Wednesday, February 9, 2011

Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

 

kekadang sedih bila kita tengok kutipan zakat berjuta2 tapi masih ada lagi org cam ni 


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, February 9, 2011 19:57:46
Subject: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

Salam... Kak...

Kalau dah jumpa orang camni kehidupannya elok sangatlah zakat diberi terus... hehe. Dari kita beri ke pemerintah yang kita tak pastipun dibuat apa duit kita tu huhu.........

From: Merah Saga <aluni_panji2@yahoo.com>
Date: Wed Feb 9, 2011 3:52 am
Subject: Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...
aluni_panji2
Online Now Send IM
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership

 Ada sebuah keluarga yg lauk mereka, lauknya hari-hari adalah sup tulang ayam, yg isinya telah diambil utk buat satay.... kerana si ibu bekerja menyucuk satay utk sara kehidupan.

aduh....... jahat sungguh mata ni, bila singgah ke rumah itu... sengaja buat2 g bilik air tapi nak nengok lauk apa kat dapur.... sayurnya hanyalaaa taugeh goreng putih.. 
kalau baginilaaa lauknya hari hari, bagaimana anaknya nak membesar dan jadi org berguna pada masyarakat dan keluarga.

Lantas, wang fidyah dan zakat yg ingin ditunaikan kepada pemerintah, ku laburkan kepada keluarga ini... setiap kali singgah kerumahnya di Kemunting.. 

 

Cubalah minum, moga ada penambahan kesihatan disitu.

" Minuman para Anbia "   :  http://www.hrgroup2u.net/mamiros 

 




From: Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, February 9, 2011 4:11:42 PM
Subject: Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

 
Amat Kecil bilangan orang kaya yang peduli nasib orang fakir / miskin kerana mereka TAK FAHAM makna miskin. Apa lagi Menteri-Menteri...nak dekat pun mereka jijik. Kecuali ada Life Telecast...tu lain ler...
 
Berkawanlah dengan orang miskin baru tau indahnya hati sebahagian besar orang miskin...
 
HBI



From: lokmal hakim <lokmalhakim_hse@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 9 February 2011 15:38:06
Subject: Re: RG09... Sebuah kisah masyarakat...

 

Salam dan Selamat Petang,

Saya juga pernah lalui lebih kurang sama ceritanya seperti dibawah..

Setiap bulan pasti sy akan balik ke taiping..biasa ar hantar bekalan dapur untuk mak mertua..masa tu bulan puasa tahun lepas 2010 dan terlanjur balik ke Taiping istri terus ajak ke Pasar borong di Simpang untuk beli barang membuat kuey raya (murah katanya disana)..apabila sampai ketempat menjual Kurma (jenama Yusuf taiyoob) adala seorang kakak bersama anaknya dlm lingkungan darjah 3..anaknya merengek hendakan buah kurma tersebut tetapi ibu kepada anak ini hanya mampu melihat dan merenung sayu kearah anaknya..tampa sebarang kata terus ditarik tangan anak itu dan beredar dari situ..tetapi pd masa itu hanya ada istri sy ditempat tersebut kerana sy menjaga sikecil didalam kereta sementara menunggu istri membeli barangan kuey..

     Sampai dikereta istri menceritakan kejadian td dan katanya jika dilihat dari pemakaian mereka pasti mereka bukan orang2 yang senang..sy bergegas mencari mereka tetapi tidak berjumpa..mungkin sudah keluar dr pasar tersebut..niat dihati tiada lain iaitu hanya ingin menolong apa yang patut..mungkin bukan rezeki anak tersebut untuk merasai keenakan kurma pd hari itu or selepas nya..

     Kehidupan di Bandar Taiping tidak la seperti di bandar2 lain..walaupun masih boleh diketogori rendah tetapi kurangnya peluang2 pekerjaan (jika ada pun gaji yang diterima tidaklah besar) dan seterus ianya meninggalkan tanda tanya pada sy..masih bolehkan mereka2 seperti kakak tadi meneruskan kehidupan dengan keadaan ekonomi pada ms sekarangg???

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc:
Sent: Wednesday, 9 February 2011 3:05 PM
Subject: RG09... Sebuah kisah masyarakat...



Menteri Umno Semua, Baca Pendedahan Panas ni
Posted on Friday, January 07 @ 22:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Aduan @ Luahan Oleh: amkns

"Dari Blog Singalautmetro

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! 

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya. 

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

 
Sumber: Blog Singalautmetro"

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment