Setuju!! 👍
I pon dulu amik PTPTN tp pas blajar kita setel utang dulu
Pastu g kje nek komuter dan bas pastu mmg xdek life 2 thn pastu bli moto je.
2 thn setel aggrement ckp 10 thn hutang PTPTN tp sbb xmo pk byk dan sbb PTPTN dpt g UITM sbb dulu Ayah sy nk bg duit susah kje pon gaji ngam2 dan adik bradik 10 org.
Las amik PTPTN adik yg las jugak tp da setel sbb dia bijak skit amik PTPTN x guna semua tp masuk ASB separuh..
Tu org dulu2 thn 2010 tp nape org 2013 dan 2014 ni x bole fikir camtu? Bukan org2 2013 dan 2014 lg maju ke??
Sent from my iPhone
On 2 Jun, 2014, at 9:03 am, "hanis mama mama_hanis@yahoo.com.my [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
cerita pasal hutang ni, dlm Quran pon ada cite, ayat yg paling panjang skali dlm quran dlm surah baqarah pasal hutang...klu blaja btol2, dapat score CGPA, dapat rebet, dikira sebagai biasaiswa...sape suruh x blaja btol2.... dok main2 jer...ini salah diri sendiri ler...klu x bayar, jawab ler kat akhirat nnt...yg ptptn charge 1%, dia pon kena jawab kat akhirat juga....jangan nnt bila kita dah mati, dorang tuntut kat orang lain pulak...dah menyusahkan orang....tolong pike...From: "lailiy bannu lailiy_bannu@yahoo.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 28 May 2014 12:37 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar2an.. [1 Attachment]
alahai tak nak bayar terpulang lah pada diri sendiri...kalau dah berhutang wajib kena bayar.sbb kalau tak bẩyar hutang mati kelak, âzab api neraka kita sendiri yang tanggung bukan org yang suruh kita jangan bẩyar tu.From: "zinos zin zimo_s@yahoo.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 27 May 2014, 14:51
Subject: Re: RG2011... Fw: Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar2an.. [1 Attachment]
Assalamualaikum Sahabat,Boleh tak sahabat ajak kekawan semua untuk penuhkan saf saf dimasjid semasa waktu sembahyang daripada ajak kekawan buat apa yang hampa rancang tu.....pinjam duit klu tak bayar, orang marah la, klu di bank-bank kita buat pinjaman apa-apa pun, mesti ada bunga kan, pasal pa tak ajak kekawan yang ada hutang di bank untuk beli keta ke, rumah ke, jangan bayar sampai hujung tahun ni.....agaknya pa yang akan terjadi?.....masa nak pinjam tak tersangatla nak cepat cepat, tapi nak bayar plak......nak hold plak sampai PRU akan dating.......hebat..hebat...hebat.....duit dah habis untuk pembelajaran, ilmu, dan lain lain...saya harapkan sahabat fikir la betul betul sebagai seorang islam, berfikirlah sebagai seorang islam, berkata kata lah sebagai seorang islam, sumbatkan keimanan didalam hati kita, jangan biarkan Syaitan berada didalam hati kita.....ini adalah nasihat saya kepada semua sahabat semua bukan untuk mengata kepada sesiapa pun.....IklasSahabat IslamOn Tuesday, 27 May 2014 9:20 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
[JOM] Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar-Besaran..
kedahlanie.info
Nampaknya, ada peminjam ptptn yang masih tidak yakin dengan aku. nah, aku letak kad pengenalan aku. ingat aku takut ? sikit pun aku tak goyang lah. sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar ptptn pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana ptptn ditubuhkan. korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun. boleh ?
Saya Qadafi bin Muhamad Shuib ingin menyeru kepada 956,018 peminjam yang masih membayar PTPTN supaya bersama-sama saya https://www.facebook.com/qadafimuhamadshuib untuk berhenti membayar PTPTN pada saat ketika ini juga sehinggalah Pilihanraya Umum 14 nanti, yang mungkin diadakan pada tahun 2018.
Tujuan utama untuk kita berhenti bayar PTPTN adalah untuk :
1. Memprotes tindakan PTPTN yang ternyata mengenakan kos pentadbiran dengan tujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
"Kami diberitahu bahawa PTPTN hanya membelanjakan RM65 juta setahun untuk menjalankan operasi, jadi kadar faedah 1% daripada berbilion-bilion yang diberikan setiap tahun adalah jauh lebih daripada yang diperlukan"
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/
2. Sebagai bantahan kepada resolusi yang gagal dilaksanakan oleh Meja Bulat PTPTN yang telah dibuat pada 11 April 2012.
"Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan"
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271
3. Menunjukkan rasa tidak puas hati kepada tindakan PTPTN yang mengenakan caj insurans yang semakin membebankan para peminjam PTPTN.
4. Sebagai tanda kecewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang tidak mengendahkan cadangan peminjam PTPTN untuk menghapuskan kos pentadbiran PTPTN yang telah dikemukakan untuk Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013.
5. Pembayaran balik PTPTN telah jatuh hukum sebagai haram kerana kos pengurusannya telah melebihi kos sebenar.
"Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kadar faedah 1% yang dikenakan terhadap kos pentadbiran PTPTN adalah terlalu banyak berbanding perbelanjaan mengurus sebenar perbadanan itu"
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/
"Semua caj yang melebihi kos sebenar perkhidmatan adalah haram"
http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/ptptn-haram-caj-lebihi-kos-sebenar.html
Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap peminjam PTPTN yang mahu mengambil keputusan untuk berhenti bayar PTPTN. Justeru, walau apa pun yang akan terjadi nanti, saya yang akan menerima risikonya. Dengan ini, anda tiada alasan lagi untuk ragu-ragu dan bimbang untuk berhenti bayar PTPTN.
Akhir sekali, saya akan upload penyata PTPTN saya pada setiap bulan sebagai bukti saya kotakan janji saya untuk tidak lagi membayar PTPTN. Saya amat berharap sekali pada tahun 2015 nanti, sasaran 1,000,000 peminjam untuk berhenti membayar PTPTN akan tercapai.
==========================================
Yang kat atas neh ialah kisah seorang peminjam PTPTN yang mendesak peminjam2 PTPTN yang lain untuk bersama2nya dengan TIDAK membayar pinjaman PTPTN masing2.
Boleh baca apa yang dia tulis di atas perenggan demi perenggan kenapa dia buat gerakan di atas. Ada facebook dia yang korang boleh follow kalau berminat untuk bersama2 terlibat dalam gerakan boikot bayar pinjaman PTPTN.
Aku secara jujurnya memahami kenapa dia buat macam tue. Dan berharap gerakan dia akan menemui kejayaan sehingga membuatkan kerajaan tunduk ke atas tekanan pelajar.
__._,_.___
Posted by: Kay <kekupumalam@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (10) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment