Thursday, February 17, 2011

Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang? negara kebajikan??? hmmm

 

sebut negara kebajikan mmg senang .... tapi nak melaksanakan tu makan belanja yg agak besar .... and it will start with tax...... pasal tax adalah income utama negara ... bersediakan kita nak kena tax yg lebih dari skrg? hehehe.... as for me... aku agree je pasal kalau malaysia jadi negara kebajikan .. boleh la aku apply sama ... hahahaha!!!


From: Mohd Rusyduddin <rsynaz83@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 17 February 2011 12:42:18
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

Bila lah nak ada negara berkebajikan, sibuk mencari rezeki dunia yang lain terabai... dari akar sampai pucuk habis rosak.


From: noor azzurra sa'ari <mawar_f@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 17 February 2011 10:51:23
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

zaman skang nie semua kena pandai cr duit tambahan..klu x memang la terasa sangat tbeban...orang berniaga nie plk pendapatan x tentu...kadang2 naik..kadang2 turun...klu jatuh mau terduduk @ terbaring sambil tgk bintang kt langit..memikirkan nasib diri...so klu suami isteri tue..klu suami makan gaji..si isteri leh cr jln wat berniaga kecil2an...klu si suami berniaga..si isteri pun kena la bkerja..sebagai backup klu ape2 jd...

saya seorang usahawan..tp still terasa terbeban dengan kos hidup skang..walau pun xde la sampai x mampu nak bl mkn...tp kalau nak harapkan suami yg makan gj memang la sy rs kami tgh bulan @ hujung bulan dah kena makan meggi jer kot...nasib la sy mmg dr dah biasa berniaga dr kecil...so duit mmg xpenah putus..walau xbyk tp ada la...boleh la nak backup suami klu ape2 hal jd...tp klu org yg xpandai berniaga tue mcmn pulak..? nak joint biz pun skang takut...mcm2 kes menipu berlaku...org yg pandai putar belit la yg tmbh senang...org yg nak belajar bniaga nie yg pecah kepala...

orang duduk kampung pn dah terasa sgt  beban dengan kenaikan mcm2 barang & macam cukai yg kerajaan kenakan...nak berniaga kt kg pn susah...nak jual makanan pn ramai org kg yang masak sdr kt umh...ssh gak...klu duk KL lain la..semua main beli jer..sbb msg2 sibuk bekerja...klu duk kt kg dah rs susah...inikan pulak duduk kt KL yang mn semua brg2 mahal...makin lama rs sangat terbeban...sy belum ada anak pun dh terasa..inikan pulak org yg ada ramai anak lg la pulak...semua kena bercatu..semua kena ikut budget...klu lari budget br la sampai tpaksa ikat perut anak beranak...sy tak terasa pn negara kita taraf hidup & pendapat meningkat seperti yang di katakan..gj naik, barang pun naik...gj naik RM100..tp kos naik smpi RM200...so ape yg meningkat nyer? rasa makin jatuh ada laaa...!!!


From: "wealthkeepcoming@yahoo.com" <wealthkeepcoming@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 17 February 2011 18:18:05
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

Inilah Nasib golongan yg memilih 1/9 rezeki..kenapa memilih jalan yg Rasulullah tak pilih? Hanya pandangan...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: nurul badril <nurulbadril@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 16 Feb 2011 21:38:59 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

 

nasib golongan marhaen di kota. perlu berhempas pulas mencari rezeki, ada mulut perlu disuap, keperluan asas yg sgt perlu dipenuhi.tidak mustahil ada yg mkn nasi dgn kicap dan telur mata sj sebagai santapan harian. ayam kfc itu hidangan paling lazat utk anak2 tiap kali si bapa mendapat gaji...

itu semua x mustahil di sini...

n
ampang


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 16 February 2011 20:24:19
Subject: RG09... Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?



Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
fatamorgana71   

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




0





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment