Monday, February 7, 2011

답장: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif

 

11 ribu orang?/ ramai beb. nampak gaya jadi la PRU13 tahun ni. maklum laa yang dah balik tu dah nyatakan sokongan pada kerajaan.


보낸 사람: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011년 2월 7일 (월), 12:27:12 PM
제목: Re: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif

 

Ni yang bagi pendapat ni bukannya pelajar, mamat ni "Editor Kanan PTS Islamika"... pandangan orang yang dah keje tu lain, lagi pulak dah memang keje dia cover benda2 macam ni, memang la seronok... kalau aku pun aku tak nak balik, tapi kene la ambik buah pikiran orang lain yang x de kepentingan, mak bapak, kalau anak jantan x pe la, kalau anak gadis macam mana..?

Kalau nak kira kepentingan "persahabatan". yang ada jawatan dalam kementerian luar la yang kena stay dekat sana, student2 tu bawak balik je la...

Kan anak muda ni "aset penting" bagi mana2 negara...

Lain la kalau Kerajaan rasa nyawa anak muda ni x penting...

Mamat Rohidzar ni pulak bagi pandangan bukan main lagi, habis tu yang dia sendiri balik Malaysia tu pehal..?

Samdol macam Rio jugak dia ni...


2011/2/7 bluehyppo <pentium9530@yahoo.com>
 

Waktu timbalan kementerian luar negara announce akan mengkaji dulu perlukah bawa pulang pelajar m'sia,segelintir ahli pembangkang yg bising..ada yg ckp,nak tunggu pelajar2 msia mati ke baru nak bawa balik. dah bawa balik,ada pulak dengar khabar lain..serba tak kena rasanya..jgnla kita membangkang semua perkara..membangkang biar berpada2..bila kita menjadi pemerintah,belum tentu kita mampu buat yg terbaik dan sempurna dlm semua hal..

Sent: Monday, 7 February 2011 11:34:46

Subject: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif



Hehe... apapun duk mesir memang best... kalau abi ada
masa ni rasanya tak balik... semalam ada YM ngan seorang budak... diapun tak balik... dia kata
ok je...

Medan Tahrir tu bukan ad abudka Melayupun hehe,... satu lagi budak Melayu duk kelompok dia je... huaaaaaaaaa

From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
Date: Sun Feb 6, 2011 7:06 pm
Subject: Re: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif
shahir74
Offline Offline
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership
biasa la ... apa2 yg kerajaan PAS kelantan buat tu la yg terbaik ...... tapi bila tak bawak balik, agak2 sapa yg yang duk bising? hahahaha..... sendiri mau ingat ....



From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 7 February 2011 9:10:06
Subject: Re: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif

 
Ada-ada je la. Bawa pulang salah, tak bawa pulang pun salah. Cuma saya tertanya-tanya, kalau pelajar-pelajar Malaysia tak sepatutnya pulang, kenapa pulak beliau sendiri pulang ke tanahair? Kan seronok terperangkap dalam demonstrasi di sana...  


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, February 7, 2011 8:51:47 AM
Subject: RG09... Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif



Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif
Ismail Hashim   

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ketika rakyat dan kerajaan sibuk mahu membawa pelajar Malaysia di Mesir pulang, seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari sana mempunyai pendapat yang berlainan.

(Gambar atas: Rohidzir (tengah) terperangkap di tengah rusuhan di antara penunjuk perasaan dan polis. Asap hitam di belakang menunjukkan penujuk perasaan di Tahrir Square.)

Bagi beliau, mereka tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri.

"Bagaimana dengan barangan mereka di sana dan apa pandangan penduduk sana yang melihat kita mahu bersama dengan mereka dalam keadaan aman tetapi lari ketika susah," kata Editor Kanan PTS Islamika, Ustaz Rohidzir Rais, 36 yang baru pulang dari sana.

Beliau lebih bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang menghantar wakil ke sana dan membekalkan wang untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah.

Beliau mempersalahkan media tempatan kerana membesar-besarkan sesuatu isu yang tidak pun berlaku seperti pelajar wanita dirogol, kematian yang sebenarnya telah berlaku sebulan lalu dan tidak cukup makanan selain roti.

Rohidzir yang baharu pulang ke tanah air dua hari lalu selepas seminggu terperangkap di dalam suasana demontrasi di Kaherah, tindakan media itu sangat melampau.

"Media dengan maksud tertentu menimbulkan suasana resah perasaan di kalangan ibu bapa yang setiap hari dihidangkan dengan kejadian yang seolah-olahnya anak-anak mereka akan diperapa-apakan oleh keadaan di Mesir.

"Sedangkan pengalaman seminggu saya di sana, kami boleh tidur lena hingga 10 jam kerana langsung tidak terasa apa-apa melainkan sedikit sahaja, malah penduduk tempatan pula bersedia melindungi rakyat Malaysia.

"Ibu bapa yang kelam kabut dengan suasana tidak menentu yang dibangkitkan oleh pihak media dengan sajian berita menakutkan setiap hari lantas mereka mendesak pihak berwajib untuk bawa pulang pelajar," jelasnya.

Tambahnya, jika media memaparkan makanan yang ada roti sahaja tiada nasi dan sebagainya seperti makanan Malaysia, itu sesuatu yang sangat lucu kerana memang orang Arab makan roti yang merupakan makanan asasi mereka.

Makanan seperti beras masih ada walaupun dalam jumlah berkurangan dari biasa dan harga sedikit bertambah dari sebelumnya namun pelajar-pelajar itu masih mampu meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pulang asalkan mereka mengikut arahan pegawai negara ini yang bertugas di sana, ujarnya.

Rohidzir ditemui di pinggir ibu kota selepas sehari pulang ke Malaysia namun kelihatan gembira dengan peristiwa ini meskipun terperangkap selama seminggu di sana kerana pengalaman ini baginya, sangat bernilai.

Beliau dan Imran Azmi, juga Editor Kanan Islamika, dalam rangka menghadiri Pesta Buku Kaherah yang terbesar di dunia Arab yang dijadualkan bermula pada 26 Januari lalu dalam usahanya mencari buku-buku terkenal Mesir untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Memang ketika hendak pergi, kami sudah tahu tentang kebangkitan rakyat itu tetapi kerana sudah berpengalaman bahawa ia tidak lama kerana memang Mesir adalah negara demontrasi; kami tidak menjangkakan mereka akan berhimpun melebihi 2 juta di Tahrir Square (Dataran Merdeka).

"Sesampainya kami di Dataran Merdeka langsung terperangkap di tengah-tengah suasana demontrasi (muzaharat) dan sempat juga mengambil gambar-gambar menarik untuk titipan sejarah ke dalam bentuk buku.

"Niat hati ketika datang untuk meninjau tempat bersejarah kerana empat tahun ketika belajar dahulu, tidak berkesempatan berbuat demikian, rupanya kami terlibat secara tidak langsung di dalam senario mencipta sejarah baru," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, keputusan Kerajaan Malaysia disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah.

Rohidzir yang berpengalaman selama empat tahun (1998 - 2002) belajar di negara itu berpendapat, sewajarnya rakyat Malaysia tidak perlu dibawa pulang.

"Kita dilihat sebagai hanya mementingkan diri sendiri sahaja atau selfish kerana hanya sanggup tinggal di sana ketika senang dan meninggalkannya ketika mereka ditimpa bencana," jelasnya.

Kedudukan tempat tinggal pelajar negara ini, ujarnya, agak jauh dalam beberapa jam perjalanan kereta dan apa yang berlaku di Kaherah seperti dentuman, tidak pun didengari oleh pelajar.    

Dalam pada itu, Rohidzir turut membayangkan, jika pun semua pelajar berjaya dibawa pulang dengan selamat, bagaimana keselamatan peralatan belajar mereka yang ditinggal sementara seperti kitab-kitab yang banyak dan kandungan komputer sangat berharga.

Setelah aman, ujarnya, pelajar-pelajar akan datang semula ke Mesir dengan kos siapa pula dan banyak lagi perkembangan negatif yang bakal berlaku ekoran tindakan kurang tepat yang diambil oleh pihak berwajib.

Sementara itu, beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.

Rohidzir bagaimanapun melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana selamat pulang dengan membawa perjanjian hakmilik buku dengan penerbit terbesar negara Arab, Darus-Salam.





 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli








 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment