Pinjaman dop wuleh wat niaga, ayat quran jelas kate, menghalalkan jual beli dan haram riba..lenie org wat hutang jadi jual beli....dop wuleh laaa, kalu mu dapat kain batik rege selai 3 rial, mu jual 4 rial boleh laa....maqasid la, apa lah...cuba wat model pinjaman untuk tujuan kebajikan bukan nok wat untung, boleh jeww kutsss, dan memang akan perang besar ngan yahudi dan proksinya kalau mu nok laksanakan model kewangan islam nie, puak tue dop kisoh pun "ritual spiritual islam" nie, hok dia takut skali model kewangan kebajikan islam, paling dia takut sistem politik khilafiah islam, hok dia runsing sistem sosial islam..free sex x boleh..hok 2 puok nie paling runsing...kalu mu taw malaysia nie negara amende, mu akan paham apa hok aku tulis....
dop payoh blajo tinggi bende nie, semudah pengharaman arak dan hamba..sajew wat dop paham, hutang seriya bayo seriya, hutang 10k bayo mula 10K, hutang 300K, bayo 300K,
dop payoh blajo tinggi bende nie, semudah pengharaman arak dan hamba..sajew wat dop paham, hutang seriya bayo seriya, hutang 10k bayo mula 10K, hutang 300K, bayo 300K,
Apa mu ingat baca bismillah sebelum "yamseng" jadi halal kew??
2014-01-29 zahariyana <yana_ixora83@yahoo.com>:
Saya harap kita semua ni janganla taksub sangat dengan sesuatu pendapat kalau ilmu agama baru sejengkal sebagaimana diri saya sendiri..biarlah kita menjadi pencari kepada kebenaran..Saya suka dengan jawapan UZAR & macam sesuai pula..
FENOMENA KURANG SIHAT HARI INIFenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada 'foundation' yang kukuh.Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan."Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, 'back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang 'orang awam'" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi." ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi." jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya
" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?" Duga saya, manalah tahu jika sahabat ini benar-benar wali Allah yang dipenuhi karamah dan luar biasa." Mana ada duit emas, duit RM la, baju beli kat JUSCO"" tadi saudara yakin dan tegas kata duit kertas itu Riba dan haram seratus peratus, jadi sekarang saudara sendiri guna duit kertas . Tidakkah sedar bahawa setiap hari saudara terlibat dengan urusanniaga riba ?" habis tu , dah tak de duit emas , nak buat macama mana?""Tahu pula tidak ada duit emas di pasaran gunaan harian. Habis itu bagaimana Bank Islam ingin guna wang emas jika tiada di pasaran?. Saya nak tanya, saudara pernahkah belajar apa itu Hiyāl Syarʿiyyah, Makhraj syarʿie, Al-Hājah Tunazzal manzilah Al-Ḍarūrah, al-Tadarruj, ʿUmūm al-Balwa, Rukhṣoh, Mā ʾUbīhu Li al-Ḍarūrah yuqaddaru bi qadariha, Fiqh al-Waqiʿ, ʿillah al-thamāniyah dalam matawang, perbincangan Majmaʿ Fiqh Islami berkenaan hukum matawang kertas?" Tanya saya untuk mulakan perbincangan."Ḍarurat tu saya tahu, yang lain tu tak berapa pasti pulak, tetapi saya tahu ustaz nak bermadah helah kononnya darurat, ala.. asyik itu aja pointnya" katanya sambil mencebik bibir."Saya tak kata ḍarurat, saya hanya tanya konsep-konsep tu pernah didalami atau tidak, dan faham atau tidak kaitannya dengan wang fiat? Para ulama fiqh yang buat keputusan itu telah amat memahami fungsi dan cara cipta matawang kertas hari ini, cuma saya nak pastikan saudara sendiri pula faham tak konsep-konsep fiqh tadi, kerana ia ada kaitan dengan perbincangan fiat money. Kalau saudara tidak mahiri kesemuanya, sukar untuk kita berbincang dengan berkesan, saya susah untuk menerang, saudara juga susah untuk memahami asas-asas dan hujjah ulama fiqh tersebut." Jawab saya."Tak pelah ustaz, lain kali, tapi pendirian saya jelas semua bank Islam tu bohong sahaja.""Terpulang, cuma jangan dilupa satu kesimpulan lagi, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar" saya cuba menerangkan sedikit impak terhadap pendiriannya tadi."Satu lagi nak bertanya saudara, kalau semua bank Islam tu bohong dan haram, so pada pandangan saudara berbillion umat Islam di seluruh dnunia hari ini, haram sama sekali untuk menggunakan bank islam jika demikian bolehkah mereka menggunakan bank konvensional?"" Ya boleh, sebab kedua-duanya sama sahaja, malah bank konvensional lagi kurang beban" katanya mudah.Inilah jenis biasa orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata.Itulah fenomena yang berlaku hari ini, pendirian dibuat tanpa ilmu yang mencukupi, ilmu yang tidak 'up to date' memang membahayakan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Pendirian 'jahil' sebegitu akhirnya juga menutup peluang umat Islam untuk bermuʿāmalāt secara halal bersandarkan ijtihad ulama berkelayakan.
antara petikan yg sedikit kelakar dalam artikel ni ialah:Ini saya copy & paste dari Resolusi Syariah oleh BNM
Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau 'consignment' ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.
123. Penggunaan Prinsip Nilai Masa dalam Kewangan (Time Value of
Money)
Konsep nilai masa dalam kewangan merujuk kepada perbezaan nilai wang yang
diterima secara tunai dengan nilai wang yang diterima secara tangguh pada masa
hadapan. Perbezaan antara harga tunai dan harga tangguh biasanya disebut
sebagai pendapatan atau perbelanjaan pembiayaan.
Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penerapan prinsip
nilai masa dalam kewangan dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan.
Keputusan
MPS pada mesyuarat ke-71 bertarikh 26-27 Oktober 2007 telah
memutuskan bahawa penerapan prinsip nilai masa dalam kewangan
dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan khusus untuk kontrak
pertukaran yang melibatkan pembayaran secara bertangguh. Namun
demikian, ia dilarang sama sekali dalam urus niaga pinjaman (qard).
Asas Pertimbangan
Keputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan terhadap perkara
berikut:
i. Terdapat perbincangan oleh para ulama yang membenarkan harga jualan
secara bertangguh yang lebih tinggi berbanding dengan harga jualan secara
tunai.200 Ini bermakna faktor masa boleh diambil kira dalam penentuan harga
dalam jual beli.
Selain itu, Al-Kasani ada menerangkan bahawa jika sesuatu barang dibeli
secara bayaran bertangguh (al-ajl), maka ia tidak boleh dijual secara
murabahah melainkan jika dimaklumkan kepada pembeli (kedua) bahawa
barang tersebut telah dibeli secara bertangguh.201
200 Al-Syawkani, Nail al-Awtar, Dar al-Ma`rifah, 2002, j. 2, h. 1072; Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i,
Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466.
201 Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i, Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466:
202 Al-Sarakhsi, Al-Mabsut, Dar al-Fikr li al-Tiba`ah wa al-Nashr, j. 13, h. 64:
196
R E SOLUS I SYAR IAH DALAM KEWANGAN I S LAM
ii. Di samping itu, Al-Sarakhsi juga menyatakan perkara yang sama seperti berikut:
"Sesungguhnya (sesuatu yang bertangguh) adalah lebih rendah daripada
(sesuatu) yang segera dari segi nilai hartanya." 202
Penjelasan Al-Sarakhsi di atas menunjukkan bahawa masa sekarang adalah lebih
berharga daripada masa hadapan. Justeru itu, harga dalam jual beli secara
bertangguh perlu dinaikkan bagi mewujudkan keadilan kepada pihak yang
berkontrak terutamanya pihak penjual yang mengorbankan penggunaan wang
pada kadar segera (present consumption) kerana pembayaran harga barang tidak
dibuat secara tunai.
Oleh itu, penyataan Al-Kasani menjelaskan bahawa tangguhan layak diberikan
imbalan (`iwad) dalam bentuk wang iaitu melalui kenaikan harga jika dijual secara
bertangguh. Namun begitu, keadaan ini hanya diiktiraf dalam urus niaga jual beli
sahaja manakala dalam urus niaga pinjaman wang (qard), tangguhan tidak boleh
sama sekali menerima imbalan dalam bentuk wang kerana ini merupakan riba
al-nasia'h yang membawa kepada wang menghasilkan wang (al-naqd yalid
al-naqd) atau "money begets money".
Ini tidak bermakna Islam tidak mengiktiraf nilai masa wang dalam kontrak qard
kerana tangguhan dalam kontrak ini diberikan imbalan dalam bentuk pahala yang
berganda bersesuaian dengan kontrak ini yang berasaskan prinsip ihsan.
Sebaliknya, kontrak jual beli yang berasaskan prinsip keadilan boleh menerima
tambahan harga disebabkan tangguhan seperti yang dijelaskan di atas.
Jika dibandingkan prinsip ihsan dengan prinsip keadilan, maka adalah jelas bahawa
ihsan adalah lebih tinggi martabatnya daripada keadilan bersesuaian dengan
balasan ihsan iaitu pahala yang lebih baik daripada balasan atau imbalan wang.203
203 Al-Ghazali menjelaskan hal ini seperti berikut:
On Sunday, January 26, 2014 1:22 PM, Newsforwarder®™ <3@pendekarblogger.com> wrote:
Tak payah konar baring banyak sangat..Artikel tu kalo bace elok2 dah cukup jelas...nak dengar cakap banker/bizman dlm hal ni?He he..tu pasal dah ade judi pon yg jadi "halal" dlm dunia skrg ..Semua term yg wujud dlm islamic banking adalah bid'ah semata..(kalo mau terus bicara hal bid'ah ni silakan)..yg pasti riba dihalal dengan nama2 fancy islamik itu.Itu pokoknya.Skrg ni...kalo ada yg nak juga teruskan riba..u are free...go on...tapi takpayah nak jadikan haram itu halal.Nantinya kita berjawab dgn tuhan aja..bukan manusia,tak gitu?From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of zahariyana
Sent: Thursday, January 23, 2014 8:09 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Yer riba berlaku di dalam proses pinjaman dan jual beli..namun, membezakan antara cash price dengan credit terms adalah diharuskan disebabkan time value of money, investment loss dsb.banyak bezanya bayar cash n credit..businessman should know better..
From: Mohd Fazila <mfazila@gmail.com>;
To: <respeks_group@yahoogroups.com>;
Subject: Re: RE: RG2011... Bahana Riba...
Sent: Mon, Jan 20, 2014 3:12:07 AM
pinjaman mana leh wat niaga..2014/1/15 zahariyana <yana_ixora83@yahoo.com>
Bahaya betul bila bergantung pada ilmu-ilmu di internet ni..agak2 penulis ni beli rumah kereta cash agaknyer..membezakan antara harga secara tunai dengan ansuran / hutang adalah dibenarkan di dalam Islam..bukannya riba..From: yusri762002 <yusri762002@yahoo.com>;To: <respeks_group@yahoogroups.com>;
Cc: <temanhidup@yahoogroups.com>; <MalaysiaNews@yahoogroups.com>;
Subject: RE: RG2011... Bahana Riba...Sent: Fri, Jan 10, 2014 12:34:46 AM
Nak tau gak aku. Si tolol mana yang menulis ni.Apa itu riba? Takat dengar2 jauh2. Baik tak payah. Makan bercakap. Nampak makin bodoh dan tolol.Sent from Samsung Galaxy NoteMasyaallah..Satu perkongsian yg amat baik.Terima Kasih.From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of uDa
Sent: Friday, December 06, 2013 10:37 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Bahana Riba...
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang anda langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.
Anda rasa itu biasa saja bukan?
Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji anda pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).
Kali ini, kami akan mengupas topic "bosan" ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.
Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.
Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik.
Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat pun.
Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini menghancurkan manusia.
Riba, Agenda Perhambaan Zaman Moden
Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.
Penjelasan Secara Teknikal
Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.
Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.
Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.
Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.
Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.
Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau 'consignment' ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.
Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.
jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.
Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.
Pesanan Larangan Riba adalah Pesanan Terakhir Nabi
Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.
Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?
Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?
Mekanisme Kemusnahan Senyap
Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan Allah. Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada TUAN kita.
Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara anda yang belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.
Adakah masa untuk anda bangunkan ummah? Bilakah masa untuk anda perkasakan Islam? Adakah lagi baki masa untuk anda melaksanakan sunnah?
Ataupun anda hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah anda itu mampu untuk menjadi satu disiplin actual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat? Di masjid sekarang ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.
Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka layak untuk berhutang.
Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?
Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.
Halusnya Konspirasi Mereka
Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.
Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, anda tahu apa akan berlaku pada kita nanti.--
Regards,
Mohd Fazila Ahmad
Regards,
Mohd Fazila Ahmad
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (14) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment