Saturday, June 7, 2014

RG2011... Fw: Sebar Agama Islam Disiasat, Sebar Kristian ?

 



Isu Sensitif: Sebar Agama Islam Disiasat, Sebar Kristian Bagaimana?

bloglist-malaysia.blogspot
mountdweller.blogspot.
 
Majlis perpaduan siasat dakwaan pelajar sebar agama Islam di sekolah 
 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 6 June 2014 | Updated: 6 June 2014 7:04 AM
 
Dakwaan sebaran agama Islam di sekolah oleh ketua agama bukan Islam dalam satu dialog merupakan dakwaan yang serius dan kini sedang disiasat.

Isu penukaran agama timbul lagi apabila terdapat dakwaan yang sedang disiasat majlis perpaduan Putrajaya bahawa pelajar Islam digunakan untuk menyebarkan agama itu kepada pelajar bukan Islam di sekolah menengah.
 
Sumber daripada Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) berkata, perkara ini ditimbulkan oleh ketua agama bukan Islam dalam satu dialog dengan majlis itu bulan lepas, dan ianya sedang disiasat.
 
"Kami sedang cuba mengesahkan dakwaan itu," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
 
Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, sumber yang juga merupakan anggota NUCC berkata, majlis itu perlu menentukan sama ada terdapat asas kepada dakwaan itu.
 
"Ini merupakan dakwaan serius dan kami perlu melakukan semakan," kata sumber itu.
 
Beliau berkata, jika dakwaan itu terbukti benar, NUCC akan membangkitkan isu ini dalam laporan interim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Majlis yang ditugaskan untuk mencari penyelesaian bagi membendung ketegangan agama dan kaum dalam negara sudah mengadakan dialog dengan orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara sejak ditubuhkan November lepas, dan dijangka akan menghantar laporan awal kepada perdana menteri bulan depan.
 
"Kami sedar tiada agama patut disebarkan dalam apa jua bentuk kepada orang lain di sekolah, kerana keimanan pelajar di bawah 18 tahun akan ditentukan oleh ibu bapa," kata sumber itu.
 
Dakwaan itu ditimbulkan oleh Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS), Datuk R S Mohan Shan dalam satu dialog yang dipengerusikan oleh Pengerusi NUCC, Tan Sri Samsudin Osman baru-baru ini.
 
Mohan bersama delegasi Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) bertemu dengan NUCC baru-baru ini.
 
Mohan yang juga merupakan naib presiden MCCBCHST mengatakan beliau mendapat tahu sebuah sekolah menyediakan soalan provokatif dalam kertas peperiksaan Pendidikan Islam tahun lalu.
 
Soalannya adalah "Cara-cara mengislamkan kawan-kawan anda."
"Sekolah tidak akan menyediakan soalan sedemikian jika agenda itu tidak terdapat dalam silibus Pendidikan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
Pelajar Islam wajib mengambil subjek Pendidikan Islam manakala bukan Islam pula perlu mempelajari Pendidikan Moral.
 
"Anggota NUCC terkejut dan berjanji akan menyiasat perkara ini dan mungkin akan membangkitkannya dalam laporan interim," kata Mohan.
 
Menurut Mohan, beliau pertama kali membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat eksekutif MCCBCHST dan kemudiannya kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama yang ditubuhkan Kabinet.
 
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri melibatkan pimpinan MCCBCHST, pemimpin Islam dan wakil NGO Islam.
 
Mohan berkata, beliau menggunakan semua peluang untuk membangkitkan perkara ini kerana sekolah menengah merupakan tempat terbaik bagi menerapkan perpaduan dan keharmonian nasional di kalangan pelajar berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya.
 
"Pihak berkuasa tidak boleh menggunakan pelajar Islam untuk mempengaruhi rakan bukan Islam mereka dengan niat menukar agama mereka," katanya.
 
Mohan juga berkata, Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam sepatutnya dimansuhkan untuk membenarkan mereka mempelajari tentang agama mereka semasa waktu sekolah.
 
"Semua pelajar bukan Islam mesti dibenarkan untuk belajar tentang agama mereka dan mempromosikan moral universal dan nilai etika," katanya.
 
Beliau berkata semasa awal kemerdekaan negara dahulu, rakyat Malaysia mempelajari sejarah Islam, Hindu, Buddha dan Kristian, tetapi mereka kekal mengamalkan kepercayaan mereka.
 
"Malah, kami tahu tentang satu sama lain dengan lebih baik di dalam dan di luar sekolah," katanya. – 6 Jun, 2014.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment