Sunday, June 8, 2014

RG2011... Fw: Penarik Kereta Ditetak

 



Penarik Kereta Ditetak

bloglist-malaysia.blogspot


Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit.

Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini.

Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.

"Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit.Mereka juga memberitahu kawasan terbabit juga dujaga mereka dan orang luar tidak boleh sesuaka hati masuk dan membuat kacau disini.

Wong berkata seorang dari mereka kemudian beredar sebelum datang semula dengan parang dan terus menyerang dan menetaknay beberapa kali. saya tidak sempat berbuat apa-apa dan cedera ditetak lelaki terbabit selain dibelasah.Dia juga memberitahu ingin membawa saya berjumpa ketua mereka.

Bagaimanapun,tidak lama kemudia seorang wanita pemilik kereta terbabit datang dan mengarahkan lelaki berkenaan berhenti memukul saya,"katanya.

Menurutnya dia yang ketakutan terus melarikan diri dan dikejar suspek sebelum anggota polis yang melalui kawasan itu datang membantu.Saya berjaya diselamatkan polis yang turut menahan lelaki terbait ketika dia sekali lagi ingin menyerang saya.Bimbang dengan kejadian itu saya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee,"katanya.

Menurutnya dia percaya pemilik kereta terbabit mengenali suspek menyebabkan lelaki itu menyerangnya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Kamisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan itu dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment