Monday, February 3, 2014

RG2011... Isu pengunaan kalimah allah di sabah dan sarawak - penjelasan ust kazim.

 

Saksikan penjelasan Dr Danial Zainal Abidin – nama Allah bagi non muslim di You Tube

https://www.youtube.com/watch?v=oH73y1E6qvl&feature=youtube­_gdata_player

 

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of NewsforwarderRT
Sent: Sunday, 26 January, 2014 1:18 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RE: RG2011... Isu pengunaan kalimah allah di sabah dan sarawak - penjelasan ust kazim.

 

 

Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!!


Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cada ngan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkar a ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat l arangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.


Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. -TMI (7/4/11)

 

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Sr Rizz.r
Sent: Wednesday, January 22, 2014 4:48 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Isu pengunaan kalimah allah di sabah dan sarawak - penjelasan ust kazim.

 

 

ISU PENGGUN AAN KALIMAH ALLAH DI SABAH DAN SARAWAK: SATU PENJELASAN OLEH USTAZ KAZIM

 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rio-rnAUzgs

 

 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikut agama mereka"

Al-Baqarah: 120

 

Berikut adalah sedutan daripada wacana ilmu oleh SF Ustaz Kazim bin Elias yang bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung. M H terjemahkan kembali sebahagiannya dalam bentuk penulisan terutamanya melibatkan penggunaan nama Allah di Sabah dan Sarawak. Insyaallah MH akan kemaskinikan lagi hujah-hujah Ustaz Kazim yang lain dalam siri Wacana Ilmu bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung ini pada masa-masa yang akan datang.

 

1. Seperti yang kita sedia maklum didalam buku teks sejarah sekolah menengah menerangkan tujuan kedatangan penjajah barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) adalah bertujuan untuk memonopoli perdagangan rempah. Satu persoalan menarik untuk dijawap, apakah orang-orang barat ini penggemar kari aka gulai yang tegar sehinggakan mereka ini ingin memonopoli perdagangan rempah? Setahu dan seingat k ita hanya orang-orang Asia sahaja yang tahan dengan rasa pedas terutamanya orang Melayu.

 

2. Kuasa-kuasa barat pada masa yang sama telah membuka dan menjajah Negara-negara Islam di Afrika, Negara-negara Arab, Pakistan, India dan seluruh Asia Tenggara. Ada pun tujuan sebenar kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara dan Negara-negara Islam adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian supaya orang-orang Islam mengikut agama mereka. Adapun seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 diatas penjajah barat cuba untuk mengajak umat islam hatta untuk yang sekecil-kecil syariat mereka seperti memotong kek pada majlis hari jadi. Itulah tujuan sebenar mereka.

 

3. Sebagai permulaan dibinanya rumah-rumah ibadat dan diikuti oleh penerampan kebudayaan penjajah. Kesemua ini  diasimilasikan sebagai sebahagian daripada kebudayaan masyarakat islam tempatan. Semua ini terjadi disebabkan oleh pepecahan dan kelemahan umat Islam dinegara ini. Kota A Famosa contohnya dibina dari runtuhan dan batu2 nisan orang islam dan lebih dahsyat lagi kota a famosa itu dibina daripada runtuhan pepecahan umat islam di Melaka pada ketika itu.

 

4. Permulaan pada kerja dakwah agama kristian di tanah jajahan mereka termasuklah di Indoneasia ialah menterjemah kitab2 bible kedalam bahasa tempatan. Gerak kerja kristian Belanda telah menterjemahkan bible kedalam bahasa Indonesia. Ini termasukan perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah pada tahun 1795.

 

5. Perkara ini terjadi ratusan dahulu dan kalimah Allah didalam bible berbahasa Indonesia telah di asimilasikan dalam kehidupan masyarakat tempatan yang bukan islam sejak ratusan tahun yang terhahulu. Ini merupakan tanda kejayaan orang2 yahudi dan Nasrani megikut jejak langkah mereka.Oleh sebab kita tidak boleh beranggapan bahawa pengguna kal imah Allah didalam bible di Indonesia sebagai sesuatu yang baru. Walhal ianya berlaku ratusan tahun yang dahulu.

 

6. Usaha ini dirintis pula oleh British di Tanah Melayu apabila mereka berjaya membuka Pulau Pinang dan juga Melaka. Stamford Raffles merupa perintis kepada pertukaran “God” atau “Lord” kepada Allah kedalam bahasa melayu pada awal 1820an. Alhamdulillah usaha Stamford Raffles untuk menterjemahkan bible kedalam bahasa melayu dan seterusnya menggunakan perkataan “God” atau “Lord” kepada kalimah Allah tidak Berjaya. Ini kerana Allah SWT memelihara tanah melayu ini dari segala perancangan jahat.

 

7. Kejayaan Belanda di Indonesia menterjemahkan bible dalam bahasa Indonesia dan kejayaan mereka menukarkan   “God” atau “Lord” kepada Allah telah menarik minat keluarga Brooke yang memerintah Sabah, Sarawak dan Kalimantan (perlu di ingatkan Sabah dan Sarawak pada ketika ini belum lagi menyertai Malaysia untuk merdeka). Keluarga Brooke telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian daripada Indonesia untuk berdakwah di Sabah, Sarawak dan keseluruhan Pulau Borneo. Kitab2 bible dalam bahasa Indonesia telah diajar kepada masyarakat pribumi sabah dan Sarawak. Ini termasuklah perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah juga diajarkan bersama kepada masyarakat disana.Disebabkan sejarah inilah maka perbezaan ini berlaku sehingga sekarang.

 

8. Dek kerana inilah di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini kerana proses asimilasi telah berlaku kepada mereka sejak dari zaman keluarga Brooke memerintah mereka lagi. Sebelum kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak majority pribumi Sabah Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme yang mana setiap satu daripadanya mempunyai nama tuhan yang tersendiri.

 

9. Di semenanjung Malaysia orang-orang bukan islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. Bila pertembungan Kalimah Allah ini berlaku pada hari ini alasan penganut kristian di Malaysia bahawa penngunaan kalimah Allah dalam bible di Indonesia dan disabah Sarawak telah lama diguna tidak boleh diguna pakai secara automatiknya.

 

10. Usaha penjajah barat ini juga berhasil di Mesir. Mereka telah berjaya menterjemahkan bible kedalam bahasa Arab seterusnya menukarkan istilah “God” dan “Lord” didalam bible kepada kalimah Allah. Al-Mukhatdas (Berita Baik) kitab bible dalam bahasa arab di Mesir manakala di Indonesia dikenali sebagai Al-kitab (Berita Baik). Bermula dari muka surat pertama lagi kalimah Allah telah digunakan. Penjajah barat telah cuba sedaya upaya meninggalkan kesan penjajahan mereka di tanah yang mereka jajah. Ini termasuklah menunarkan nama-nama tempat.

 

11. Berbeza dengan Malaysia kesan-kesan penjajahan ini telah dibuang daripada merdekanya persekutuan Tanah Melayu sedikit demi sedikit. Ini merangkumi nama tempat yang ada di Malaysia dan bermacam-macam lagi.

 

12. Berbeza d engan Negara2 lain yang mana usaha membuang segala bentuk kesan penjajahan tidak dilakukan. Ini termasuk Indonesia yang mana kalimah Allah yang digunakan dalam bible berbahasa Indonesia tidak dibuang dari bible mereka.

 

13. Manakala di Mesir, hujah mereka orang-orang bukan islam di mesir telah lama menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Untuk pengetahuan semua, penganut agama kristian ini terbahagi kepada 2, iaitu:

 

 

i.      Penganut kristian yang mengamalkan fahaman TRINITY, yang mana mereka percaya kepada Tuhan anak, tuhan bapa, tuhan jesus.

 

ii.        Satu lagi kepercayaan agama kristian ini ialah UNITY, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu. Kristian di Mesir adalah terdiri daripada kristian daripada fahaman UNITY.Kristian UNITY ini telah mengkafirkan kristian yang berfahaman TRINITY ini. Dan oleh kerana itu penganut kristian di Mesir ini percaya kepada Allah yang satu. Ini telah menjadi kebiasaan ( uruf) atau asimilasi bagi masyarakat mesir.

 

14. Kristian di Malaysia terdiri dari golongan yang menganut fahaman TRINITY. Jadi adalah amat salah sekiranya penganut fahaman kristian trinity dimalaysia ingin menggunakan Kalimah Allah didalam bible mereka. Ini menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada kita kerana kebiasaannya penganut kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan kalimah Allah didalam kehidupan seharian mereka dan kenapa sekarang mereka sibuk nak menggunakan kalimah Allah?

 

15. Maksud uruf menurut Imam Ghazali ialah Sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”. Dalam bahasa mudahnya bermaksud  apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat. ialah kebiasaan disesuatu tempat. Contohnya larangan memandu kenderaan di arab Saudi walhal di Malaysia ianya dibenarkan.

 

16. Dari segi hukumnya penngunaan kalimah Allah ini diistilahkan sebagai perbezaan hukum disebabkan oleh perbezaan keadaan setempat yakni kebiasaan pada sesuatu tempat (Negara). Oleh kerana itu di di Mesir dibenarkan menggunakan kalimah Allah dikalangan masyarakat kristian disana disebab kebiasaan (uruf) mereka disana dan ditambah pula konsep mereka adalah sama dengan menyatakan tuhan itu satu.

 

17. Manakala di Arab Saudi, Ulamak mengharamkan penggunaan kalimah Allah kerana di sana tidak ada orang bukan Islam (Jikalau ada pun bilangannya amat sedikit 0.1%). Maka Malaysia pun mengambil pendekatan yang sama dengan Arab Saudi, ini kerana majority rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan uruf di Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

 

18. Di Malaysia, penganut agama kristian yang ingin menggunakan kalimah Allah ini sebenarnya tidak pernah menggunakan bahasa arab dalam percakapan harian mereka, perkataan seharian mereka pun tidak pernah mengunakan perkataan Allah malah penngunaan bahasa melayu mereka juga tidak fasih. Alih-alih mereka ini yang m inta untuk penggunaan nama Allah dalam bible mereka. Mereka juga tidak pernah menyebut kalimah Allah sebelum ini.

 

19. Persoalan yang menarik untuk mereka jawap, berapa ramaikah dikalangan kamu penganut kristian di Malaysia menyebut kalimah Allah dan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab  dalam percakapan harian kamu sebelum ini?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment