Wednesday, February 9, 2011

Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

 

Salam,

Ada sesetengah yang hidup senang memang mereka 
tidak suka atau selesa berkawan dengan orang miskin.
Masih saya ingat lagi suatu waktu pernah berkunjung
ke rumah seorang rakan, ibunya sebagai amah di sebuah
hospital kerajaan, walaupun tinggal diquarters tapi masih
hidup dalam kemiskinan dan bapanya hanya pekerja 
buruh, apa yang dapat saya lihat dibelakang rumah
mereka penuh dengan timbunan kulit kerang, menurut
rakan saya, hanya kerang yang mereka mampu beli
untuk dibuat lauk setiap hari yang seramai 7 orang.

p/s sebenarnya aku pun xtahu apakah yang aku lakukan
ini betul, untuk zakat harta benda aku terus salurkan
pada individu yang berhak menerimanya sebab masih
ramai di luarsana yang sepatutnya menerima bantuan
tapi tidak dapat...


2011/2/9 Fariza Abu Bakar <fariza.nor@gmail.com>
 

betul.... hanye org yg pernah miskin jer tau cemana..... setaip barang dihargai... walau hanye bernilai sen/ringgit.....
 

2011/2/9 Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
 

Amat Kecil bilangan orang kaya yang peduli nasib orang fakir / miskin kerana mereka TAK FAHAM makna miskin. Apa lagi Menteri-Menteri...nak dekat pun mereka jijik. Kecuali ada Life Telecast...tu lain ler...
 
Berkawanlah dengan orang miskin baru tau indahnya hati sebahagian besar orang miskin...
 
HBI



From: lokmal hakim <lokmalhakim_hse@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 9 February 2011 15:38:06
Subject: Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

 

Salam dan Selamat Petang,

Saya juga pernah lalui lebih kurang sama ceritanya seperti dibawah..

Setiap bulan pasti sy akan balik ke taiping..biasa ar hantar bekalan dapur untuk mak mertua..masa tu bulan puasa tahun lepas 2010 dan terlanjur balik ke Taiping istri terus ajak ke Pasar borong di Simpang untuk beli barang membuat kuey raya (murah katanya disana)..apabila sampai ketempat menjual Kurma (jenama Yusuf taiyoob) adala seorang kakak bersama anaknya dlm lingkungan darjah 3..anaknya merengek hendakan buah kurma tersebut tetapi ibu kepada anak ini hanya mampu melihat dan merenung sayu kearah anaknya..tampa sebarang kata terus ditarik tangan anak itu dan beredar dari situ..tetapi pd masa itu hanya ada istri sy ditempat tersebut kerana sy menjaga sikecil didalam kereta sementara menunggu istri membeli barangan kuey..
     Sampai dikereta istri menceritakan kejadian td dan katanya jika dilihat dari pemakaian mereka pasti mereka bukan orang2 yang senang..sy bergegas mencari mereka tetapi tidak berjumpa..mungkin sudah keluar dr pasar tersebut..niat dihati tiada lain iaitu hanya ingin menolong apa yang patut..mungkin bukan rezeki anak tersebut untuk merasai keenakan kurma pd hari itu or selepas nya..
     Kehidupan di Bandar Taiping tidak la seperti di bandar2 lain..walaupun masih boleh diketogori rendah tetapi kurangnya peluang2 pekerjaan (jika ada pun gaji yang diterima tidaklah besar) dan seterus ianya meninggalkan tanda tanya pada sy..masih bolehkan mereka2 seperti kakak tadi meneruskan kehidupan dengan keadaan ekonomi pada ms sekarangg???

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc:
Sent: Wednesday, 9 February 2011 3:05 PM
Subject: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

Menteri Umno Semua, Baca Pendedahan Panas ni
Posted on Friday, January 07 @ 22:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Aduan @ Luahan Oleh: amkns

"Dari Blog Singalautmetro

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! 

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya. 

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

 
Sumber: Blog Singalautmetro"
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




We won't tell. Get more on shows you hate to love
(and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.








--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment