Sunday, February 20, 2011

Re: RG09... Datuk 'Shah Rukh Khan' Hina Yang Di Pertua Negeri Melaka Bila Hanya Pakai Singlet

 


Quality pemimpin melayu setakat tu la ................. kalau ngan
penyanyi , pelakon dan bermacam pe........ hakikatnya pemimpin yang ada di
Malaysia ........... orang mai Pakai Singlet aja pun dah rasa megah , aku
cukup tak faham ngan UMno ni ............... ~~ kalau cakap Turrrrr kang
ada yang marah pulak !!!! tapi memang pun pemimpin UMno ni
Turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!!

\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
Manufacturing Department
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /



From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>

To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>

Date: 02/20/2011 08:42 AM

Subject: RG09... Datuk 'Shah Rukh Khan' Hina Yang Di Pertua Negeri Melaka Bila Hanya Pakai Singlet

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com






Memalukan: Datuk 'Shah Rukh Khan' Hina Yang Di Pertua Negeri Melaka Bila
Hanya Pakai Singlet Ketika Terima Kunjungan Pemimpin Itu Semalam
from Pahang Daily Online by pahangdaily
(Embedded image moved to file: pic19629.jpg)Tiada istilah lagi boleh
digambarkan bila melihat gambar di bawah. Inilah yang dikatakan "kera
dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan". Apakah ini namanya adat
atau satu penghinaan?. Wajarkah artis Bollywood si Shah Rukh Khan (foto)
berpakaian begini ketika mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil
Yaakob. Malahan turut berada dalam sessi pertemuan tersebut ialah Ketua
Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Lihat saja cara berpakaian beliau ketika
mengadap Tun Khalil itu. Apakah dek kerana beliau seorang artis terkenal
maka dia tidak perlu mengikut protokol untuk berjumpa dengan pemimpin
negara kita?. Bukankah Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran
"Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang
diberikan. Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua
Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang
tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika
gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia. Maka,
sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku
jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin
negara?. Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat
demikian. Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?. Sepatutnya Kerajaan
Negeri Melaka berhak menarik balik gelaran "Datuk" yang telah diberikan
kepada beliau dulu, jika inilah balasan yang dihadiahkan semula. Biar pun
ketika kejadian Tun Khalil dipercayai sedang melawat lokasi penggambaran
filem terbaru Shah Rukh berjudul "Don 2" di Bandar Baru Sungai Udang
semalam. Namun itu perkara lain, dan sepatutnya kehadiran Yang Dipertua
Negeri haruslah disambut dengan beradat. Mujurlah kemudian Pada lawatan
tersebut, Tun Khalil dan Ali Rustam juga telah menghadiahkan beliau sehelai
baju batik.





Anehnya, Kerajaan Negeri Melaka pula beriya-iya mahu membina sebuah studio
dengan kemudahan produksi yang dikenali sebagai Studio, Filem dan
Televisyen Antarabangsa Melaka dengan kos bernilai AS$7 juta (RM21.3 juta)
Ketua Menteri Ali Rustam berkata, studio itu akan dibangunkan dengan idea
dan kerjasama pelakon terkenal Bollywood itu. Menurutnya, perbincangan
dengan pelakon Bollywood itu kini di peringkat terakhir sebelum satu
rumusan diambil bagi merealitikan impian membina sebuah studio tercanggih
di negeri ini. "Pada dasarnya, Shah Rukh bersetuju bekerjasama dengan
memberi idea dan pandangan bagi pembinaan studio yang dicadangkan di Rumah
Media di Ayer Keroh. "Studio yang akan dibina ini bukan sahaja menyediakan
kemudahan produksi tetapi juga akan menyediakan sebuah akademi untuk filem
dan televisyen bertaraf antarabangsa," katanya. Mohd. Ali menambah,
kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan
bagi membiayai pembinaan studio tersebut. "Jika semuanya berjalan lancar,
pembinaan studio itu akan mula dibina tahun ini. "Kita juga merancangkan
untuk menerbitkan sebuah filem muzikal yang mana Shah Rukh Khan bersetuju
untuk menjadi pelakon utama," katanya. Beliau menambah, dengan pembinaan
studio itu ia dijangka menarik minat beberapa produser dari Bollywood untuk
menggunakan kemudahan produksi selain menjadikan Melaka sebagai lokasi
penggambaran filem.


"Mungkinkah agaknya, Datuk Shah Rukh Khan diagung-agungkan oleh
mereka kerana menyangka beliau adalah keturunan sultan Melaka
dulu-dulu agaknya. Bukankah kebanyakkan daripada mereka menggunakan
gelaran Mansur Shah, Ahmad Shah, Muzaffar Shah dan sebagainya. Kini
muncul pula kaum kerabatnya iaitu Shah Rukh Khan"


[Shah Rukh kini berada di negeri ini sejak 12 Februari lalu bagi menjalani
penggambaran filem terbarunya Don 2 itu. Selain Melaka, Kuala Lumpur dan
Langkawi turut menjadi lokasi penggambaran filem itu yang bakal ditayangkan
di negara ini pada 23 Disember ini. Pengajaran daripada insiden ini, nampak
benar betapa hinanya pemimpin Melayu apabila terpaksa turun ke tapak untuk
bertemu dengan seorang artis terkenal seperti Shah Rukh Khan. Sepatutnya
beliau dipanggil mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka secara protokol di
pejabatnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita pula terpaksa
menyembah artis Bollywood itu. Persoalan kedua, kita masih ingat Tun Khalil
ketika menjadi Menteri Penerangan pernah berjanji untuk membina sebuah
studi perfileman ala Hollywood di Janda Baik Bentong Pahang. Namun, ia
tidak menjadi kenyataan dan kini mahu membina ala Bollywood pula di Melaka.
Apa yang mengelirukan kita, sejak Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk",
entah masa bila beliau menggunakan gelaran tersebut agaknya?. Ini kerana,
dalam filem-filem terkini beliau tidak langsung memaparkan gelaran "Datuk"
didepan namanya ketika dipaparkan pada skrin. Maknya, gelaran tersebut
sekadar "hiasan didinding" semata-mata. Harapn kita agar tidak ada lagi
rakyat asing yang akan mendapat gelaran itu, kerana ia cukup amat
kontroversi sebenarnya].


http://www.pahangdaily.co.cc(Embedded image moved to file: pic12623.gif)
--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------

--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send
astray, none can guide.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment