara setimpal. Agama Islam menyuruh setiap boroh dibayar upahnya sebelum keringat kering dibadan. Apa maksud itu? Rasanya semua pempinan Pas Kelantan memahami akan seruan ini. Atau hanya faham dan tahu bagaimana nak makan komisyen balak saja?
Begitu juga kalau ada pihak mengelak hendak meletakkan perkara itu, kerugian syarikat Korea itu atas bahu Husam Musa seorang ia juga tidak betul. Sebagai individu bertindak untuk kebaikan kerajaan, apa-apa masalah perlulah ditanggungjawab bersama. Ia tidak boleh melepaskan tanggungjawab itu dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah urusan Husam?
Siapakah Husam? Saya yakin dan percaya kalau projek itu berjaya, semua orang akan ramai-ramai mengaku, projek itu adalah idea bersama. Mungkin bukan Nik Amar saja, Abdullah Yaakub yang kini menjadi Speaker juga akan mengaku dialah punya idea. Selalu berlaku begitu di dalam politik, tidak ada sesiapa yang sanggup mengaku dan bertanggungjawab kalau sesuatu menimbulkan masalah. Masing-masing akan lepas tangan dan membisu. Tetapi kalau sesuatu berjaya, mendatangkan wang dan untung semua akan mengaku, kononya akulah yang buat akulah yang sokong. Akulah yang itu dan ini. Tahi!
Dan khabar terbaru katanya pihak Pas Kelantan sudah mula kelam kabut selepas kecurnya berita Dea Hanguru SB telah saman kerajaan Kelantan RM230 juta. Mungkin Tokguru Nik Abdul Aziz juga terkejut sama. Ikan-ikan besar dan kecil dalam kolong Pas juga sudah melilau dalam botol untuk mencari dan mengodam sesiapa yang mengungkitkannya. Kenapa? Sabar brother?
Khabarnya ada orang-orang tertentu telah menghubungi Husam agar menyediakan dokumen mengenai projek berkenaan dan bawa ke mesyuarat. Khabarnya hal saman itu akan dibincang dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas bersama Penyelia Dun dalam masa terdekat? Husam Musa diminta memberi penjelasan dan menceritakan kronologinya.
Anih dan inilah sikap buruk. Saya tidak mahu membela Husam Musa di dalam hal ini dan tidak juga bermaksud mengatakan dia tidak bersalah. Tetapi suka melihat kepada tindakan dilakukan Ahmad Yaakub sebelum ini kepada Husam yang telah memecat Husam daripada terus menguruskan pembinaan projek lebuh raya. Sebaik Ahmad Yaakub mengambil alih jawatan MB, kedudukan Husam terus digugurkan sebagai Pengerusi Baldah Toiyabah. Sementara di dalam dalam hirearki PMBK Husam tidak ada, dia hanya pengerusi PMBK Sawit. Itupun telah dipecat diganti dengan Che Abdullah. Orang-orang yang utama dalam PMBK ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah.
Hari ini Nik Abdul Aziz tidak ada, kekosongan itu diisi oleh Zulkefli Mamat.
Di sinilah tindakan Ahmad Yaakub itu boleh dipersoalkan dan ia tidak bijak. Sepatutnya sebelum menyingkirkan Husam dari kedudukan itu penyelesaian tuntas segala tugas-tugas dan urusan projek itu termasuk penyerahan dokumen diuruskan dengan baik dan teratur. Kalau hendak nafikan usaha Husam pun buatlah majlis serah tugas bagi mengelakkan tindak termamah garam di dalam air kopi seperti hari ini terjadi. Kini susudah kerajaan Kelantan disaman RM230 juta baru Husam dicari dan diminta penjelasan.
Apabila berlaku keadaan gawat baru ingatkan Husam. Baru susah payah telefon orang itu dan orang ini minta Husam memberi penjelasan berhubung sejarah projek berkenaan. Nampak sangat perangai jahat dan busuk hati. Apakah kata kalau Husam tidak sedia membantu, menjelaskan duduk perkara tentang projek itu? Tidak menjadi satu dosa buat Husam kalau beliau tidak hadir dan memberi penjelasan kerana beliau sudah dilucutkan segala tanggungjawab. Jadi kalau Husam tidak sedia memberi kerjasama janganlah salahkan dia. Cukuplah dengan apa dilakukan ke atasnya.
Sebelum ini Ahmad Yaakub mempercayai kepada keterangan dan penjelasan Hanifa bahawa tindakan menggugurkan kontrektor dari Korea itu tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Itulah sebab dan natijah kalau mempercayai kepada seseorang dan tidak sedia mendengar dan akur kepada permintaan seseorang yang lain. Hari ini bila padah datang ke riba tanggunglah sendiri. Mungkin Ahmad merasakan Husam buruk perangai, tetapi Ahmad juga dengan tindakan itu dua kali lima saja.
Tampaknya nasib Husam sudah jadi semacam Hang Tuan di zaman sultan Mahmud Shah di Melaka lebih 500 tahun lalu. Sultan atas nasihat orang yang jahat dan busuk hati telah memfitnah Hang Tuah sehinggakan Sultan memerintah Hang Tuah dibunuh. Tetapi nasib baik bendahara Melaka seorang yang berpandangan jauh dan berhemah tinggi. Bendahara tidak akur kepada perintah sultan sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka.
Sehingga kebenaran akhirnya tiba, tatkala Hang Jebat mengamuk disebabkan hendak membela atas kematian Hang Tuah, sahabatnya, baru Sultan teringat kepada seseorang yang berjasa dan boleh menyelamatkan Melaka. Tanpa sedar Sultan merunggut dan mengeluh kepada Bendahara; "kalulahlah Hang Tuah masih hidup, tidak begini jadinya Melaka."
Sebegitu mendengar keluhan itu Bendahara yang bijaksana itu menyembah derhaka kepada Sultan; "ampun Tuanku, bagaimana hemat Tuanku kalau Hang Tuah masih hidup?" Sultan terkaget dan merasa tersindir dengan sembah Bendahara sambil berkata; "Bendahara jangan persendakan beta." "Ampun Tuanku, Hang Jebat sesungguhnya masih hidup, ampun Tuanku," jelas Bendahara bersulam rasa takut dan garum.
Mendengar itu serta merta muka sultan cerah dan ceria dan meminta Bendahara segara membawa Hang Tuah untuk mengekang amukan Hang Jebat yang makin menjadi-jadi. Nah, begitu juga nasib malang dihadapi Husam yang digugurkan segala jawatan dan kedudukan kerana fitnah dan salah anggap akhirnya mahu juga digunapakai apabila keadaan sudah terdesak.
Akhirnya dia diperlukan juga bila mana kerajaan berdepan dengan masalah. Husam sebagai seorang pejuang sejati meletakkan pejuang daripada kepentingan diri saya pasti akan berrsikap seperti Hang Tuah itu juga. Dia tidak kesal dan kecewa atas apa yan berlaku. Dia akan memberi kerjasama, kerana bagi seorang pejuang tulen akan melupai segala perbuatan huduh terhadapnya, dan sebagai orang Islam tidak akan ada dendam sekuman kurus pun didalam hati.
Hendaknya Ahmad Yaakub atau mana-mana pihak yang mengaharapkan bantuan Husam bagi menghadapi saman RM230 juta terimalah Husam sebagai saudara sendiri, dan buanglah segala dendam, kebencian dan hentikan adu domba. Buang yang keruh ambil yang jernih kerajaan Pas harus ditegakkan selepas pilihan raya ke 14 kelak. [wm.kl.]
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment