Secara umumnya, saya malas nak layan keji mengeji dan kutuk mengutuk ni… Saya pun tak tahu camne saya boleh ‘terjerat’ dalam jaringan semua e-mel ini. Sementelahan e-mel ni e-mel pejabat yang perlu berurusan memberi kelulusan kapal untuk masuk ke pelabuhan.
Cuma ada kalanya ’menyampah’ nak layan bahasa kesat dan cacimaki. Bagi saya, kita, khususnya orang Islam, sewajarnya berbahasa dan berbudi pekerti; ada adab dan tatasusilanya. Bahasa melambangkan jiwa. Lidah yang kotor membawa ’bencana lisan’ dan ghibah. Segalanya boleh menjad’ lagha’ dan masa yang dipergunakan menjadi sia-sia. Walhal, antara lain yang akan diperhitungkan atas kita kelak adalah, ’ masa kemana kita habisi’...
Kita ni dok bergaduh dan berperang sesama sendiri (especially dek kerana politik). Sudah-sudahlah tu.... Berhujjahlah dengan hikmah dan bijaksana sebagaimana dianjurkan oleh Islam. Kita bertelagah sesama Islam, sedangkan Rasulullah bersabda, mafhumnya : ’Tidak sempuna iman seseorang kamu sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri’ ; Muslim itu seperti satu binaan (yang saling mengukuhkan)”... ”Seperti satu tubuh badan, yang apabila sakit sebahagiannya, maka akan berajak-ajakan bahagian lain”
Saya suka sekiranya kita dapat memanafaatkan IT ini untuk menambahkan ilmu kerana ’information is power’, menjadi medan untuk bertukar fikiran menjadikan kita berfikiran kritis. Bukan setakat ’menghentam’ tanpa memberi jalan.....
Wallahua”lam..
From:
Sent: Monday, January 31, 2011 7:27 AM
To:
Subject: RG09... Gaduh2 manja...
|
Nota : Emel rasmi LPK adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan penggunaannya adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT LPK dan
Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan. PKPA [Bil.1 2003].
This e-mail message has been scanned for Viruses and Content and cleared by MailMarshal - Port Klang Authority (PKA)
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment