Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.
"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.
Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut perundangan.
"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.
Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.
"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.
"Dalam mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.
Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama.
"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka.
"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.
Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.
"Terdapat tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hujung minggu lalu memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 yang mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
Kenyataan Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.
Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport ke dalam negara.
Mengapa umno sibuk dengan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tapi perkara yg jelas seperti hukum hudud, pengharaman judi dan arak umno tak mahu ikut. Isteri perdana menteri dan isteri agong pun menentang hukum menutup aurat yg jelas. Umno hanya kuat bersandiwara !!
al-koy • Mujurlah bangsa melayu masih ada Hang Jebat seperti Dr Abdul Aziz Bari Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama--INI DIA WAHAI umnok celaka to kangkung dan perkasam to katak...lain kali bila mau ungkit isu2 ini kena duduk berfikir sambil akui kebodohan kamu itu Ongkor •KALAUlah semua orang Islam di Malaysia mempunyai pendirian yang serupa dengan DR.Abdul Aziz Bari ini mungkin issue ALLAH ini tidak sepanas yang berlaku sekarang ini. Memang Benar kenyataan orang BIJAKSANA ini. Hanya mereka (Muslim) yang berfikiran SEMPIT, KEBENCIAN , PERMUSUHAN dan yang penting sekali yang mempunyai perasaan "INFERIORITY COMPLEX' sahaja yang merasa terancam bagi pengunaan perkataan " Allah"ini didalam semua agama. Cuba jelaskan apakah "yang Tidak Baik" jika perkataan tersebut dikongsi oleh agama lain di Malaysia ini. Di Negara lain seperti di ASIA TENGAH sekalipun berkongsi perkataan ini didalam Kitab mereka . Di Indonesia sebagai Negara jiran ,..contoh yang terbaik "berkongsi" perkataan ALLAH (Islam & Keristian) di dalam Kitab mereka tanpa sebarang masalah dan Larangan. KENAPA di Malaysia ini "BERMASALAH"...??.. Apakah Ajaran Islam di Asia Tengah (ARAB) dan Indonesia "Berbeza" ...???...atau Mungkin Agama Islam di Malaysia ini Hanya untuk MELAYU sahaja..... B. H. • Raja-raja Melayu tidak pernah di iktiraf oleh Allah. Institusi tidak berguna ini sepatutnya di mansuhkan dengan segera untuk jimat duit Rakyat. mohd •Bukan Nabi muhammad yang boleh tentukan undang-undang ISLAM, semuanya datang dari Allah. Nabi hanya menyampaikan bukan dia yang menentukan. Rakyat •Saya mahu dengar pm sebut di parlimen bahawa kalimah allah tu adalah eksklusif untuk orang islam baharu saya setuju berhenti menggunaknanya!!!! MAT •Banyak terimakasih Dr.Abdul Aziz. kemantapan kamu harus sanjung tinggi. sekiran semua Muslimin berfikir tanpa influansi Politic maka tidak akan selesa fahaman antara kaum. ZZZZZZ • "Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka....TQ... janggo •Sultan Kelantan ada tokoh jd ketua agama..boleh jadi imam, boleh sembelih lembu korban dan selalu hadiri kuliah di masjid2..tapi sultan yg kaki kongkek, kaki tonggang, kaki clubbing & kaki judi nak jadi ketua agama apa jadahnya..kita sembah Allah bukan raja,,depa mati pun kena soal kubur juga..there's no such thing as VVIP di akhirat.. Noor ikmal hisham •Hanya darjat dunia membezakan rakyat dengan sultan...padahal tiada apa yang perlu dikastakan ......manusia adalah sama.....layakkah digelar ketua agama jika perintah tuhan mengikut alquran di langgari ? Tok Bak •...apa nak diungkit ungkit kan lagi isue ugama.....cukup cukup lah ...jgn pesong minda rakyat... isue kenaikan barang belum selesai ... ..penerangan dari Dr abd aziz bari cukup jelas....yg tak faham tu mimang benak seumor..wei...isue allah ni bila nak senyap...cukup mual .... tak habis habis.....umnogok dah kehabisan idea timbualkan lagi.... zila •Agong memang bukan nabi tetapi dia adalah pemegang amanah yang diamanahkan oleh Allah(swt). Tanggungjawab dia untuk memelihara amanah itu. Ingat! salah satu golongan yang masuk syurga yang dijanjikan oleh Allah(swt) adalah pemimpin yang adil. Dan Agong telah menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dengan mengeluarkan undang-undang untuk tidak membenarkan kalimah Allah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya. Tidakkah itu dinamakan ADIL. ADIL untuk Allah(swt) yang mengharapkan pemimpin sebegitu. Do anyone ever wonder why Prophet Muhammad nor in the Quran did not state that the word "Allah" is forbidden to anyone?? Find that answer. NUDEEN •masyaallah.....macamana bole dapat Dr tu, fikiran dan cara berfikir daif sungguh. Nabi Muhammad adalah ketua agama Islam sepanjang hayat dan semesta alam, manakala Agung adalah ketua agama di Malaysia. dan lagi satu bodohnya pengikutnya si "Mr Bean" ni, bg statement yg lagi bangang. tak tau , jgn cakap. subhanallah....apa la Dr ni. din •orang2 macam aziz bari ni patut dilucutkan kerakyatanya, suka putar belit dan menghasut. menyusahkan.... Ikhmal •Klo butthurts sgt dgn issue ni...ce bkak youtube then search pandangan2 org2 alim ulama tentang issue ni.. eg. Dr Maza, Dr Daniel...both are trusted scholar...x pyh la dgr dr buletin utama tu...menipu je Haminuddin •rAKYAT mALAYSIA KENA HORMAT Agong statement demi keharmonian dan kesejahteraan NEGARA dlm RUKUN NEGARA .... OK Mia •Racist is no good at all....jgn jual nama agama utk dunia. gusti •Semasa Amirul Mukminin ada undang-undang bertulis dikeluarkan dan juga selepasnya. Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir Islam. Bukan berarti wafat Rasul maka berakhir Islam. Islam diteruskan oleh Amirul Mukminin sebagai pewaris Nabi dan pemerintah Islam, seterusnya oleh Kerajaan Islam sehingga Dinasti Islam terakhir Bani Uthmaniyyah jatuh. Kemudian diteruskan oleh pewaris nabi dan juga pemerintah Islam (Umara) di seluruh dunia Islam. Kita perlu fahami sejarah Islam. Jenny •setuju sangat2...
kalau dah ada dlm undang2 tertulis begitu... Coco •kesimpulan nya sesiapa yang ikut akan rasul nya nabi muhammad s.a.w ,orang itu ikut allah/bersama allah.. Keli •Janganlah gaduh2, Malaysia ni kecik aje, kalau gaduh sapa nak jaga
Lagu ni aku tujukan pada penyokong BN,PAS,DAP dan yang sewaktu dengannya... BEYOND •'Terdapat tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah' katanya.
Apakah perlu mendapat pandangan dari ulamak yang lebih tersohor dari Shaykh Yusuf al Qaradawi berkenaan dengan isu penggunaan nama Allah ini? Isaiah fortytwo •Tolong jgn persendakan pendapat seorang yg telah diiktiraf sebagai seorang ketua tertinggi. Marilah kita bina persahabatan yg timbul dari rasa hormat-menghormati. Mari kita kasih mengasihi, walaupun apa perbezaan 'kepercayaan' Kita perlu melebihkan fakta dari 'kepercayaan'. Faktanya adalah.., kita saling memerlukan walau apapun warna kulitnya. Lets have faith in each other. Lets love each other and GOD will reveal HIMSELF amongst us. You will see the greatest miracle happen...ever... Semakin ramai yg berani buat statement kurang akal mcm ni... Dunia akhir zaman... ABDUL GHANI •Di Malaysia bangsa Melayu beradap dan beradat tatasusila Raja Melayu. Ianya merangkumi pelbagai bangsa ethnik dari rumpun bangsa Melayu berbeza dengan Singgapora [ Pura Kerajaan Singhasari ] yang mengklasifikasikan mengikut bangsa asal. Kalau jawa diklaskan
sebagai bangsa Jawa dll. Perlembagaan Malaysia jelas dengan perkara ini iaitu ianya telah mentafsirkan Bangsa Melayu sedemikian di tambahpula mesti beragama Islam. Jadi, hakikatnya mereka dibawah naungan Kesultanan Melayu yang melindungi adat tata-susila tersebut. Tidak dapat tidak Melayu mesti menjunjung nilai ini. Kalau tidak dia bukan Melayu, hanya suku Bumiptera. DeanJb •Kerajaan islam selepas nabi Muhammad spt Abasyiah Umaiyah dan Othmaniah semua ade ketua kerajaan yg menjaga agama islam. Cuba lihat sejarah knp Negara islam beratus thn dijajah ttp islam ttp teguh sbb ade ketua iaitu sultan yg menjaga agama islam. Negara yg tiada agama sudah pasti akan dikristiankan Lao Tzu •Ini lah baru betul. Ni agong dah steam kerana makan terlalu Kangkung sampai dia ingat dia ni ketua Islam. Pak Uda • Rujuk sana rujuk sini tapi nampaknya isu ini tidak ada penghujung malah ianya mengapikan perasaan kedua-dua penganut. Bila dikata tak boleh, pihak Christain memberikan reaksi ketidakpuasaan hati bila dikatakan boleh digunakan oleh pihak Christain maka pihak Islam pulak memberikan reaksi sebalik. Sebanyak mana rujukkan yang kita buat, ianya terpulangh kepada fahaman dan tindakbalas manusia. Kerana pada mulanya isu ini juga sengaja dibawa oleh manusia dan juga orang Malaysia kononnya untuk kepentingan politik mereka. Akan tetapi bila isu ini berbangkit, bukan senang untuk kita padamkan dan orang yang mula bawa isu ini sudah diam diri. Coco •penyelesaian dalam semua masaalah yang berbangkit hanya boleh selesai melalui orang islam serta undang undang islam,sebab nya agama islam dan undang undang nya adalah lengkap dan sempurna untuk pedoman kehidupan umat manusia di dunia dan akhirat bukan setakat was wasan 2020............
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment