Friday, February 4, 2011

RG09... Sumbangan Derma Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'

 

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sumbangan Derma Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa'

Assalamualaikum wbt

Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman.

Selepas solat isya' , 29 Januari 2011,pelajar asrama pondok Maahad Ash-Syifa' di Kg Kolam, Kuala Ibai, Terengganu dikejutkan dengan musibah apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam bantal terbakar.

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat yang terletak di hadapan bangunan kelas dan pengajian bangunan batu 3 tingkat Maahad Tahfiz tersebut. Punca kebakaran belum diketahui. Pihak bomba masih menjalankan siasatan. Anggaran kerugian juga belum dapat ditaksirkan.

Api marak dapat dipadamkan oleh pihak bomba yang mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari merebak ke bangunan lain.

Bangunan lain yang berhampiran asrama ini ialah rumah mudir Maahad Ash-Syifa' itu ustaz Ahmad Syarifuddin atau dikenali sebagai ustaz Din al-hafiz.
Bangunan 2 tingkat,bahagian atas kayu,hangus terbakar. Bahagian bawah daripada konkrit tinggal rangka sahaja.




Asrama murid di Maahad Tahfiz as-Syifa' Kg. Kolam, Kuala Ibai yang hangus terbakar. Kelihatan katil2 pelajar yang terbakar hangus...

Pasti Al-Haudhiah Kg. Kolam....terletak tidak jauh di tempat kejadian

Masjid Kg. Kolam...Kejadian berlaku semasa para pelajar sedang solat isya' berjemaah di masjid ini yang terletak di depan tempat kejadian....

* Maaflah...gambar diambil menggunakan handphone..lupa bawa kamera....
* Bersama kita menyumbang untuk meringankan beban...semoga diberkati dan dirahmati Allah...

Allah berfirman dalam al-Quran :"Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar." (Surah al-Baqarah, ayat 153)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Saba': 39)

"Ketika anak cucu Adam meninggal, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara; sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (HR. Muslim, dari riwayat Abu Hurairah).

Kepada sesiapa yang sudi menyumbang untuk meringankan beban untuk pondok dan pelajar-pelajar yang tinggal sehelai sepinggang boleh menyalurkan sumbangan dan bantuan melalui akaun ini :

Ma'had Tahfiz Darus Syifaa'
Ahmad Syarifuddin Bin Ibrahim @ Muda
CIMB : 13010004944202
No H/P : 0139870870

Ini adalah komitmen kita sendiri di dalam usaha membantu kesukaran dan musibah yang menimpa ke atas Maahad Ash-Syifa' .

()"" ' ) Nakhai'e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment