Monday, April 4, 2011

Re: RG09... Kenapa kebanyakan Taska teruk melayani anak2?

 

YANG PELIKNYA NAK SANGAT BUKA TASKA TAPI TAK BERTANGGUNGJAWAB HANYA PIKIR DUIT AJA, KALAU SORANG BERAPA AKU DAPAT DAN KALAU 10 ORANG HAH BANYAK NI...DAN KALAU 20 ORANG OH LAGI BANYAK...HANYA ITU SAJA YANG MEREKA PIKIR...TAK DE HATI PERUT....


From: Shalya Shalya <shalya76@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 30, 2010 8:10:31
Subject: RG09... Kenapa kebanyakan Taska teruk melayani anak2?

 

Salam,
 
Pagi tadi 30/11/2010, saya baca dalam KOSMO.. tentang Taska di precint 14..yang mengikat tangan anak2 yang menangis dengan pita pelekat. Mulut anak2 tersebut pun di tampal dengan pita pelekat jugak. Apalah dosa anak2 tersebut. Dalam gambar tersebut ada anak2 yang berada dibelakang pun nampak mcm ketakutan. Ibu kepada anak tersebut membeitahu bahawa setiap hari apabila hendak menghantar anaknya ke taska, anaknya akan menangis, meronta dan menendang2 ibunya...tapi ibunya ingat mgkn kerenah anaknya biasa ...apabila dihantar ke taska tersebut... padahal anak tu punyalah ketakutan ditinggalkan dengan Penjaga di taska tersebut...takut di ikat lagi... dalam report polis ibu tersebut.... dia memberitahu ada anak2 lain tangannya di letak dalam laci (Mybe dikepit kot) dan dibiarkan anak2 tersebut menyusu sendiri tanpa pengawasan.... apalah jahat sgt... nak duit tapi tak nak jaga betul2... Owner taska tersebut siap menafikan perbuatan pekerja2 nya. kalau dah ada gambar tu ...apa lagi yang nak dinafikan....
 
Dalam berita tersebut memberitahu ada ibubapa yang dah tahu dari awal ada anak2 disitu yang dilayan sebegitu tapi tidak membuat aduan dan report polis. Adakah kerana ibu bapa ini susah utk mencari taska yang lain dan yang terdekat dgn tmpt tinggal mereka di area sana sampai mereka menutup sebelah mata dengan cara layanan penjaga2 di taska tersebut ke atas anak2 mereka? 
 
Kesian anak2 ini... ibu bapa diluar sana, tolong lah yea....sentiasa jenguk2 anak2 yang ditinggalkan di taska... jagnlah abaikan perasaan anak2 yang meraung dan meronta2 apabila dihantar ke taska setiap pagi... mesti ada sesuatu yang tidak kena... walaupun anak2 ini ada tidak boleh lagi bercakap dgn lancar... tapi dari perbuatan..dan kerenah mereka itu kita perlu ambil tahu... utamakan juga perasan si kecil ini...
 
Susahlah juga kalau macam ni, ibu bapa yang berkerja sentiasa dalam dilema, ada org gaji utk jaga anak pun susah...takut anak di dera teruk2, Hantar ke Taska pun susah.. sebab takut kena dera juga di sana. Anak2 ini lama2 akan merasa tertekan dan merana..tanpa kita sedar... tetiba jadi pendiam, tetiba jadi pemarah, tetiba asyik mengamuk... hanya kerana mereka menunjuk perasaan mereka yang kita orng dewasa tidak memahami...
 
Moga ALLAH sentiasa melindungi anak2 tersebut.... dan jauhkanlah dari kejahatan manusia durjana yang tidak berperikemanusiaan... Amin.  

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment