Monday, February 21, 2011

RE: RG09... Baik pakai bikini je.

 

at least..dosa tunjuk aurat rambut x dapat..kalo lengan pendek pon..

zzzzz



 


To: respeks_group@yahoogroups.com
CC: ingatan@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
From: azwandengkil@yahoo.com
Date: Mon, 21 Feb 2011 17:00:15 -0800
Subject: RG09... Baik pakai bikini je.

 

Baik pakai bikini je.


Assalamualaikum WBT,

Ahad lepas saya sekeluarga ke Sogo membuat persiapan terakhir bagi menyambut kelahiran anak saya yang ke-5 yang dijangka pada awal April. Tetapi jika mengikut anak-anak yang lain sebelum ini, kebiasaannya awal 2-3 minggu. Jadi, mengikut jangkaan saya sendiri mungkin pada pertengahan Mac.

Selepas zohor kami mencari tempat untuk makan tengahhari. Saya dan isteri lebih suka nasi berlauk. Tetapi anak-anak lebih berminat dengan makanan segera dan KFC pilihan utama. Walaupun naik muak makan ayam ni, saya dan isteri terpaksa mengalah dengan anak-anak dan turutkan kemahuan mereka.

Sewaktu saya tiba, jumlah pelanggan tidak terlalu ramai. Mungkin bukan di dalam shopping mall, jadi mudah kami mencari tempat. Sewaktu saya berbaris sepasang kekasih (pada pandangan saya), mungkin juga suami isteri, masuk dan terus berbaris dikaunter. Lelakinya boleh dikategori berpakaian sopan dan menutup aurat akan tetapi pasangannya hanya berseluar pendek yang amat sangat dan kelihatannya seperti seluar dalam. Bajunya pula ketat dan sendat hingga membuat hampir keselurahan pelanggan di restoran tersebut memandang ke arah pasangan tersebut. Untuk makluman, majoriti pelanggan adalah berkeluarga dan ada anak-anak kecil seperti saya.

Sewaktu pasangan tadi telah mengambil tempat yang tidak jauh dari tempat saya duduk, seorang wanita mungkin seorang ustazah mendekati pasangan terbabit. Saya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh ustazah tersebut tetapi dengan nada marah perempuan yang berpakaian agak menjolok mata itu dengan nada marah berkata begini "Cuba lihat perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Apa beza dengan saya? Dua-dua pun tak tutup aurat. Jadi apa masalahnya? Kenapa yang itu tidak ditegur?" 

Perghhhh... Pandai pula bercakap perempuan ni. Belum sempat ustazah tadi menghabiskan hujahnya, pasangan tadi terus beredar dari restoran itu tanpa menghabiskan makanannya. Ternyata tindakan ustazah itu harus dipuji. Saya pun tidak sekuat itu. Namun yang dikesali tindakan perempuan itu mempersoalkan cara wanita lain berpakaian yang kalau dikira berkali ganda lebih sopan dari dirinya yang berpakaian ala-ala amoi nak ke pasar malam. Saya sempat berkata pada isteri saya, jikalau begitu baik pakai bikini je. Lebih sejuk...

Begitulah halusnya bagaimana syaitan menipu manusia. Sedikit demi sedikit dari membuka bahagian tangan seterusnya mendedahkan bahagian leher dan seteresnya berpakaian tetapi telanjang yang akhirnya jadilah seperti perempuan tadi. Namun, jangan kita perkecilkan wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna walaupun masih ada kekurangan. Semoga Allah SWT beri hidayah dan kekuatan pada mereka agar mereka berjaya melaksanakannya dan terlepas dari fitnah. 
 
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment