Tuesday, February 8, 2011

RG09... 5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Tahun 2011

 

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Tahun 2011

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Di Awal Tahun 2011

1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap
kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi
seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas
hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju.
Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.

2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai,
lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan
menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan
untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.

3. Banyak berfikir memperbaguskan diri

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga
hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan  hidup
orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk  memikir
hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu  berusaha
memperbaikinya.

4. Hormati, kagumi, sanjungi.

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan
yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi
pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat
Anda bermotivasi.

Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta.
Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi
memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan
bepotensi untuk berjaya

5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda
lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan
usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan  perasan
Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan  tatkala
Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat  sentiasa.





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment