Sunday, February 20, 2011

RG09... PROGRAM MUNAQASAH E-MASJID : 26 FEBRUARI 2011

 


 


PROGRAM MUNAQASAH E-MASJID
SABTU, 26 FEBRUARI 2011/ 23 RABIUL AWAL 1432H
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN


PENGENALAN

Mutakhir ini memperlihatkan era pembangunan teknologi eletronik semakin pesat berkembang. Perkembangan ini haruslah direbut dengan sebaiknya untuk kemaslahatan dan manfaat umat Islam di Malaysia khasnya. Kemampuan menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat khususnya di masjid, dalam bentuk pancaran LCD yang diselangi dengan paparan gambar-gambar yang menarik serta alunan bunyi-bunyian termasuk bacaan zikir, bacaan al-quran dan alunan muzik sememangnya akan dapat menyentuh sanubari pendengar. Kemampuan menggunakan alat bantu elektronik dalam meyampaikan mesej dakwah di masjid pastinya akan lebih memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Selain itu, ia turut menggambarkan kemajuan Islam di Malaysia dalam menghadapi arus kebangkitan teknologi di samping menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memanfaatkan teknologi ini ke arah kebaikan Islam itu sendiri.

Namun demikian, keharusan menggunakan alat bantu eletronik dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah sama ada ketika menyampaikan khutbah atau menyampaikan kuliah agama di masjid pastinya tidak secara mutlak. Hal demikian adalah bagi menjaga kesucian masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama' Cawangan Selangor (PUMSEL) berhasrat untuk mengadakan program munaqasah e-masjid. Program ini dirancang dengan hasrat untuk membicarakan sejauh manakah keharusan penggunaan alat bantu eletronik dalam menyampaikan dakwah di dalam masjid. Apakah pra syarat yang patut dipatuhi pendakwah dalam keghairahan menggunakan alat bantu eletronik dalam dakwah. Semua persoalan ini insyaallah akan terjawab dengan program yang akan diadakan nanti.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:

  1. Menjelaskan keberkesanan penggunaan alat bantu elektronik dalam menyampaikan dakwah di masjid dan hukumnya pada kaca mata Islam.
  2. Memberikan pendedahan kepada nazir dan Ahli Jawatankuasa masjid dan masyarakat tentang kepentingan menggunakan bantuan alatan eletronik dalam penyampaian dakwah di masjid.
  3. Menjelaskan produk-produk e-masjid yang berinovasi kratif dan inovatif para da'ei masa kini.
  4. Melahirkan masyarakat celik agama, komited dan konsisten dalam melaksanakan semua ajaran agama mengikut landasan al-quran dan al-sunnah.

ANJURAN

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENYERTAAN

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terdiri daripada kalangan ahli akademik, wakil agensi kerajaan, nazir dan AJK masjid seluruh negeri selangor dan masyarakat awam yang berminat.

PEMBENTANGAN

e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukum Syarak
Oleh: Tuan Haji Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA)

Fatwa e-Khutbah
Oleh: Ustaz Muhammad Zarifi bin Mohd Daud
Pegawai Penyelidik, JAKIM

Aplikasi e-Masjid Realiti Hari Ini
Oleh: Ustaz Muhamad Faisal Asha'ari
Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam UKM

Aplikasi e-Masjid : Melonjak Pengimarahan Masjid
Oleh: Sdra. Mohd Khairunnizam Mhd Supian
Pegawai, Teknologi Maklumat, MAYBANK

Produk-produk e-Masjid Inovasi Kreatif Da'ie Hari Ini
Oleh : Prof. Dr. Zulkifli Abd Ghani
Timbalan Dekan, Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM

e-Masjid : Pengalaman Masjid di Singapura
Oleh : Wakil Singapura

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 24 Februari 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710
En Nizam                  : 012-291 1335
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : pumpusat@yahoo.com
Website                    : http://www.pumselangor.org

Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : pumpusat@yahoo.com atau SMS (sila nyatakan nama dan i/c. no) ke nombor 013-3840710.


Persatuan Ulama' Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302

http://www.pum.org.my
http://ulamadaily.blogspot.com/

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment