Sunday, February 13, 2011

RG09... Misi Sinar Harapan: Dana Kembali ke Sekolah 2011-Tertunai Sudah

 

Assalamualaikum
Untuk gambar & info lanjut:
 
Alhamdulillah dengan pertolongan Allah dan sokongan sahabat2 semua, Misi Sinar Harapan : Dana Kembali ke Sekolah tertunai sudah. 8 destinasi telah kami tuju dan dapat sampaikan bantuan yang disalurkan sahabat2 seperjuangan kepada lebih 200 orang pelajar, sambil membawa bersama sumbangan untuk keluarga miskin hampir 65 keluarga. Setiap pelajar mendapat peruntukan lebih kurang RM100-RM120, sama ada dlm bentuk wang perbelanjaan sekolah atau bantuan pakaian & kelengkapan sekolah. Keluarga fakir miskin pula mendapat bantuan barangan dapur bernilai RM50(40 keluarga) dan RM100(25 keluarga).
 
Destinasi 1:Pengkalan Chepa, Kelantan (18 Dis 2010)
Jumlah pelajar: 34 orang
Jumlah Ibu Tunggal/Miskin: 20 keluarga
Pengantara: Ustaz Fathan & Tuan Imam Mat

Destinasi 2: Pasir Mas, Kelantan (23 Dis 2010)
Jumlah pelajar: 20 orang
Pengantara: Cikgu Suzana

Destinasi 3: Tanah Merah, Kelantan (19 Dis 2010)
Jumlah pelajar: 5 orang (drp 10 adik-beradik, 1 keluarga)
Pengantara: Elly Eksekutifsuri

Destinasi 4: Kg Chepo & Kg Temelong, Lenggong, Perak (25 Dis 2010)



Jumlah pelajar: 41 (Kg Temelong), 20 (Kg Chepo)
Jumlah Ibu Tunggal/Miskin: 20 keluarga
Pengantara: Puan Siti & Cikgu Shahrizan
Blog: http://aljauhar2.blogspot.com/



Destinasi 5: Kg Memali, Baling, Kedah (26 Dis 2010)

Jumlah pelajar: 70 orang
Pengantara: Pn Siti
 
Destinasi 6: Redang Panjang, Perak (31 DIS 2010)

Jumlah pelajar: 35 orang
Pengantara: Encik Jamaluddin
Blog: http://jamalhassim.blogspot.com/

Destinasi 7:Pulau Pinang (31 Disember 2010)
Jumlah pelajar: 11 orang
Pengantara: Pn Norhana

Destinasi 8: Lembah Subang, Rawang ( 16 Jan 2011)& Kuala Lumpur ( 27 Jan 2011)

Jumlah pelajar: 40 orang
Jumlah keluarga miskin: 25 keluarga
Pengantara: UmmikuSayang Charity Team & BAKIT Helwa TM

Perjuangan kami agak unik, kerana usaha ini digembleng oleh rakan2 maya yang disatukan atas dasar kepercayaan & amanah, walaupun ada antara kami belum pernah berjumpa. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, hati kami disatukan-Nya, dan usaha kami digandingkan bersama demi mencapai Misi Sinar Harapan.


Jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikan sokongan, sama ada dalam bentuk harta,tenaga & masa bagi menjayakan Misi Sinar Harapan ini.


Antara bloggers yang terlibat (mohon maaf sekiranya tertinggal @ di luar pengetahuan kami):


SanggarSuri ( Eksekutifsuri.com), Al-Jauhar , d'Redang, UmmikuSayang Charity Team, Pondok Craft, Cotton House Malaysia, Ujisweetbites, We Heart All, Suzana Hulaimi & rakan2, Nor Hashima (Respeks & komuniti S.Alam), Puan Wan Noorbaya Wan Chik (New Berlin, Wisconsin USA), Che Pah CuteCupcakes dan rakan2 maya drp pelbagai egroups dan laman sosial seperti Facebook, Netlog, UmmikuSayang, Respeks, Resipi.net, Exsemesdians, Ibu, Idaman, Taman2 Syurga, MelayuTrade, PKSclub, WENA dll.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat2 yang menjadi pengantara mencari maklumat golongan fakir miskin di kawasan masing-masing serta membantu menguruskan penyampaian dana. Terutamanya, Ustaz Fathan (IDIPerkim)&Tuan Imam Mat (Pengkalan Chepa), Cikgu Suzana & suami (Pasir Mas), Cikgu Shahrizan & suami (Lenggong), En Jamaluddin (Redang Panjang, Perak), Pn Norhana (P.Pinang), Pn Siti Fadzilah (Lembah Subang & Baling, Kedah), En Zaphir (Rawang). Juga pada En Shamsudin yg sudi menyediakan bekalan pakaian & kasut sekolah dlm setiap beg kertas untuk setiap pelajar mengikut saiz di Pasir Mas & Pengkalan Chepa, Kelantan.
Semoga Usaha kita ini dipandang oleh Allah dan diterima sebagai bekalan semasa menghadap-Nya nanti.. Amin

ikhlas,
Elly EksekutifSuri & keluarga
Elly  012-3614014       

Eksekutifsuri Bakery

SanggarSuri: Kisah Kehidupan

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment