Maaf cakap.....memang bahlul. Dah ribuan kes kelalaian begini masih tak beringat juga.
On Tuesday, 3 June 2014 7:47 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Budak terjun selamat diri
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan membuka pintu kenderaan dan melompat keluar selepas dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Taman Keramat di sini.Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa mengikut bapanya menaiki pacuan empat roda itu ke sebuah bengkel membaiki kenderaan dan mengecat kenderaan di kawasan itu.Sumber polis berkata, mangsa kemudian ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan tanpa pintu dikunci selain enjin pacuan empat roda itu dibiarkan masih 'hidup'.Menurutnya, tindakan bapa mangsa mengundang padah apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul sebelum melarikan kenderaan itu secara mendadak.Suspek lelaki itu dikatakan keluar dari sebuah kereta model Proton Pesona berhampiran bengkel itu sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa.Menyedari anak dan kenderaannya dilarikan penjenayah, bapa kanak-kanak itu berusia 40 tahun itu terus menghubungi pihak polis. Susulan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui semula kanak-kanak itu dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian 30 minit kemudian," katanya.
No comments:
Post a Comment