Tuesday, February 15, 2011

Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

 

ade jugak kes gini ea?...pompuan berjiwa pengasih berlebihan pun susah, senang kena tifu...alahai, kan dah selalu terjadik cam gini...jgnlah ade yg amik kisah ngat ngan kawan2 kat cyber nie...kecuali memang dah kenal keluarge memasing, bulihlah meminjamkan duit bagai...


From: Aida z.a <aida171172@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, November 18, 2010 2:39:55 PM
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

 

hah'..wat2 sedor maner2 pompuan yg belom terkena tuh...yg dah terkena tuh..wat peringatan maner2 yg baru kena ayat ngan jantan2 kat luar saner yg suke dok ambik kesempatan atas kelemahan pompuan...so dah terkena baru nak tersedor..!! BAGUS LA>>>>>..
wat pompuan2 yg rase lelaki tuh.cam nak amik kesempatan cpt2 tinggalkan jer..jgn cari penyakitt>


From: Roslan Salleh <roslan.salleh@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 18 November 2010 9:12:54
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

 

kesian....kesian....kesian
Pompuan kene tipu lelaki bukan perkara baru !!
esp zaman2 serba modan dgn bilangan lelaki yg semakin pupus
pupus dek merempit, mendadah....dn bil lahir yg lebih rendah !!
kalau dah sayang...semua boleh jadik
hati dn perasaan......itulah sifat kaum wanita
kkdg pompuan pun ramai gak gedik2

so.....cariklah lelaki yg beragama, ada sifat penyayang, ada sifat rajin bekerja
senang ke nak carik ye??
sekedar pandangan.

salam aidil adha!
jaga kesihatan dn gaya hidup yg betul.




From: Azizah Azam <azizah7ladies@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 17 November 2010 22:53:44
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

 

tu..lah..pasal.. bila org yg jujur..kita wanita yg dah jadi mangsa ni... hmmm 100% memang tak percaya langsung dah lelaki ni.......semua lelaki... lah.. tapi kalau fikir2 kan pula.. tak percaya..jer..jadi penyakit lain pula.. macam2 lah...

--- On Tue, 11/16/10, effa rozie <effa_rozie@yahoo.com> wrote:

From: effa rozie <effa_rozie@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, November 16, 2010, 2:01 AM

 

kwang...kwang...kwang...kita serupa ..tp nasib tak sama kan3..

--- On Mon, 11/15/10, siti sufina kamarsani <sufinasiti@yahoo.com> wrote:

From: siti sufina kamarsani <sufinasiti@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, November 15, 2010, 11:24 PM

 

Wanita..oh wanita...setinggi mana pun belajar mudah juga tertipu...Lain kali gunalah matahati untuk menilai seseorang. Wanita..oh wanita kesiannya. Aku pun wanita...


From: effa rozie <effa_rozie@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, November 16, 2010 9:49:18 AM
Subject: Re: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

 

alahai..kenapalah byk sgt wanita2 di luar
sana yg terkena ni..ish3...sedihnye tau...


--- On Sun, 11/14/10, misada misada <misada05@yahoo.co.uk> wrote:

From: misada misada <misada05@yahoo.co.uk>
Subject: RG09... Awas Lelaki Kasanova di yahoogroup

Date: Sunday, November 14, 2010, 5:03 PM

 

HARAP2 SEMUA YANG MEMBACA CERITA NI DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR DAN BERHATI2. SEBAB KITA TIDAK KENAL SIAPA2, SAYA SENDIRI PERNAH BYK KALI TERKENA AKAN PUJUK RAYU MEREKA. BYK JUGA HABIS DUIT SEBAB RASA KESIAN KEPADA MEREKA2 YANG PANDAI BUAT CERITA. JANGAN CUBA2 NAK PERCAYA SESIAPA YANG ANDA TIDAK KENAL DI DALAM YAHOOGROUP NI....DENGAR CERITA BOLEH...TAPI JANGAN PERCAYA....

--- On Sun, 14/11/10, zeene <wzie05@yahoo.com> wrote:

From: zeene <wzie05@yahoo.com>
Subject: [sim] PERINGATAN : Awas lelaki kasanova di SIM
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Sunday, 14 November, 2010, 11:20

 
Mohon tuan mod. lepaskan post sy...

Assalamualaikum buat warga SIM,

Saya terpanggil untuk mengemukakan pengalaman dan nasihat ikhlas saya di ruangan SIM ini, terutama buat kaum wanita di SIM dan diluar sana.

Kita telah byk dihidangkan dgn kisah kecurangan dan keburukan yg berlaku di Facebook namun ada juga yg menggunakan sesawang spt YM dan sebagainya untuk berhubung dan berkenalan.

Biar lah sy menulis utk pengajaran buat saya dan anda semua, ini berlaku pd sy sekitar bulan februari 2010, sy adalah salah seorang ahli sim yg kdg2 ada meminta nasihat dan memberi komen diruangan ini namun mungkin dgn tulisan sy ada yg mengambil kesempatan menegur saya di YM, permulaan mmg sy tak melayan namun nk jadi cerita sy membalas teguran ahli sim trsebut (Lelaki la...). lama kelamaan masing2 bertukar cerita dan pengalaman dan bertukar nombor telefon. Kami mula berhubungan melalui telefon bimbit. Mengikut cerita si dia adalah seorang duda ada ank 4.. prmpuan semua dan telah berpisah slama 8 tahun, byk cerita kononnya ex isterinya byk jadi penyebab perceraian (pjg sgt crite sy tak dpt nk cerita semua) namun pd mula sy tak percaya sgt sbb sy seorang ibu pada ank2 sy dan sy tahu hati seorang ibu namun dgn keyakinan yg diberikan sy menjadi simpati dan sayang pd nya... Perasaan curiga tetap ada namun disebab dia pandai bermain kata2 memanggil sy dgn pktaan sayang dan honey menyebabkan curiga sy simpan walaupun pada masa itu sy boleh siasat. Sy bersyukur kerana sy tidak pernah berjumpa dia dan mungkin pelik bagi sesetengah orang kalau tak prnah brjumpa mcmana boleh timbul syg padanya. Lama kelamaan dia dh pandai pinjam duit katanya ank nya nak guna duit sbb ank nya ada yg belajar di Universiti dan sbagainya. Dia kata selepas bercerai menjadi tanggungjwb dia untuk menanggung ank2 nya... saya terima ceritanya dan sy menolong dia walau pun x byk. hampir setiap bln dia kekurangan duit... sy tolong bank in ke akaun nya dan anknya.

Nak jadikan cerita dan mungkin allah nk buka minda sy.. sy terasa sangat curiga dgn cara dia melayan sy. Pada pertengahan bulan Oktober 2010, sy mula menyiasat yg sepatutnya sy buat sebelum ini... tak sampai 24 jam sy telah dpt maklumat yg membuat sy terkedu. Sebenarnya dia dah berkahwin dgn skandal dia semasa dia dgn ex-wife dia... perkahwinan nya baru mencecah 1 1/2 tahun dan isterinya dh nak bersalin... terkejut sy sbb sy pernah tanya tapi dia sekeras menafikan... Seterusnya sy cal dia dan dia mungkin terkejut atau malu dan sehingga kini dia tidak mmbalas msg sy.. sy nak dia pulangkan wang yang telah sy pinjam kn pada dia. Pada sy, sy tidak akan halalkan dunia dan akhirat.. dan sy harap dia sedar la.. dan dia tidak minta maaf apa yang dia telah lakukan...

Sy tidak hendak memalukan dia namun sy harus kedepan utk menasihati pada wanita SIM atau wanita diluar sana sekiranya anda ketika ini sedang hangat atau sedang berkenalan, siasatlah sebab kemungkinan besar bukan sy seorang yang menjadi mangsanya... katanya untuk sbb melayan hidup dia yg sunyi... Terutama wanita SIM yang pernah menulis artikel di SIM. Dia mencari peluang atas kesunyian dan masaalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda dia memang selalu bagi pandangan diruangan ini namun akhir2 ini mmg dia kesibukan...(mungkin sibuk melayan wanita yg dia cuba bohongi atau duit tak ada nk top up bband)

Nasihat sy buat dia kalau dia membaca tulisan sy ini....Berubah lah dan jgn permainkan perasaan wanita untuk kepentingan diri sendiri. Umur pun bukan muda lagi...

Salam harmoni buat anda semua...









__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment