Wednesday, February 2, 2011

RG09... TERIMA KASIH UNTUK PERDANA MENTRI

 

"Tuan Perdana Menteri,Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk berbasa basi dengan tuan ataupun bertanyakan soalan serius seperti; Ninja lawan lanun, siapa menang?.

Tidak. Tidak sama sekali.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah lahir dari hati mulus saya, tiada niat pesong hatta propoganda sekalipun. Ianya ikhlas. Ya, ikhlas. Percayalah.

Pertama-tamanya, tahniah kerana calon BN di Dun Tenang telah menang dengan majoriti yang sebegitu besar. Encik Azahar telah berjaya membuktikan, walaupun gemuk dan hampir obesiti, beliau lebih gigih dan tekun meladeni perjuangan rakyat berbanding Puan Mala yang slim dan manis orangnya.
 
Tahniah!.
Beberapa hari yang lalu, menerusi Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Zulkifli Mokti, kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 10 sen telah diumumkan.
Saya mengerti, semestinya tuan Perdana Menteri dan menteri kabinet yang lain tersangatlah sibuk. Jika tidak, masakan pekerja kelas bawahan seperti Zulkifli Mokti diberi mandat di atas batu jemalanya untuk mengumumkan sesuatu yang sebegitu besar, ops, maafkan saya, kecil.
Kenaikan ini, ops, silap lagi, pelarasan harga minyak ini, saya percaya, bukanlah sewenang-wenangnya dilaksanakan oleh pihak tuan. Tuan sendiri berbelah bahagi sewaktu mahu menyerahkan surat pengumuman kepada Encik Zulkifli Mokti. Mana mungkin seorang ketua kerajaan yang memperkenalkan slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' akan membelakangi rakyat dan golongan marhaen dalam membuat keputusan.
Usah bimbang, saya percayakan tuan Perdana Menteri.
Saya diberitakan yang kenaikan ini berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah ekoran cuaca yang sangat sejuk di sana.
Nah. Logik sekali alasan untuk kenaikan harga minyak bukan. Pernah sekali, seseorang bertanyakan saya; "Kalau harga minyak mentah global dah turun, harga minyak di negara kita turun tak?". Saya mati akal memikirkan soalan itu kerana sepengetahuan saya, penurunan harga minyak tidak pernah berlaku. Lalu saya menjawab; "Diam! Kata kerajaan harus diakur. Jangan lawan kerajaan."
Terus dia diam membisu.
Lagipun, RON97, berapa kerat sangatlah yang guna. Hanya mereka-mereka yang berkenderaan besar menggunakan minyak jenis itu. Saya sendiri hanya berkenderaankan sebiji motorsikal Wave 100 R. Sudah hampir tiga tahun RON95 menemani motorsikal saya itu. Walaupun saya pernah terdengar desas desus yang menyatakan minyak jenis RON95 agak berbahaya kerana menyebabkan kenderaan mudah meletup andai kemalangan terjadi. Tuan Perdana Menteri usah bimbang. Saya sama sekali tidak ambil peduli akan khabar angin tersebut. Ini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerja pihak pembangang yang dahagakan publisiti.
Akhir kata, saya sekali lagi menekankan, saya tidak kisah pihak tuan menaikkan harga minyak. Saya percaya kerajaan tuan adalaha maksum. Dan saya juga percaya, rakyat sama sekali tidak akan memilih jalan raya sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Tunisia semata-mata mahu gulingkan kerajaan yang tuan bina ini.
Sekian, terima kasih.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment