Sunday, February 20, 2011

Re: RG09... Saman ekor yang zalim

 


 kes macam nie pernah terjadi pasa saya... 


saman --> tak pakai helmet... saya duduk di P.Pinang... sama kena di jalan ke Pantai Merdeka... yang lagi mengherankan no. plate tue kereta... tp kenapa saman tak pakai helmet... mulanya saya ke Trafik P.Pinang sebab saya ada kawan disitu... jumpalah dia... dia pun tergelak jugaklah.. tp dia kata mmg dia xleh nak buat apa pun kena pegi Trafik caw Kuala Muda di Sg Petani... Mula-mula saya telefon, saya beritahu masalah saya... pastue diaorg cakap buat surat dan fax.. buatlah surat and fax.. tepon -- ckp tak terima.. fax lagi - terima.. tunggu 2 minggu.. lepas 2 minggu -- tak terima surat apa2 pun???... Sabar lagi... Fax lagi - 2 minggu lagi... -- masih jawapan yang sama... 

akhirnya saya sendiri ke trafik kuala muda.. berjumpa dengan pegawai di kaunter... saya buat macam nak check saman... dia kata - ada Pn... saman tak pakai helmet... Saya pun kata -- eh... sejak bila naik kereta kena pakai helmet??? Pegawai tue terkejut.... saya pun tunjukkan salinan geran kereta saya... Pastue Pegawai tue kata -- nie kena fail report nie, secara surat... saya pun bagi lah salinan fax saya yang 3kali buat tu ngan surat asal... Pegawai tue kata kena jumpa Pegawai besar... saya jumpa.. sembang2 pasal hal nie... Ikut katanya nak settlekan sampai hari nie TAK SETTLE PUN.... dok ada macam tue jugak.... agaknya lah 3 tahun... 

malas dah saya --- saya takkan bayar.... sebab saya tak salah... kalau depa blacklist nama saya... saya akan fail report ke Bukit Aman plak... 





From: Merah Saga <aluni_panji2@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 21 February 2011 0:25:53
Subject: Re: RG09... Saman ekor yang zalim

 


 keta ada kat johor tapi saman ekor kat kedah.. herannya.. no tu pulak bukan no keta, tapi no motosikal....  nak provekan keta tu bukan ngan air liur.. nak g kedah tu satu hal.. belanjanya sama banyak ngan duit saman tu... saja jerrr... buat naya org... 

 

 

 

 

Cubalah minum, moga ada penambahan kesihatan disitu.

" Minuman para Anbia "   :  http://www.hrgroup2u.net/mamiros 

 




From: Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sent: Sun, February 20, 2011 10:36:43 PM
Subject: Re: RG09... Saman ekor yang zalim

 

Saman ekor bermakna ada gambar kereta yang di tangkap sewaktu kereta berjalan laju. Kena lihat plat nombor kereta yang dalam gambar polis samaada betul sama dengan kereta kita. Kekadang ada kereta orang lain yang menggunakan nombor plat kereta itu. Nasihat saya pergi ke Balai polis dan lihat gambar saman ekor tersebut. Kalau bukan kereta sebenar (jenis kereta atau warna kereta berbeza) maka sahlah bukan kerta sebenar. Kalau tak pergi ke balai bagaimana kes tersebut nak selesai. 


From: sue sweet7 <suesweet7@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sent: Sun, February 20, 2011 6:38:51 PM
Subject: Re: RG09... Saman ekor yang zalim

 

tak cukup naik harga minyak dan mcm harga...sapu duit rakyat dgn saman plak...makan duit haram....memang haram jadah kerajaan ni....

2011/2/19 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini. 

By Yunus Sauman Sabin

 

Assalamualaikum wbth.

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor. Adakah patut kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008.

Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaya.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini maka saya telah mebayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang. Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui no talipon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi. Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya. Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya. Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan.

Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu. Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.
 
Saya benar-benar kecewa.
 
Yunus Sauman Sabin





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment