Tuesday, February 8, 2011

RG09... SIAPA KATA FELDA KUBU KUAT UMNO?SATU ANALISIS YANG PERLU DIKETAHUI

SIAPA KATA FELDA KUBU KUAT UMNO?SATU ANALISIS YANG PERLU DIKETAHUI

Penulis tertarik dengan kenyataan Naib Presiden Pas,Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang meminta ahli Pas tidak beremosi tanpa ilmu dalam menembusi "kubu Umno" di Felda.Kenyataan itu adalah kena pada masanya tatkala beliau adalah antara pemimpin Pas yang sememangnya datang daripada kawasan Felda dan Tanah Rancangan.Untuk mengatakan bahawa Felda adalah satu kubu kuat Umno mungkin benar pada beberapa keadaan tetapi tidak untuk beberapa keadaan lain.Kesemuanya bergantung kepada keadaan.

Selama ini,dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil,Pas dan Pakatan Rakyat dilihat terlalu berhati-hati untuk masuk ke kawasan Felda,dengan anggapan bahawa pengundi Felda menolak Pas dan Pakatan Rakyat secara besar-besaran di sana.Situasi ini boleh dilihat dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor,di mana ketika itu usaha untuk menembusi kawasan Felda hanya dilakukan pada saat-saat akhir dalam menggempur kubu Umno tersebut. Begitu juga di Tenang baru-baru ini,Pas dilihat tidak berjaya menembusi kubu Umno di Felda,malah mengalami penyusutan undi di sana.Semuanya berkait rapat dengan soal mentaliti.

Suka untuk diingatkan,Tuan Ibrahim adalah pemimpin Pas Pahang yang bertanding di Dun Jengka sejak tahun 1999.Jengka adalah sebuah kawasan tanah rancangan Felda antara yang terbesar di Malaysia di bawah Jengka Tiga Segi.Walaupun kawasan tersebut dikelilingi oleh kawasan tanah rancangan,Pas telah berjaya membuktikan kemenangan mereka di kawasan tersebut dalam Pilihanraya 1999 apabila Tuan Ibrahim berjaya mewakili Pas ke Dewan Undangan Negeri setelah menang dengan majoriti 319 undi.Pun begitu,kemenangan tersebut tidak berkekalan apabila beliau tewas pada tahun 2004 dengan majoriti 1714 undi. Walaubagaimanapun,Pas telah berjaya memberi tentangan sengit di Jengka dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu apabila Tuan Ibrahim hanya tewas dengan majoriti 596 undi.Malah,Dun Jengka pastinya akan menjadi tumpuan utama Pas dalam usaha memenangi lebih banyak kerusi di Pahang dalam Pilihanraya Umum ke 13.Begitu juga dua buah Dun yang berada dalam Parlimen yang sama dengan Jengka (Parlimen Kuala Krau),majoriti kemenangan Umno ke atas calon Pas di Kerdau dan PKR di Jenderak cuma berada dalam lingkungan seribu lebih majoriti.Untuk rekod,kedua-dua Dun tersebut juga turut mempunyai kawasan Felda dan tanah rancangan.

Ketika Pas dan PKR menang di beberapa buah kerusi di Pahang dalam Pilihanraya Umum 1999,beberapa kawasan tersebut terletak di kawasan yang mempunyai peti undi Felda dan Tanah Rancangan termasuk Dun Tahan,Chini,Jengka dan Guai.Walaupun kita mengakui bahawa terdapat pelbagai faktor semasa yang membawa kemenangan Pas dalam Pilihanraya Umum 1999 di beberapa kawasan Melayu Felda di Pahang, secara umumnya penulis ingin membawa kita semua satu bukti bahawa Pas bukanlah ditolak secara total di kawasan Felda dan Tanah Rancangan.Malah,di Dun Tenang baru-baru ini sekalipun,walaupun Pas hanya mampu mendapat sekitar seratus lebih undi berbanding hampir sembilan ratus bagi calon Umno,secara umumnya masih terdapat undi setia daripada pengundi Felda buat Pas.

Untuk menang dan menembusi Felda,Pas tidak perlulah hanya datang ke kawasan tersebut hanya ketika ada Pilihanraya kecil semata-mata.Ini menunjukkan bahawa kita tidak bersungguh untuk menembusi kawasan tersebut.Seperti kata Tuan Ibrahim,Pas perlu menghidupkan markaz-markaz di kawasan Felda bukan hanya pada waktu pilihanraya.Majlis-majlis ilmu keagamaan perlu dilaksanakan di kawasan terbabit dengan menghidupkan lembali program usrah,tamrin,muqayyam dan rehlah.

Malah,di Kelantan misalnya,para peneroka di Felda Kemahang telah lama bertindak menolak Umno (kalaupun tidak menyeluruh) sehingga menyaksikan kemenangan Pas selama berpenggal-penggal di Dun Kemahang.

Paka antara kawasan berpotensi
Pas - terpecah antara kawasan separa
bandar dan tanah rancangan
Walaubagaimanapun,undi Felda banyak menyelamatkan kerusi Umno daripada jatuh ke tangan Pas dalam Pilihanraya Umum ke 12 terutamanya di Terengganu.Beberapa kawasan yang pernah dimenangi Pas seperti Dun Bukit Besi,Paka,Tepuh Langkap,Hulu Besut selain Kemasek dan Air Puteh gagal ditembusi akibat kekurangan undi Pas di kawasan Felda.Di Dun Paka misalnya,kewujudan peti undi di kawasan Ketengah dan tanah rancangan seperti di Peti Undi Durian Mentangau,Kerteh II dan Ketengah Jaya telah menidakkan kemenangan Pas di peti-peti undi kawasan Bandar sehingga Pas tewas di Dun tersebut dengan majoriti tipis sekitar 344 undi.

Justeru,mahu tidak mahu,Pas perlu menembusi kawasan Felda dan Tanah Rancangan untuk menang di kawasan-kawasan berpotensi.Siapa kata Felda sukar ditembusi?Selagi mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu,mereka masih mempunyai keimanan untuk menerima kebenaran.Cuma masa dan ketika sahaja yang bakal menentukan.

Hazman BA
Daerah Sempadan Felda
Tepi Laut China Selatan
--


-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment