Tuesday, February 8, 2011

Re: RG09... Jejantas apa RM70,422 semeter?

 

Wakil pembangkang sepatutnya aktif membongkar kisah2 begini,sebab pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan demokrasi,merekapun ada gaji termasuk pencen..tumpukan perkara2 begini,selain idea lebih baik utk kesejahteraan rakyat,jgn ikut rentak BeEnd,mereka sengaja cipta perkara2 supaya pembangkang tumpu pada perkara2 yg merepek...
pembangkang kena desak kerajaan sekarang supaya setiap sen perbelanjaan yg berasal dari cukai atau sumber pembantu kerajaan seperti petroras,epf dan sebagainya di kemukakan pada mereka untuk di nilai,mereka berhak sebab mereka adalah wakil rakyat...suatu masa nanti jika mereka dapat menjadi pemerintah maka pembangkang ketika itu pun buat perkara yg sama...
ini dari beribu2 kes bongkar satu dua dlm setahun tak sampai 10...hampir semua projek kerajaan sekarang memang mark up 100% paling minima ada yg sampai 1000% tak kisahlah nak bina sekolah ke masjid ke semua mereka mark up...tenguk kisah hospital s.alam saper yg dok pau ketika itu,wang beratus2 juta dah keluar tapi masih bermasalah nak siapkan...
tak tahulah berapa lama lagi rakyat msia nak faham hak2 mereka,wakil diorangpun macam pelakun wayang kulit.


2011/2/9 ISMAIL MOHD YUSOF <salimbest83@yahoo.com>

 
makin hari makin bermaharajalela perbelanjaan negara kita nie...
tp nak wat camnakan..
klu semeter 1juta pon, xkan nampak punya la yg tu mahai..
semua jasa kerajaan utk rakyat.


From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>Sent: Wed, February 9, 2011 2:06:38 PM

Subject: Re: RG09... Jejantas apa RM70,422 semeter?

hahaha.... keadaan tertentu tu mcm mana? hahaha... megatron ..... baru la ada class.


Sent: Wednesday, 9 February 2011 13:49:02

Subject: Re: RG09... Jejantas apa RM70,422 semeter?

 

Salam,

Ini jejantas special..bila keadaan2 tertentu jambatan ini boleh bertukar rupa menjadi robot megatron,atau kereta Knite Rider...sebab tu mahal...depa pikiaq mcm tu la...

2011/2/9 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Jejantas apa RM70,422 semeter?


Posted on Monday, February 07

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.



NONESemalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

NONEDalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.Mkini

--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment