Tuesday, February 8, 2011

RG09... Gerakan Islam dan Pendemokrasian - Dr. Mujahid Rawa

Gerakan Islam dan Pendemokrasian - Dr. Mujahid Rawa
Posted on Tuesday, February 08 @ 13:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Analisis Isu
Oleh: cenangau

" Oleh Dr. Mujahid Rawa.

Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir telah membuka mata dunia bahawa setiap penindasan ke atas rakyat akan dibalas dengan kebangkitan yang di luar jangkaan para pemimpin kuku besi.

Mungkin penguasaan pemimpin zalim berada pada jangkamasa yang lama tetapi ia tidak mampu kekal selamanya dan mungkin rakyat akan ditindas buat seketika tetapi akhirnya ia akan muncul sebagai pemenang di penghujungnya.

Hinanya pemimpin kuku besi diludah oleh rakyat sendiri di mana satu ketika mereka disanjung melangit. Seperti mana-mana pemimpin diktator dunia, mereka tidak akan mengalah malah pada saat akhir kepimpinan mereka, mereka masih bercakap tentang keutamaan negara!

Kemunculan diktator tidak dapat diduga dari awal kerana mereka mengambil alih kuasa dari pemimpin sebelumnya dengan penuh semangat untuk mengembalikan kuasa rakyat, mereka mengambil alih juga dengan nama rakyat. tetapi setelah bertakhta sekian lama mereka bertakhta pula di hati.

Kuasa yang diberikan oleh rakyat menjadi milik peribadi malah kaum keluarga menjadi pencatur kepentingan empayar sendiri, rakyat mula menderita. Pada tahap ini, rasuah berleluasa, kualiti hidup rakyat terabai, projek infrastruktur menjadi kepentingan kroni, amanah sudah lama hilang dalam kamus pemerintahan. Sekali lagi rakyat menjadi mangsa , keadaan mereka sama seperti keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut naga.

Semasa proses kediktatoran terbentuk di Tunisia dan Mesir, Gerakan Islam berada di sisi rakyat untuk memberi amaran dan peringatan kepada kerakusan kuasa kuku besi ini. Memandangkan kepada pengaruh Gerakan Islam yang dekat di hati rakyat, golongan yang digelar Islamist ini dinafikan hak mereka malah merekalah yang paling teruk ditindas dan dipenjara. Tokoh-tokoh Gerakan islam yang memerlukan ruang udara untuk bernafas menuntut supaya adanya demokrasi dan dengan itu dapatlah mereka bersuara dan menyampaikan hasrat rakyat.

Penghujung 80an menyaksikan sedikit keterbukaan dari regim kuku besar negara Arab, apabila berlaku pilihanraya tempatan secara terbuka, golongan Islamist berjaya memperolehi kerusi yang banyak. Tetapi kemenangan ini dibalas dengan suasana yang dicipta oleh penguasa sendiri kononnya berlaku huru-hara dan keganasan dengan kemenangan ini. Akhirnya gerakan Islam sekali lagi menjadi mangsa pada permainan yang diatur sendiri oleh para diktator ini. Ramailah yang disumbat dan dibunuh.

Rashid Ghanushi pemimpin An Nahdah Tunisis di buang negeri dan menjadi pelarian di bumi sendiri. Ikhwan atau The Brotherhood di Mesir memenuhi penjara-penjara Mesir kerana ketegasan mereka terhadap penindasaan pemiimpin k etas rakyat. Reka- cipta keadaan supaya rakyat membenci gerakan Islam digerakkan antaranya ialah Fundamentalist, Teroris, Radikal dan Anti-establishment.

Walaupun Ikhwan beberapa kali menunut supaya dikembalikan demokrasi dan undang-undang dharurat ditarik balik sejak kematian Anwar Sadat, namun suara mereka dipekakkanmalah terus menerus Hosni Mubarak membunuh demokrasi dan menyusun pelan kuasanya mengikut selera kroninya. Kedua-dua kes Tunisia dan Mesir adalah pengajaran penting kepada dunia betapa Gerakan Islam yang di gelar Islamist itu setia dan tegas menuntut kebebasan untuk rakyat dan kini menikmati hasilnya.

Ironinya sepanjang proses kezaliman pemimpin berlaku, di manakah Amerika dan sekutunya yang bercakap tentang demokrasi dan kebebasan? Para penjilat kebebasan dan demokrasi ala Amerika harus sedar bahawa pengajaran di Tunisia dan Mesir juga mendedahkan kepada dunia wajah munafik Amerika pada tahap pertama.

Pada waktu yang sama Amerika mengganyang Iraq atas nama demokrasi dan kebebasan untuk rakyat Iraq tetapi pada waktu yang sama juga Amerika 'menternak' bibit-bibit kediktatoran di Tunisia dan Mesir lalu menjadi haiwan yang ganas yang tidak dapat dikawal lagi. Amerika ditelanjangkan oleh rakyat Mesir dan Tunisia, kemunafikan demokrasi ala Amerika sudah diketahui umum. Amerika hanya bercakap tentang demokrasi apabila ia merasakan kepentingannya terancam.

Baca seterusnya di Blog Dr. Mujahid Rawa

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment