Thursday, February 10, 2011

답장: RG09... NAJIB KENA LANYAK PUN TIADA REAKSI

 

kat mana boleh dirujuk kata2 mat saleh ni?? atuh belah abah aku pun nak tahu gak ni.


보낸 사람: Hairuzi <msnapper@yahoo.com>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011년 2월 10일 (목), 9:57:30 AM
제목: RG09... NAJIB KENA LANYAK PUN TIADA REAKSI

 


"Kecaman hebat terhadap Najib, menterinya, ahli-ahli UMNO, dan badan kembarnya dibuat oleh Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, iaitu John Malott. Yang ditalanya ialah kemunafikan Najib melalui Konsep 1 Malaysia yang diperdagangkannya. Hentaman utamanya ialah cakap tak serupa bikin.

Semua orang boleh faham apa-apa yang diharapkan oleh Najib melalui Konsep 1 Malaysia yang selalu diulang-ulang oleh salah satu media elektronik yang menyokongnya.  Pernyataan itu dibuat dalam bahasa Inggeris.  Kandungannya lebih kepada penyempurnaan hasratnya sebagai perdana menteri.  Semua perdana menteri yang lepas-lepas pun bercakap benda yang sama. Pendekatan dan ayat yang digunakan sahaja yang berlainan.  Mungkin itulah sebabnya sampai sekarang Dr. M tak faham-faham tentang Konsep 1 Malaysia.  Dalam keadaan yang serba tidak menentu sekarang ini, tak payahlah sesiapa pun bersusah payah memahaminya kerana yang empunya diri dan orang di sekelilingnya pun tidak menunjukkan komitmen yang betul terhadapnya.

Berbalik kita kepada kecaman John Malott.  Dia kata Najib tidak serius untuk menggembleng pencapaian matlamat Konsep 1 Malaysia.  Tidaklah diketahui sama ada Mat Saleh ini faham ke tidak konsep tersebut.  Walau bagaimanapun, dia kata ketegangan perkauman dan agama ketika ini lebih tinggi daripada tahun 2009. Yang dipersalahkannya adalah sikap toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan.

Pertama, menyarankan supaya tidak mempamerkan salib semasa Najib mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di Kediaman Paderi Besar Katolik di Kuala Lumpur.  Tindakan pura-pura alim ini cuba mengabui mata rakyat kerana UMNO sebenarnya berkiblatkan nasionalisme-sekularis-jahiliah.  Dari sudut ini, nampak benar sikap talam dua muka Najib.

Kedua, sokongan Hishammuddin terhadap tindakan ahli UMNO mengarak kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka.  Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang India yang beragama Hindu.  Padahal telah pun dinyatakan tentang kebebasan beragama di Malaysia. UMNO memang tidak ambil pusing perasaan orang apabila bertindak.

Ketiga, kecaman "kurangnya patriotisme" dalam kalangan orang Cina dan India menjadi penyebab mereka enggan menyertai angkatan tentera.  Kenyataan keras sebegini tidak perlu dikeluarkan oleh menteri pertahanan.  Kewujudannya bukan sahaja mengguris perasaan kaum Cina dan India malahan juga menimbulkan kebencian kaum Melayu kepada kedua-dua kaum itu.  Apakah itu matlamat ungkapan tersebut dikeluarkan?  Terserlahlah kepada kita tentang penyisihan Konsep 1 Malaysia dalam kes ini.

Keempat, tidak cukup dengan itu, media UMNO, iaitu Utusan Malaysia sering menyerang ahli-ahli politik Malaysia yang berbangsa Cina.  Ini juga merupakan satu kelaziman yang bertentangan sama sekali dengan Konsep 1 Malaysia.  Tidakkah tindakan ini mengancam perpaduan kaum di Malaysia? Jika ya, apa perlunya memakai topeng 1 Malaysia? Nak bagi nampak lawa saja ke?  Kalau begitu, baik tak payah ada konsep cabuk tu.

Kelima, Najib mempertahankan kumpulan pelampau  seperti PERKASA yang terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama "Ketuanan Melayu".  Sikap seperti inilah yang mengakibatkan 500,000 golongan profesional Malaysia lebih rela tinggal dan bekerja di luar negeri.  Mereka enggan pulang ke Malaysia lagi walaupun berkali-kali dipujuk.  Siapa yang rugi? Malaysia juga!!!

Seperti biasa, Najib hanya mendiamkan diri daripada menangkis serangan yang berbisa ini. Apabila hal ini berlaku, kredibilitinya dipersoalkan oleh rakyat.  Adakah sindrom ini dibina oleh APCO dalam diri Najib? Nampak gayanya begitulah. 


 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment